Thursday, September 23, 2010

E-mail Follower

Salam Cikgu Zaini....

Muga kehadiran email ini memberi keafiatan dan kelapangan dariNya...insyAllah.

Saya rasa terpanggil untuk menghantar email buat cikgu kerana perihatin dengan
liku-liku perjalanan perjalanan hidup yang sama ribuan lagi pesakit kanser tegar di
seluruh negara dan dunia amnya.

Saya dapati merasakan betapa 'kesabaran' tahap gaban perlu bagi setiap pesakit sebagaimana pernah dialami oleh emak saudara saya...bekas pesakit knaser payudaya ...alhamdulilah yg diselamatkan dengan izinNya.

Sepanjang bertahun yang lalu kerana banyak melihat saudara dan sahabat yang mengalami pelbagai penyakit..terdetak di hati perlunya mengkaji mengetahui sebab musabab penyakit-penyakit dijadikan oleh Allah swt dan siapakah penyebabnya.

Umumnya kita maklumlah lebih 70% penyakit dari makanan dan kesan gaya hidup individu terbabit,  itu nampak ade kebenaran selepas dibuktikan secara saintifik oleh ahli perubatan dan pemakanan. Makanlah secara sederhana jangan berlebihan untuk kesihatan.
Namun bagi individu yang selalu bersenam, jaga pemakanannya bertahun-tahun, lepas tu ambil lagi pemakanan kesihatan spt multivitamin...tapi masih lagi diserang pelbagai kronik...apakah halnya pulak dah ni?

satu-satu je sebab...sapa musuh manusia dan bagaimana modus operandinya? Kita akhirnya kembali kepada fitrah kejadian manusia jua...kembali kepada mesej pencipta
yakni AlQuran Nur Qariim. Tak lain dah...Musuh manusia ialah iblis,syaitan samada dari kalangan jin ataupun manusia sendiri. Walaupun begitu..bagaimana cara mereka ni berbuat kerja onar mereka...fahaman umum biasanya menyentuh hal akidah..tauhid aje tetapi dari hadis-hadis sirah rasulullah yang banyak terbukti mereka juga berbuat pelbagai jenis penyakit kronik yang bermacam nama di alam pada ni. Yaker ni?? kalu bukan hadis sahih kita mungkin banyak sangat sogel ya nak berbahas...namun mari kita
tengok buktinya yang berlaku setiap hari....

Cikgu boleh melayari di waktu kerehatan/kelegaan atau sape shj yg boleh tolong...
cuba ziarah di www.perawat-islam.blogspot.com/  ...saya dah  bertahun mengikuti blog
perawat kat sini...termasuk hadir beberapa kursus yang dianjurkan untuk menyelami ilmu-ilmu perawatan supaya dapat digunakan waktu kecemasan buat diri dan keluarga.

Kaedah perawat ini adalah rukyah syari'yah..jampi/bacaan ayatul Quran termasuk ayatul syifa  yang pergantungan mereka ini hanya kepada Allah swt. Terbukti hasilnya berkat doa dan rasi antara penyakit dan perawat ...dengan izin Allah...afi'at hasilnya termasuk juga kanser...sebab ianya masih nama penyakit...inna lilah wainna ilaihi raji'un.

Pengalaman saya menyedari keampuhan perawat berpunca dari tahap ilmu dan ikhlas
mereka berpadu dengan rasi penyembuhan bi'iznillah. Penyakit kanser atau yg senama
dgnnya itu panggilan atas sifat fizikalnya...memang adalah kat tubuh fizikalnya tetapi umumnya penyakit kronik ni dari perspektif perubatan islam adalah penyebabnya makhluk halus atau jin yang mengadakan 'kerja-kerja' mereka!! Pelik jugak tapi benar.

Macamana ya? cuba bayangkan ada pesakit yang baru disahkan kanser selepas dapat rawatan beberapa kali...tiba2 bila pergi susulan ke hospital didapati tumor makin mengecil dan hilang..sembuh...cubalah rajin soal selidik dengan doktor pakar pasti mereka pernah mengalami kes-kes begini di kalangan pesakit mereka..tak semua tapi mesti ada punya...tapi tidaklah diwar-warkan....memasing punya ikhtiarlah...takkan doktor pakar nak kata...pakcik berubat di sini ...pada masa sama pergi cari perawat islam atau tok moh yang boleh berubat..tu kan dah pelik..cuma dia akan suruh balik solat hajat dan doa banyak2 lah...bagi doktor beragama Islam. Itu mmg wajib kena buatlah.

Pengalaman saya...pesakit yg mendatangi 'tok bomoh' mungkin akan timbul pula implikasi kesan lain walaupun sebahagian mereka sembuh dengan rawatan itu. Disamping boleh menjurus kpd kesyirikan, kalau iktikad tauhid tiada...timbul cerita lain yg lebih berat.

Saya pernah ikut kursus di darulmanzil.blogspots.com Ust Syakirin...perawat muda ni
boleh tahan juga...selain itu di darulsaka.blogpsot TokBelagak..name aje orangnya tidaklah belagak!

Sekian dulu ...muga -muga dapat mebantu..

Wasalamu alaik

Sharif
K.Terengganu


Komen:
       Sebenarnya saya juga mendapatkan Rawatan Islam seperti daripada Ustaz Halim, Bekas Pensyarah Maktab Perguruan Kota Bharu yang menggunakan Ayat 33. Saya dah lupa berapa kali berjumpa dengannya di rumahnya sejak di kuarter MPKB, kemudiannya di rumahnya di kok Lanas dan Peringat. Saya juga mendapat rawatan daripada Cikgu Li, juga kaedah rawatan Islam, Ustaz Din dan yang terakhir dengan Ustaz Saripudin, Pendaftar Moden Moden Kandis yang juga murid Dr.Harun Din. Banyak pengalaman misteri yang saya alami dan tak payahlah saya cerita di sini.

Sesungguhnya Al-Quran adalah mukjizat Nabi Muhamad yang paling besar dan di dalamnya ada ayat penyembuh. Alhamdulillah, saya dah beransur sembuh dan Insya Allah akan mengerjakan Haji yang tertangguh akibat sakit pada tahun ini.

Terima kasih Saudara Shariff atas keperihatinan saudara.


Wassalam.

No comments: