Sunday, August 8, 2010

BULAN RAMADHAN BAKAL TIBA LAGI

Insya Allah panjang umur, Rabu ini kita kan berpuasa. Kelmarin ku terima SMS dari isteri seorang pesakit kanser di Sabah. Dia mahu membeli SUSU LEBAH(ROYAL JELLY) daripadaku. Suaminya menghidap kanser soft tisu dan kemungkinan akan dipotong kakinya. Dia belum membuat pembedahan kerana masih berbincang sesama keluarga. Kalau ku, sudah tentu ku ikut nasihat doktor pakar kerana pengalamanku bersama arwah isteri, akibat dia enggan melakukan pembedahan kanser payudara, kansernya merebak ke tulang,hati dan akhirnya lumpuh sebelum meninggal dunia. Payu daranya menjadi "buruk" dan mengeluarkan bau. Tak sanggup ceritakan penderitaannya di sini.
         Cuma ku doakan di sini agar cikgu tersebut tabah menghadapi dugaan hidup ini dan semoga suaminya menemui ubat untuk kesembuhannya. Insya Allah.

         Ramadan semakin dekat, hati ini semakin risau dan berdebar, kemungkinan besar aku tak dapat puasa tahun ini kerana penyakit gasrtik ku begitu serius kerana aku mengidap kanser perut(Gastrointestinal Stromal Tumor). Kanser di dadaku belum sembuh dan selalu keluar nanah walaupun sudah 11 bulan muncul di dadaku. Ubat kimoterapi pula belum sampai kerana tuntutanku dengan kerajaan berjaya. Nak beli sendiri dah buat tuntutan pakej 6 pusingan berjumlah RM71,000.00. Entahlah, kerenah birokrasi punya pasal. Akhirnya ku serahkan kepada Allah swt. kerana Allah yang memberi penyakit dan Dia berkuasa menyembuhkan jika Dia mahu. Insya Allah.

No comments: