Saturday, August 28, 2010

Temu janji dengan Pakar Kanser

26.8.2010.

     Jam 9.00 pagi, ku pergi ke Hospital Universiti Sains Malaysia. Kereta Gen-2 Automatik yang ku beli akibat sakit bagi menggantikan kereta manual ku pandu berhati-hati tetapi agak laju juga kerana temujanji jam 9.00 pagi. Sebenarnya ku pergi sekolah dulu dan selepas mendapat kebenaran daripada pentadbir, baru ku pergi ke HUSM.
     Tahun lepas, pada bulan puasa beginilah, bisul muncul di dadaku. Ku dimasukkan ke wad dan diberi morfin, Bila bisul pecah, bisul ku dihiris oleh Dr. Fatin di pagi raya. Remuk redam hati, orang lain begembira bersama keluaga di hari mulia, tetapi kami sekeluaga beraya di wad. Kueh raya tidak berusik,baju raya menjadi perhiasan dalam almari. Alhamdulillah pada tahun ini ku kembali sihat dan gembiranya rasanya melihat  isteri dan anak-anak sibuk membuat persiapan raya.
      Setibanya di HUSM, aku berbual dengan seorang pesakit kanser lelaki daripada Tanah Merah. Dia menderita kanser hidung. Menurutnya, pada awalnya, ia mengalami pendarahan hidung dan doktor memaklumkan ia adalah masalah biasa tetapi apabila kerap keluar darah dengan banuyak, doktor membuat biopsi dan disahkan kanser. Kini ia sedang menjalani kimoterapi dan radioterapi.
     Sedang ku rancak berbual dengan pakcik tadi, ku dipanggil oleh Staffnurse Asmat ke bilik kaunseling. Apabila memasuki bilik tersebut, ku lihat seorang pesakit kanser berbangsa cina dan anaknya berada di bilik tersebut. Dia menderita kanser usus dan enggan mendapat rawatan kimoterapi kerana dariapda cerita yang dia dengar daripada doktor-doktor yang tidak bertauliah, kimoterapi memang teruk, rambut gugur dan muntah yang teruk. Selepas melihat ku sihat dan selepas mendengar penjelasanku, dia akhirnya bersetuju mendapatkan kimoterapi.
     Tibalah giliranku berjumpa pakar Kanser, Prof.madya Dr.Biswa Mohan Biswal. Selepas memeriksaku, dia beri perskripsi ubat.
 Temujanji 3 bulan lagi.

No comments: