Sejuk air
di kali
Menyirami
tubuh si anak kecil
Di
dinihari bersama kukuk zikir si ayam jantan
kelam fajar subuh
Tidak
mematah semangat si anak kecil
Bersiap
diri mencari ilmu
Si anak kecil bertemankan obor daun kelapa
Menuju ke
sekolah penuh azam di dada
Satu hari
nanti akan ku bangunkan kampungku
Kampung
terpinggir dari arus kemajuan
Kasut
Fung Keong bocor jarinya
Basah
disirami embun pagi
Jam 7.30
mesti sampai ke sekolah
Kalau
tidak keliling padang
Waktu
rehat menjelma sudah
Si anak
kecil bersama teman
Di bawah
pohon tembesu membuka bekalan
Nasi bungkus upih pinang
Si anak
kecil tak pernah bersedih
Walau
berbekal sepuluh sen cuma
Itupun
disimpan untuk raya
Buat beli
bunga api penyeri raya
Kerana
dia tahu ibu tak mampu memberi dulang emas
Kasut
raya adalah kasut sekolah
Baju raya
adalah baju kokurikulum
Kini anak
kecil itu berdiri di depan muridnya
Bercerita
kisah silam
Bercerita
derita lampau
Moga anak
didiknya
Menjadi
insan berilmu
Agar
hidup bahagia selalu.
Zaini
al-Rengasi
27.8.2010
4.00 pagi
No comments:
Post a Comment