BLOG INI BUKAN NASIHAT PROFESIONAL.IA ADALAH PENGALAMAN PENULIS.DAPATKAN NASIHAT DARIPADA DOKTOR PAKAR ANDA DI HOSPITAL YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA.
Thursday, December 30, 2010
Haji 2010
Ku sering berdoa kepada Allah agar ku dapat mengerjakan Haji sebelum ku dijemput menemuiNya. Sebenarnya ku telahpun terpilih mengerjakan Haji pada tahun 2006 tetapi kerana ku terpaksa menjalani pembedahan kanser perut 3 minggu sebelum berangkat, maka ku dan isteri terpaksa menundanya.
Alhamdulillah selepas tertangguh 4 tahun, dapat juga ku menjejak kaki di tanah suci Mekah dan Madinah. Walaupun kesihatanku tak berapa baik, bisul akibat kanser masih bernanah, ku tawakkal. Ku bekalkan kain pembalut (gauge) dan plaster. Ku cuci bisul ku hampir setiap waktu kecuali antara Maghrib dan Isyak kerana jauh untuk pulang ke hotel.
Ku juga lebih sihat di sana daripada di rummah kecuali ku sering selsema saja di sana. Ku dapat mengerjakan tawaf, sai, melontar dan lain-lain kerja haji tanpa upah. Betis ku yang sentiasa lenguh dan tak lena tidur semasa di rumah, hilang semasa di sana. Bekalan morfin yang ku bawa juga tidak ku ambil.
Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusanku. Terima kasih Ya Allah.
Sukarnya Menerima Takdir
Rukun Iman yang ke enam ialah Percaya Kepada Qada dan Qadar. Sekiranya kita tidak percaya sesuatu yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah swt, maka rosaklah iman kita. Namun bila kita diuji dengan penyakit yang teruk, kadang-kala kita memarahi takdir yang menimpa kita walaupun Allah telah berfirman dalam Surah
Al-Mulk yang antara lain bermaksud: Allah menjadikan mati dan hidup supaya Dia dapat menguji siapakah yang lehih baik amalannya.
Kita kadang-kala bertanya, apakah dosa kita sehingga kita ditimpa dengan penyakit yang begitu teruk sedangkan kalau kita lihat dalam masyarakat di luar sana, ramai lagi yang berbuat maksiat, buang anak, dadah , arak, pergaulan bebas dan entah pelbagai maksiat yang dilakukan. Bahkan ada yang berbangga dengan maksiat yang mereka lakukan. Tetapi mereka hidup "bahagia", sihat walafiat, kaya raya dan ada yang menjadi selebriti pula.
Namun begitu Alhamdulillah akhirnya ku dapat terima takdir yang menimpa diri. Dua hari lepas ku buka blog Raden Galoh(Dalilah Tamrin) di onebreastbounching.blogspot.com. Sudah lama ku tak layari blognya kerana dia menulis dalam Bahasa Inggeris, lambatlah sikit untuk ku memahaminya. Ku baca blognya yang menceritakan kanser payudaranya dah merebak dan dia dalam keadaan yang agak membimbangkan. Ku baca pula komen pembacanya. Daripada situ ku tahu Dalilah dah kembali ke rahmatullah. Bercucuran air mataku. Dia telah selamat menemui PenciptaNya, tinggal ku dan pesakit kanser yang lain berjuang melawan penyakit ini.
Dalam menghadapi penyakit ini ku semakitn mendekati diriku dengan Allah swt. Ku sering membaca Buku
Petunjuk Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Prof. Ahmad Izuddin al-Bayuni, keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Ku paparkan sebuah hadis Nabi Muhammad saw daripada buku tersebut:
"Mukmin yang kuat adalah lebih dikasihi Allat s.w.t. daripada mukmin yang lemah. Di dalam setiap satunya ada kebaikan. Berhati-hatilah terhadap perkara yang boleh mendatangkan manfaat kepada engkau, mintalah pertolonan kepada Allah. Sekiranya engkau ditimpa oleh sesuatu musibah, maka janganlah engkau berkata : Sekiranya aku lakukan ini maka inilah yang akan berlaku. Akan tetapi katakanlah apa yang menimpa aku adalah qadar Allah dan Dia berhak melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya "kalau" boleh membuka amalan syaitan" (Riwayat Muslim)
Sabda Nabi lagi bermaksud:
" Berubatlah wahai hamba Allah! Sesungguhnya tidak menjadikan penyakit melainkan Dia menjadikan ubatnya. Melainkan satu penyakit yang tidak ada ubatnya. Mereka bertanya: Apakah dia Wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Sakit tua". (Riwayat Ahmad dan lainnya)
Wallah hu a'lam.
