| Penemuan  ini  sungguh menakjubkan  dan wajib                                                                                                                                                                                 dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA  air  penawar  blh  menyembuhkan  penyakit,  baca  dan
 hayatilah petikan dibawah:
 Pada  (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak
 telah menjemput   Ustaz   Abdullah  Mahmud  untuk  menyampaikan
 ceramah beliau.
 
 Diantaranya :
 
 Air  merupakan  salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak
 boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari
 Allah.
 
 Ustaz  kemudian  bercerita  bahawa  dia telah berkesempatan menghadiri
 satu seminar  mengenai  AIR  yang berlangsung di Hotel Istana
 baru-baru ini yang mana  kebanyakan  participant yang hadir terdiri daripada
 orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari
 UM).
 Penceramahnya  seorang  Profesor  yg  pakar  tentang  air  dari Jepun.
 Beliau menunjukkan  hasil  kajiannya  mengenai air, beberapa slide
 ditunjukkan dan dipancarkan  dilayar  putih kepada hadirin sekelian.
 Sampel-sampel air yang diambil  dari berbagai sumber air (sungai,
 laut, perigi dan bermacam lagi).
 Maka  terpancarlah  berbagai-bagai  rupa bentuk susunan
 molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi
 samar-samar, tidak begitu  jelas  (dengan  telinga  yang besar, bertanduk dan
 sebagainya)rupa yang  menggerunkan  dan  menakutkan. Lalu Profesor itu
 berkata "banyak lagi sampel-sampel  air  yang  lain  tetapi rupa
 molekul-molekulnya hampir sama, sekarang  saya  nak  tunjukkan sampel
 air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"
 
 Profesor  itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul
 air yang  tersusun  cantik  berupa  seolah-olah seperti  berlian
 (bersegi-segi) ,bersinar- sinar   dan   sinarannya  mengeluarkan
 warna-warna yang menarik melebihi  12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu
 profesor bertanya "Siapakah di antara  kamu  semua yang tahu sampel air apakah
 ini". Hadirin semua senyap, dan  kemudian,  Pensyarah dari UM mengangkat
 tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".
 Profesor  berkenaan  memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan
 bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air
 zam-zam.
 
 "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab
 Pensyarah. Profesor  berkata  "Saya  tak  tahu samada betul atau tidak
 air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air
 zam-zam."
 
 Kemudian  Professor  mengatakan  bahawa,  kata-kata juga dapat
 mempengaruhi rupa  bentuk  molekul-molekul  air.  Lalu  didalam dewan
 itu mereka membuat experiment  bagaimanakah  yang  dikatakan kata-kata
 dapat menpengaruhi rupa bentuk  molikul-molikul  air.  Semua  hadirin
 dikehendaki  membaca sesuatu kepada  air  mineral  masing-masing.
 
 Lalu seorang  volunteer bangun untuk menguji  bagaimana  rupa  air  yang
 telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak  molikul  air membentuk
 seolah-olah  seperti  tokong  cina (dengan janggut yg panjang dan perut
 yg buncit).
 Bila  tiba  giliran  Ustaz,  air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat
 dan Ayat   Kursi   maka   nampaklah   rupa  molikul  air  seperti berlian
 dan berkilau-kilau. ...  Subhanallah.  Lalu  Ustaz disuruh oleh Profesor
 menbaca sebarang  ayat/kata-kata  yang  tidak baik...maka nampaklah
 diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.
 
 Subhanallah. ....  daripada  ceramah  yang  Ustaz sampaikan ini marilah
 kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
 Ini  adalah  kata-kata  dari  Ustaz  Abdullah : "Jika hendak air itu
 merasa manis  maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka
 masukkanlah pewarna  dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah
 ayat-ayat yang mulia kepadanya".
 
 Wallahua'alam.
 | 
No comments:
Post a Comment