Sunday, August 15, 2010

KELULUSAN TUNTUTAN BAYARAN UBAT PPPS DG44

Surat bertarikh 30 Julai 2010 ku terima daripada kerani sekolah. Surat tersebut daripada Kementerian Pelajaran Malaysia,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Putrajaya. Tuntutan ubatku berjumlah RM71,650.00 telah diluluskan. Suka bercampur geram. Suka kerana tuntutan ku telah berjaya. Geram kerana tuntutan itu ku buat sejak Januari 2010 tetapi bulan Ogos baru berjaya.

 
Itupun ku minta pertolongan daripada YB.Dato'Dr.Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, juga daripada Tn.Hj.Tarmizi Musa, Ketua Sektor Unit Bimbingan dan Kaunseling JPN Kelantan. Ku juga minta pertolongan daripada adikku, seorang pegawai di Kementerian Kewangan di Putrajaya. Ku sendiri pula selalu telefon pegawai di Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan. Cuba bayangkan kalaulah orang yang tidak berpendidikan menerima nasib seperti saya, kemana mereka nak mengadu. Saya yang berpendidikanpun dipermain-mainkan oleh pegawai yang hanya tahu melihat kesalahan guru, sedangkan kerja mereka berterabur. Ini tuntutan tahun 2010, tuntutan tahun 2007 juga masih lagi belum dibayar, jumlahnya RM34,100.00. Entahlah, beginilah nasih diriku yang menjadi mangsa kerenah birokrasi. Setelah surat tersebut ke terima, ku ke Unit Kebajikan HUSM yang akan menguruskan pembelian ubat daripada Farmasi Asnaf di Pulau Pinang. Dulu ku beli daripada Kian Farmasi, Kota Bharu. Kini dah hampir 3 bulan ku kehabisan bekalan ubat kimoterapi gara-gara kerenah biroksasi tetapi kini ku takut mati lagi, kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati dan akan menemui Rabbul Jalil, tak boleh ditangguh walau sesaat dan tidak boleh diawal walau sesaat, tiba mssanya kita kan pergi menemuiNya. Walau sebesar zarah kebaikan kita akan ditimbang dan walau sebesar zarah kejahatan kita akan ditimbang. Berbahagialah sesiapa yang memperoleh timbangan dengan tangan kanan dan celakalah siapa yang mendapat surat amalan daripada tangan kiri. Semoga syuga menanti...............

No comments: