Tuesday, January 26, 2010

TOKOH DATANG DAN PERGI

Sejak saya jatuh sakit pada hari raya puasa ke enam 2006(Nov), ramai orang dekat dengan saya dah pergi menemui Penciptanya, bermula dengan Bapa Mertua Hj.Ibrahim, kawan baik saya Pen.Pegawai PPD Bachok, En.Jalaluddin dan dan beberapa lagi saudara mara dan kawan-kawan. Dan yang paling meninggalkan kesan ialah pemergian Abe Latif yang mengalami kanser usus, ia dibedah hampir sama dengan saya di wad 2 Intan HUSM. Selepas dibedah, dia yang tinggal di Penambang sanggup datang ke rumah saya untuk menziarahi saya, dia meninggal pada tahun 2008. Tabahkan hati Kak Lah.

Artis pula, bermula dengan pelawak wanita dan yang paling berkesan sehingga saya menangis teresak-esak bila Us.Asri Rabbani meninggal, esoknya ada temuramah di TV) bersama ahli kumpulan Rabbani.

Tokoh politik pula yang terakhir ialah Tun Ghazali, seorang pejuang bangsa. Moga roh mereka semua di tempatkan bersama orang-orang soleh.

Saturday, January 23, 2010

Melaka Lebih Dahulu Maju Dari Amerika Syarikat

Assalamulaikum!


Kita lupakan dulu kisah tentang kanser, kita bincang tentang politik dunia.




Mana lebih dahulu bertamadun, orang Melayu atau Amerika . Kita lihat kepada sejarah.
Kerajaan Melaka diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400. Baginda berasal dari Palembang dan akibat perebutan dalam Kerajaan Sailendra, baginda lari ke Temasik(Singapura) dan menubuhkan kerajaan di sana selepas membunuh wakil Kerajaan Siam di sana iaitu Temagi. Situasi ini menimbulkan kemarahan Kerajaan Siam dan untuk mengelak daripada di serang Siam, baginda melarikan diri ke Melaka(sedikit berbeza dengan versi Sejarah Melayu) Melaka di beri nama berdasarkan pokok Melaka tempat Parameswara berteduh. Mengikut Sejarah Melayu, baginda melihat anjingnya ditendang oleh kijang tetapi versi ini bercampur mitos dan tidak boleh dijadikan sumber sejarah. Sejak penubuhannya, Parameswara telah berjaya memajukan Melaka dan akhirnya baginda telah memeluk agama Islam dan memakai gelaran Megat Iskandar Syah. Melaka telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Kerajaan China dimana pada tahun 1403 Laksaman Yin Chin telah tiba di Melaka dan Melaka kemudian menjadi negeri naungan China dibawah Maharaja Yung Lo. Serangan Siam ke atas Melaka telah dapat dikalahkan oleh Bendahara Tun Perak yang ketika itu menjadi Penghulu di Selangor. Hasil sumbangannya, Sultan Muzaffar Syah telah melantik beliau sebagai Bendahara Melaka. Melaka terus maju hinggalah diperintah oleh Sultan Mahmud Shah, seorang raja yang zalim. Baginda sanggup membunuh Bendahara Tun Mutahir hanya kerana fitnah dan kerana Tun Mutahir mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali tanpa memberitahu Sultan Mahmud bahawa beliau ada anak perempuan yang cantik. Seluruh keluarga Tun Mutahir termasuklah Tun Mutahir sendiri telah dibunuh, yang tinggal cuma Tun Fatimah, itupun kerana hendak dijadikan isterinya. Inilah punca kejatuhan Melaka seperti yang dinyatakan oleh pegawai Portugis.


Sekian dulu untuk Melaka, kita cerita lain kali, kita lihat pula Amerika Syarikat yang sekarang ini menjadi polis dunia. Benua Amerika ditemui oleh Christoper Columbus lebih kurang tahun 1450-an. Dulunya orang barat takut belayar jauh kerana mereka beranggapan dunia ini terhampar, jika belayar di laut, mereka akan sampai ke hujung dunia dan hilang lesap. Sebenarnya Christopher Columbus nak ke India tetapi sampai di benua Amerika, sebab itu orang asli Amerika mereka panggil Red Indian. Sejak penemuan benua Amerika, banyaklah kuasa barat yang kuat masa itu mula menjajah benua Amerika iaitu England, Perancis dan Sepanyol. Sepanyol bertapak di Mexico dan menjalin hubungan dagang dengan Filipina kerana Filipina adalah tanah jajahan mereka selepas Ferdinand Magelland menemuinya lebih kurang tahun 1560-an. Ferdinand Magelland adalah orang pertama mengelilingi dunia tetapi sebenarnya bukan dia, tetapi anak kapalnya kerana dia mati semasa berperang di Filipina, jadi tak sampai semula ke Sepanyol. Mengikut Harun Aminurrashid dalam novelnya Panglima Awang, Panglima Awang adalah orang pertama mengelilingi dunia kerana dia ditawan oleh Portugis di Melaka dan dibawa balik ke Portugis dan ditukar nama ke Enrique. Ferdinand orang Portugis tetapi telah tukar kerakyatan kepada Sepanyol selepas tinggal di sana dan dibawa bersama Enrique(Panglima Awang). Beliau sangat sayang kepada Panglima Awang kerana banyak menolongnya dalam menangani keganasan anak kapalnya. Dengan ilmu persilatan Melayu, Panglima Awang dapat mengalahkkan anak-anak kapal yang merusuh.




Apabila Ferdinand Magelland mengelilingi dunia atas galakan Putera Henry Pelaut, beliau membawa bersama Panglima Awang.Mereka belayar dari Sepanyol ke Benua Amerika merentasi Lautan Pasifik dan akhirnya sampai di Filipina. Dalam satu pertempuran di Filipina, Ferdinand Magelland telah meninggal dunia dan Panglima Awang pulang ke Melaka. Jadi kalau mengikut pengarang Harun Aminurrashid, Panglima Awang adalah manusia pertama mengelilingi dunia tetapi disebabkan tiada dokumen yang menyokongnya, maka sejarah telah menobatkan Ferdinand Magelland sebagai manusia pertama mengelilingi dunia walaupun dia mati sebelum sampai di Melaka tempat dia boleh dikira memulakan pengembaraannya mengelilingi dunia.


Kembali kepada Amerika Syarikat, semasa Melaka mencapai zaman kegemilangannya, Kerajaan Amerika Syarikat belum ada. Orang-orang England telah meneroka Amerika dengan membuka ladang dan lombong di sana. Mereka telah membawa hamba abdi dari Afrika untuk bekerja di sana. Perhambaan berterusan sehingglah Abraham Lincoln berjuang menghapusnya. Amerika Syarikat merdeka dari England kalau tak silap 1879 selepas Peristiwa Teh Boston dan George Washington menjadi Presiden Pertama Amerika Syarikat.


Oleh itu, jelas kepada kita bahawa Amerika lebih kemudian daripada Melaka, jadi orang Melayu lebih dahulu bertamadun dari Amerika. Malangnya Portugis mengalahkan Melaka 1511 akibat sikap pemerintah yang zalim dan rasuah serta perpecahan antara Melayu dengan India Muslim serta khianatnya seorang Jawa yang memberitahu wakil Portugis iaitu Lopez de Sequira bahawa anak buahnya telah dibunuh oleh Sultan Mahmud. Peristiwa ini berlaku 1509. Bila mendapat tahu anak buahnya di darat telah dibunuh, Lopez de Sequira telah lari ke Goa, India dan melaporkan kepada Alfonso de Albuquerque. Maka diseranglah Melaka dan tewaslah Melaka kerana mereka hanya bersenjatakan peralatan tradisional, sedangkan Portugis menggunakan senjata yang agak moden seperti meriam dan senapang.


Melaka dijajah oleh Portugis dari 1511 hingga 1641 apabila orang-orang Melayu Johor dan Belanda mengepung Kota A Farmosa. Sir Francis Xavier yang datang memberi semangat kepada orang Portugis supaya jangan menyerah kalah walaupun dikepong oleh Belanda melalui jalan laut dan oleh orang-orang Melayu Johor dari barat, akhirnya menyerah kalah apabila kekurangan makanan berlaku dalam kota Melaka. Malang sekali lagi orang Melayu, walaupun mereka bertungkus-lumus berjuang, Melaka dijajah Belanda dari 1641 - 1795. 1795 hingga 1819, Melaka dijajah oleh Syarikat Hindia Timur Belanda melalui Perjanjian Surat-surat Kew. Perjanjian antara England dan Belanda dibuat kerana berlaku Perang di Eropah antara Raja Napoleon Bonaparte dari Perancis dengan negara-negara Eropah. Belanda jatuh ke tangan Napoleon dan Raja Belanda berlindung di England. Untuk mengelakkan Indonesia dan Melaka jatuh ke tangan Perancis yang ketika itu bertapak di Indo China(Vietnam, Laos,Kemboja), maka Syarikat HindiaTimur Inggeris memerintah di Indonesia dan Melaka. Masa itu Sir Stamford Raffles menjadi Gabenor di Jawa. 1819 Perang tamat di Eropah bila England menewaskan Perancis dalam Perang Waterloo. Belanda kembali ke Indonesia dan Melaka.


Rasa kehilangan Jawa yang strategik menyebabkan Sir Stamford Raffles mencari kawasan lain dan akhirnya menemui Singapura yang dikuasa Temenggung Ibrahim kalau tak silap, Akhirnya melalui tipu muslihat, Raffles menjajah Singapura 1819 dan kemudiannya menjajah Melaka 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Malang sungguh nasib bangsa Melayu. Dari sebuah empayar yang besar, kini dijajah orang hinggalah seluruh Tanah Melayu dijajah British iaitu Pulau Pinang 1786 oleh Sir Fracis Light, Perak melalui Perjanjian Pangkor 1874 dan diikuti negeri-negeri lain, satu demi satu jatuh ke tangan British. Negeri terakhir jatuh ialah Johor yang secara sukarela di bawah Maharaja Abu Bakar menjadi negeri naungan British di bawah Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu bersama Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis, sementara Perak, Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang menjadi Negeri Melayu Bersekutu. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura menjadi Negeri-Negeri Selat.
Oleh itu jelas kepada kita bahawa orang Melayu lebih dahulu maju berbanding Amerika Syarikat tetapi kenapa kita sekarang ketinggalan berbanding Amerika. Tepuk dada tanya iman. Saya akan ulas dilain enteri . Rasa mengantuk dah. Prof.Madya Dr. Hasanah Che Ismail, doktor yang merawat saya kerana kanser di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian diharap membacanya dan memberi komen.


3.15 pagi.




Posted by Zaitie at 10:08
0 comments:

Post a Comment



Home
Subscribe to: Post Comments (Atom) International History and Comments
Apple Google Microsoft
Much-Hyped Apple Tablet Must Go Beyond E-ReadingNPR
- Jan 23, 2010
- 1 hour ago
Apple may to try to answer that question Wednesday, when it's expected to announce a tablet or notepad-sized media device, which would be available for ...
Related Articles »
clipped from Google - 1/2010
Read all 'color Kindle' posts in CraveCNET
- Jan 23, 2010
- 12 hours ago
by David Carnoy Most of the talk recently has been about Apple's looming event on January 27, where it's been widely reported that the company will unveil a ...
Related Articles »
clipped from Google - 1/2010
Apple Said to Talk to McGraw-Hill, Hearst About Tablet ContentBusinessWeek
- Jan 23, 2010
- 9 hours ago
23 (Bloomberg) -- Apple Inc. has held talks with Hearst Corp., McGraw-Hill Cos. and Hachette Book Group about putting their publications on its tablet ...
Related Articles »
clipped from Google - 1/2010
Apple In Talks With Microsoft Over iPhone Default BrowserdBTechno
- Jan 23, 2010
- 1 hour ago
Boston (DbTechNo) - The rivalry brewing between Google and Apple is no secret, and now if rumors are accurate the latter will be getting a leg up on the big ...
Related Articles »
clipped from Google - 1/2010
powered by

Followers

Blog Archive
▼ 2010 (1)
▼ January (1)
Melayu atau Amerika lebih dahulu bertamadun
About Me

zaini Tie
B.A Hons dan Diploma Pendidikan Universiti Malaya Kuala Lumpur. Belajar Kitab Darus Samin, Faridah , Hidayatussibyan, dll. Disahkan Kanser Perut dan bedah 18 Nov 2006.
View my complete profile

PULANGNYA KE RAHMATULLAH AL-SULTAN JOHOR

Maka sampailah ketentuan Allah, maka Sultan Johor,Sultan Iskandar telah dijemput oleh Malaikat Izrail untuk menemui Penciptanya. Moga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.Usahlah lagi kita menceritakan keburukannya, biar ia menjadi lipatan sejarah dan menjadi pengajaran kepada kita semua. Setiap yang hidup pasti akan mati, usahlah kita membangga diri dengan pangkat yang ada,rumah yang besar, kereta Merc atau sebagainya kerana semua akan ditiggalkan dan yang kita bawa hanya amal yang baik,sedekah yang berkekalan dan anak yang soleh. Pandanglah ke bumi yang dipijak, jangan hanya memandang bintang di langit yang entah bila kita akan sampai ke sana. Marilah kita beramal sebagai bekal kita di akhirat nanti yang tidak ada kesudahannya. Di dunia ini walau bagaimana sakitpun kita, insya Allah jika ditakdirkan Allah kita sembuh, kita sembuh, dan jika kita ditakdirkan matipun, kita kena redha kerana siapalah kita, kita adalah hamba Allah dan terserahlah kepadaNya apa yang Dia hendak lakukan kepada kita dan semuanya telah tertulis sejak azali. Semua Allah telah tetapkan tetapi sebagai manusia, kita kena berusaha kemudian baru bertawakkal kepadaNya. (golongan ustaz, sila betulkan jika salah - guna komen melalui e-mail Gmail.com)

Sejarah kesultanan Melayu bermula dengan kedatangan Parameswara dari Palembang ke Temasik(Singapura). Baginda adalah anak Raja Sailendra tetapi akibat perebutan takhta di sana, beliau ke Singapura bersama Bendahara dan diberi nama Singapura kerana baginda berjumpa Singa di sana(mengikut Sejarah Melayu). Semasa di Singapura, baginda telah membunuh wakil Siam di sana bagi membolehkannya menjadi Raja. Ini menimbulkan kemarahan Kerajaan Siam dan mahu menyerang Singapura, oleh itu baginda lari ke Melaka.

Mengikut Sejarah Melayu,ada seorang pendakwah Islam datang ke Singapura dan untuk berdakwah, ia merenung batang pinang dan batang pinang terbelah dua .Permaisuri raja terkejut dan pengsan. Raja amat marah dan mencari pendakwah tersebut dan berjaya dibunuh. Anehnya mayatnya telah ghaib dan dijumpai di Langkawi.
Tidak lama kemudain Singapura dilanggar todak, maka ramailah yang mati. RAja pergi ke pantai untuk melihat peristiwa tersebut, tiba-tiba melayang seekor todak dan mengenai baju Raja hingga koyak.

Ada seorang budak telah melihat kajadia itu dan mencadangkan kepada Raja supaya menanam batang pisang. Hasil daripada kebijaksanan budak tersebut, banyaklah ikan todak yang terlekat muncungnya
Baginda mendapati Melaka sangat strategik dan menjadikan Melaka kerajaannya. Pada masa itu melaka dihuni oleh suku laut. Mengikut Sejarah Malayu,nama Melaka diambil sempena peristiwa ganjil yang berlaku iaitu anjing Raja bernama Pasai telah ditendang oleh kijang yang dikejarnya.Maka dengan kejadian aneh itu, baginda bertanya apakah nama tempat itu tetapi semua tak tahu, lalu baginda bertanya kepada Bendahara, apakah nama pokok tempat baginda berteduh, jawab Temenggung, itulah pokok Melaka. Maka sejak itu Mekalalah nama negeri tersebut.(Catatan: Sejarah Melayu adalah Sastera Sejarah dan ianya tidak boleh dijadikan sumber sejarah kerana bercampur aduk dengan unsur mitos dan lagenda tetapi saya masukkan di sini sebagai sumber pengetahuan.)

Setelah beberapa lama di Melaka, baginda bermimpi berjumpa Rasulullah dan dalam mimpinya baginda disuruh oleh Rasulullah supaya memeluk Islam apabila ada pedagang Arab tiba di Melaka. Apabila baginda tersedar, baginda melihat bagida telah dikhatankan(Sejarah Melayu). Pada sebelah petangnnya baginda melilat pedang Arab yang diketuai Makhdum Ab.Aziz bersolat di pantai dan baginda mendapati ianya serupa dengan apa yang baginda libat di dalam mimpi. Bagi baginda pun memeluk Islam dan menukar namanya kepada Megat Iskandar Syah.

Baginda diganti oleh Sri Maharan. Baginda mempunyai 2 orang anak iaitu Raja Ibrahim dengan isterinya Puteri Rokan,oleh itu baginda adalah anak gahara, abangnya Raja kasim adalah anak dengan wanita India Mulim bernama Mani Purindam. Apabila Raja Sri Maharaj mangkat, pembesar melantik Raja Ibarhim menjadi Sultan dengan gelaran Eri Parameswara Dewa Syah. Raja Kassim tidak puas hati lalu lari meniggalkan istana dan menjadi nelayan. Raja Kasim ada Bapa Saudara bernama Tun Ali. Tun Ali menggalak Raja Kasim merampas takhta. Maka berlakulah rampasan kuasa dan terbunuhlah Raja Ibrahim. Bendahara Wak Raja sedih dengan apa yang berlaku telah membunuh diri dengan meminum racun. Anaknya Tun Perak melarikan diri ke Kelang dan kemudian menjadi penghulu di sana.

Raja Kassim yang berjaya dalam rampasan kuasa tersebut dengan bantuan baba saudaranya Tun Ali telah memakai gelaran Sultan Muzaffar Syah, sultan Melaka pertama yang memakai gelaran Sultan. Tun Ali telah dilantik sebagai Bendahara tetapi umurnya telah lanjut. Sultan Muzaffar pula telah berkahwin dengan Tun Kudu, adik Tun Perak.
Siam yang marah dengan pembunuhan Temagi telah menyiapkan tenteranya untuk menyerang Melaka pada tahun 1498(?). Maka Sultan Muzaffar Syah telah mengarahkan semua negeri jajahan takluk Melaka menhantar tentera bagi mempertahankan Melaka. Maka semua negeri menghantar tentera termasuklah Tun Perak. Mengikut Sejarah Melayu, apabila mengadap Sultan Muzaffar, maka ada pembesar yang menyindir Tun Perak kerana membawa anak isteri ke Melaka untuk berperang. Tun Perak menjelaskan ia membawa anak isteri supaya tenteranya berperang bersungguh-sungguh kerana jika kalah, bukan sahaja mereka yang terbunuh tetapi anak isteri juga terbunuh. Maka diamlah segala pembersar yang hanya pandai mengampu sultan itu.

Maka berlakulah perang antara tentera Siam dan Melaka di Batu Pahat tetapi dengan kehebatan Tun Perak, Siam dari Singgora itu telah dikalahkan.

Selepas peristiwa tersebut, Sultan berfikir mahu menjadikan Tun Perak (abang iparnya) sebagai Bendahara kerana daya kepimpinannya.



Saya dah penat menaip, saya sambung lain kali, tambahan pula ada tamu, Us.Saripudin. Kepada pesakit kanser, saya harap dengan membaca sejarah Melaka ini, fikiran itu boleh tenang sikit, jangan asyik dok fikir tentang penyakit kita . Hidup perlu diteruskan. Berpantang maut sebelum ajal. Selalunya solat hajat, Qiamullail dan berzikir serta berselawat kepada Nabi Muhammad saw.

Allah hu Akbar.


Wassalam.

Tuesday, January 19, 2010

KE MAKAM KASIH




Semerbak mewangi melor pagi
menemani makam Kekasihku di alam barzakh
Moga Sayang bahagia di sana
bersama para syuhada dan solehin.

Sayang,

Abang datang untuk kesekian kalinya,
bersama cahaya matamu
setiap minggu sayang
kami sedekah Yasin dan al-Fatihah


Sayang,

Anak sulung kita dah Tingkatan 4
Abang tak kisah dia tak cemerlang
kerana hospital rumah kedua kami
tidur di lantai simen menjadi lumrah anak
menemani abang mederita sakit

Sayang,

Anak kedua kita dah Tingkatan 3
Dia cemerlang dalam pelajaran
Akhir tahun Tingkatan 2 dia dapat 8A 1B
Tempat ketiga di Kelas 2A1

Sayang,

Sayang tak pernah meminta abang menjaga mereka dengan baik
kerana sayang seorang pendiam
Pun begitu, abang dah laksanakan tugas abang
Keduanya dah Khatam al-Quran
Solat tak tinggal
Setiap malam baca Yassin
Setiap Jumaat menziarahi kubur sayang

Sayang,

Abang terpaksa mencari pengganti sayang
kerana hidup perlu diteruskan
Dia seorang wanita yang solehah
menjaga anak-anak kita sepeti anak sendiri
memberi mereka didikan agama
sebagai bekal di dunia dan akhirat nanti

Sayang,
Abang kini menderita sakit seperti Sayang
baru kini Abang dapat rasa bagaimana sakitnya Sayang dulu
bertarung nyawa melawan kanser
moga Allah memberi ganjaran pahala untuk sayang
dan mendapat syurga Jannatul Firdaus

Sayang,

Abang dan anak pulang dulu
Jumaat depan, umur panjang kami datang lagi
sedekahkan Fatihah dan Yassin untuk sayang.

Sayang,

Bersemadilah dengan aman dengan rahmat dari Allah s.w.t.



19.01.2010
9.15 pagi

Monday, January 18, 2010

MINGGU KEDUA PERSEKOLAHAN


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
14-01-10 ------------------ TALQIM ZIKIR OLEH TUAN GURU KEPADA US.SARIPUDDIN



KELEBIHAN KALIMAH LA ILA HA ILLAH:


Jika diletakkan kalimah La ila ha illah di sebelah neraca timbangan dan sebelah lagi dunia dan seisinya , maka berat lagi kalimah tersebut.


Seafdal-afdal zikir ialah La ila ha illah.


Banyakkan zikir ini di samping perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad saw dan beristighfar kepada Allah.


Marilah kita banyak berzikir kepada Allah supaya hati menjadi tenang. Jangan terpengaruh dengan meditasi agama lain seperti yoga kerana ia telah diharamkan oleh Majlis Fatwa kebangsaan.



15-01-10 ___________solat Jumaat________





16.01.10

Dressing di klinik Bachok dan ke Pasar Tani. Just chatting with seller from Thailand and Pak Teh Selamat. Met Cikgu Mat Isa. I,m bought torchlight and traditional medicine for my dad.



17.01.10


Give Tazkirah and Doa at Weekly Ceremony. My foot feel pain. Can't walk


18.01.10


I.m took sickleave at Klinik Bachok because cant go to school. I cant walk normally. Met Cikgu Sulasmi at Bachok Market, my old friend at SMK Bachok. She is my member at Persatuan Silat Seni Gayung Malaysia at SMK Bachok when we are form six.

Give Susulebah to Mak Yah


Thursday, January 14, 2010

SEKOLAHKU TERBILANG

Keistimewaan/Watak/Imej/Identiti Sekolah


SMK Kandis merupakan sekolah menengah yang paling luar bandar dalam PPD Bachok, tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam dan banyak bergantung kepada pengangkutan sendiri.

Lebih dari 90% muridnya adalah terdiri daripada anak petani, nelayan dan buruh kasar dan 100 % adalah berbangsa Melayu dan Islam.

Pencapaian akademik pada tahun 2004 di peringkat PMR dan SPM amat membanggakan dari segi peratus kualiti dan kuantiti dimana SMK Kandis berada di tiga tempat teratas mengikut ranking PPD Bachok.

Walaupun pencapaian PMR dan SPM 2005 menunjukkan sedikit penurunan dari segi kuantiti tetapi menunjukkan peningkatan dari segi kualiti.

Pada tahun 2005 SMK Kandis satu-satunya sekolah dalam PPD Bachok dinobatkan sebagai penerima ANUGERAH SEKOLAH PUNCAK GEMILANG Iiaitu satu anugerah yang paling berprestij berdasarkan kecemerlanagan sekolah dalam bidang akademik, kokurukulm dan sahsaiah murid.

Dalam bidang ko kurikulum, terdapat pelajar SMK Kandis yang telah berjaya dengan cemerlang sehingga berjaya mewakili NEGARA khasnya dalam Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah ASEAN iaitu acara jalan kaki pada tahun 2004.

SMK Kandis juga telah muncul sebagai NAIB JUARA dalam Pertandingan Juara Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan.

Mencapai ANUGERAH JUARA PENGURUSAN PIBG Peringkat Negeri Kelantan pada tahun 2005 dan tahun 2002.


MOGA SMK KANDIS TERUS MAJU.....................KANDIS BOLEH.....................................

Ulasan Cikgu Muhamad Zaini Ismail;

Moga saya terus dapat mengajar di sekolan ini. InsyaAllah. Bila saya sihat betul nanti, saya berjanji akan bekerja kuat bagi memajukan sekolah sebagaimana yang saya lakukan semasa saya memegang jawatan Guru Kanan Teknik dan Vokasional sekolah ini dari tahun 2004 hingga 2006. 2007 saya meletakkan jawatan kerana sakit.

Antara kejayaan yang saya capai semasa menjadi Guru Kanan Teknik dan Vokasional sekolah ini ialah:

1. Naib Juara ERT Kelantan
2. Tempat ketiga Guru Inovatif Berkumpulan bersama En.Rosli Ibrahim dan Tn.Hj.Ismail
3. En.Rosli Ibrahim membentangkan Kajian Tindakan di Kota Kinabalu, Sabah.
4. Sebagai Guru Kelas 3 Super 2005- 5 orang pelajar mendapat 8A PMR


SEKOLAHKU -SMK KANDIS SEKOLAH TERBILANG



GURU INOVATIF PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA
YM TG.AZMI B. RAJA ISMAIL




PENGETUA SMK KANDIS
TN.HJ. AB.MANAH B JUSOH

Wednesday, January 13, 2010

Mana Milik Kita-Buat Semua Pesakit Kanser


MANA MILIK KITA


MANA MILIK KITA
TIDAK ADA MILIK KITA
SEMUA YANG ADA
ALLAH YANG PUNYA
TIDAK ADA KITA PUNYA
KITA HANYA MENGUSAHAKAN SAJA
APA YANG KITA DAPAT
ALLAH SUDAH SEDIAKANNYA



KITA ALLAH PUNYA
BUMI LANGIT CIPTAANNYA
PILIHLAH APA SAJA
TIDAK TERLEPAS DARI CIPTAANNYA

MANA KITA PUNYA
TIDAK ADA KEPUNYAAN KITA
KITA HANYA MENGUSAHAKAN
APA YANG TELAH ADA

MANA MILIK KITA
TIDAK ADA MILIK KITA
SEMUA YANG ADA
ALLAH YANG PUNYA


lagu Allahyarham Us.Asri Rabbani. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Semoga lirik lagu ini menambahkan kekuatan iman kita, menangis tak ape asal menangis atas dosa kita terhadap Allah.


Dr. Hasanah's Entries: Academic Activities 2010

Dr. Hasanah's Entries: Academic Activities 2010