SEMINAR KANSER 2010
TEMPAT : SWEET BEACH RESORT, TOK BALI, PASIR PUTEH KELANTAN
TARIKH : 27.7.2010
ANJURAN : KLINIK PERUBATAN NUKLEAR, RADIOTERAPI DAN ONCOLOGI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KUBANG KERIAN KELANTAN.
"Masih ada yang sayang"
Ulasan:
Seminar ini dah lama berlalu tetapi baru masuk entri kerana sibuk dengan tugas. Disebabkan tempat seminar berhampiran dengan sekolahku, ku hadir agak lewat kerana mengajar dulu dua masa pertama dan pada hari itu ku cuma ada dua masa mengajar.
Sesampainya ku di sana, program belum bermula, jadi sempatlah ku mendaftar diri. Program dimulakan dengan ucapan oleh Pakar Onkologi yang diimport dari India yang juga pakar penyakitku iaitu Prof.Madya Dr.Biswa Mohan Biswal. Kemudian seminar dirasmikan oleh Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia, Datuk Zaidon Kamari.
Selepas minum pagi, Prof Madya Dr. Hasanah Che Ismail, Pakar Psikitri memberi ceramah cara-cara mengurus stress kesan daripada penyakit kanser. Ceramah dihentikan sekejap kerana pengarah mahu bergambar bersama-sama jururarawat dan pesakit.
Pada sebelah petang, seorang bekas pesakit kanser payudara menceritakan pengalamannya mengharungi hidup selepas pembedahan 2001. Semasa kimoterapi dia selalu pengsan dan seluruh rambutnya gugur. Dia seorang jururawat di HUSM.
Ceramah seterusnya ialah daripada pakar pemakanan. Cadangannya kepada pesakit kanser ialah :
o- Sayur 1 1/2 cawan sehari
o- epal 2 biji sehari
o- makan beras perang @ nasi putih campur sayur dan buah
o - durian tinggi dengan lemak tepu - elakkan
o- guna sedikit garam
o - 2 sudu kicap sehari dah cukup
o- elakkan perisa tambahan
0- jangan guna ajinomoto dan stok ayam/daging
0 - elak makan budu
0 - guna rempah sebagai perisa
0 - minum 8 - 10 gelas air sehari
0 - galakkan penyusuan badan
0 - guna mentega(butter) bukan majerin
0 - elakkan mayonis kerana ia mengandungi telur
0 - telur makan seminggu 2 biji
0 - kurma makan 2 biji sahaja setiap hidangan dan cuma 4 biji sehari
0 - daging makan seminggu sekali sahaja
Program terakhir hari tersebut ialah senaman oleh pakar fisioterapi HUSM. Kami ditunjukkan cara melakukan senaman yang sesuai untuk pesakit kanser.
Program tamat jam 5.00 petang. Semoga dapat berjumpa lagi tahun depan.
No comments:
Post a Comment