Thursday, August 5, 2010

NASIB PEGAWAI KERAJAAN YANG MENGHIDAP KANSER

Sesungguhnya  hidup ini penuh ranjau dan duri. Pelbagai ujian harus dilangkahi sebelum sampai masa yang ditentukan untuk kita pergi menemui Maha Pencipta. Cuma ku selalu berdoa agar ku tabah menghadapi segala ujian hidup ini dengan tabah. Sesungguhnya  benar sekali kata orang tua, teman ketawa memang ramai, teman menangis sukar dicari.

Bila ku pertama kali ku disahkan kanser(GIST), ku dirujuk ke pakar oncologi tetapi doktor oncologi tersebut menyatakan ubatku terlalu mahal, entah kenapa masa itu, Januari 2007, ku hanya mendengar kata doktor tersebut dan aku hanya menanti ubat kimo tersebut. Mei 2007, darah keluar membuak-buak dari hidung dan mulutku dan aku dimasukkan ke wad. Jarum dan pelbagai ubat dimasukkan ke dalam tubuhku dan terlantarlah aku dalam wad selama 2 minggu. Masukku ke dalam wad pada masa itu  ada hikmah juga kerana aku sekali lagi dirujuk ke pakar onkologi dan Doktor Wan Yus Hanif dari Klinik Perubatan Nuklear,Radioterapai dan Oncology HUSM  menolongku mendapatkan ubat Glivec yang berharga RM8380.00 sebulan. Ku bayar dulu ubat tersebut dengan duit ku kerana aku pegawai kerajaan, sedangkan orang kampung dapat percuma kerana ada yayasan yang membantu mereka tetapi ku sebagai pegawai kerajaan beginilah nasibku. Selepas berbulan-bulan buat tuntutan baru dapat duit daripada kerajaan. Ramailah kawan-kawanku yang senasib terpaksa meminjam daripada bank sebagai modal untuk membeli ubat.
Ubatku kemudian meningkat kepada RM12880.00 sebulan kerana dosnya meningkat kepada 600mg daripada 400 mg.


Alhamdulillah atas pertolongan Dr.Wan Yus Hanif, doktor oncologi HUSM dan Mr.Othman Mohd Zain daripada Hospital Raja Perempuan Zainab 11 Kota Bharu, aku mendapat ubat secara percuma dari HRPZ11. Malangnya selepas dos ubat ditambah aku terlantar di rumah, tak dapat lagi pergi mengajar di sekolah. Perutku pula selalu sakit dan Wad 2 Intan HUSM menjadi rumah keduaku. Semua doktor pakar dan doktor biasa, jururawat dan attendan wad tersebut ku kenal. Begitu juga dengan klinik PerubatanNuklear,Radioterapi dan Onclogi HUSM.

Begitulah nasib pegawai kerajaan yang menghidap kanser, terpaksa keluar duit sendiri dulu untuk membeli ubat kimoterapi sedangkan kita memberi khidmat kepada kerajaan, siang malam demi anak bangsa membentuk modal insan bertaraf dunia. Manakala orang lain mendapat ubat percuma daripada yayasan antarabangsa. Kalau harap kerajaan bantu, alamatnya sel kanser akan merebak ke organ-organ lain walaupun semuanya di tangan Allah.
Beginilah nasih pegawai kerajaan, seolah-olah dianaktirikan.






1 comment:

Anonymous said...

saya kanser rectum...kakitangan kerajaan,masih menjalani rawatan & tidak perlu mengeluarkan modal utk perbelanjaan perubatan...saya hanya gunakan GL utk sebarang urusan rawatan.