Monday, December 27, 2010
DOA PESAKIT KANSER
Sharing The Du'a(Dipetik dari onebreastbouncing.blogspot.com)
To shrink cancer cells:
Surah Thaaha 105 -107 (7 times)
To kill cancer cells:
1. Surah Al-Qalam 1-5
2. Surah Al-Qalam 16-20 ( 7 times, repeat verse 20, 20 times)
To cure from cancer (read in the following sequence):
1. Al-fatihah
2. Al-Baqarah 1-5, 163-165, 255-257, 285-286
3. Ali-Imran 1-5, 18, 26-27
4. Al-A'raf 54-56, 117-119
5. Yunus 80-81
6. Thaaha 65-69
7. Mukminun 115-118
8. As-Shaaffaat 1-15
9. Ar-Rahman 31-34
10. Al-Hasyr 21-24
11. Al-Mulk 3-4
12. Al-Qalam 3-4
13. Al-Jinn 3
14. Al-Kafiruun
15. Al-Falaq
16. An-Nas
(Read all 7 times onto water to be used for showering and/or for drinking purposes) and read it once daily as part of practising good deed.
Note:
Believe, it is Allah the Most Merciful, the Most Loving, for it is He who will give a cure to this disease.
Read AlBaqarah 216 for understanding that sometimes matters (tests and its results) we don't like are the best for us.
Always read:
1. Doa Nabi Yunus,
2. Bismillah 5,
3. Doa Nabi Ayub,
4. Ayatul Syifa' and istighfar (include the zikirs for chronic disease)

Doa Allahyarhamah Dalilah Tamrin(Raden Galoh) sama dengan doa yang diperolehi oleh isteriku semasa menjaga ku di wad daripada seorang peneman pesakit. Katanya dia perolehi semasa mengerjakan umrah. Doa ini ku dan isteri membacanya hampir setiap malam sewaktu ku sedang tenat dulu. Alhamdulillah ku sekarang bertambah sihat. Ku juga banyak mengamalkan zikir-zikir lain.
Gastrik Menyerang Lagi
Contoh Gambar Pembedahan Gastic-bypass yang ku jalani Nov. 2006
Sudah 4 hari ku rasa panas di dadaku, ini tanda gastrik menyerang lagi. Sebenarnya doktor dah kurangkan dos ubat gastrik ku iaitu NEXIUM(esomeprazole) dari 2 kali sehari ke 1 kali sehari tetapi ubat Ganaton(Itopride) masih lagi 3 kali sehari tetapi kadang-kadang ku makan 1 kali sehari saja. Bila sakit balik ni kena ambil 3 kali sehari pulalah.
Ku renung makanan yang ku makan sehingga gastrik datang lagi. Mungkin kerana ku makan kari daging kerana sekarang musim kenduri tetapi sebenarnya ku makan berhati-hati iaitu sedikit kuah dan sedikit daging. Ku juga dah 3 hari makan ulam daun ceylon dan kacang botol, mungkin inikah puncanya.
Untuk mengatasinya, ku minum air susu High-Goat, dan minum air kelapa selain makanan tambahan yang selalu ku makan sejak setahun lalu iaitu SUSULEBAH. Selepas 3 hari ku amalkan, gastrik ku kembali reda, Alhamdulillah.
Sejak kembali dari Tanah Suci, dah hampir 3 kotak ku makan ubat SUTENT(ubat Kimoterapi) yang diberi oleh isteri Arwah Pesakit Kanser. Kesan sampingannya ialah tapak kaki ku sakit macam terpijak bara api tetapi taklah seteruk masa ku mula-mula memakannya Januari lalu. Kesan baiknya ialah bisul di dadamu akibat kanser bertambah kecil. Ku berdoa moga kerajaan melulus permohonanku untuk mendapatkan Ubat SUTENT seterusnya kerana ku memang layak seperti dalam pekeliling perkhidmatan.
Buat pesakit kanser, usah takut mendapatkan kimoterapi, memang kita akan letih melampau, muntah yang teruk tetapi bayangkan penderitaan jika kanser merebak menyerang organ-organ lain seperti hati, paru-paru tulang dan organ-organ penting lain, tentu lebih teruk. Ku masih ingat penderitaan arwah isteriku yang menderita kanser payudara kerana dia enggan mendapatkan rawatan awal di hospital, barah menyebabkan payudaranya bernanah dan merebak ke belakang badan dan lengan. Akhirnya dia lumpuh sebelum menghembus nafas terakhirnya. Moga Allah menempatkan dia bersama orang-orang yang soleh.
Amin.
Saturday, December 25, 2010
Tuesday, December 21, 2010
Ku Ingin Berdoa di Depan Kaabah
Utusan Malaysia : BUTTERWORTH 20 Dis. 2010
- Biarpun baru berusia 15 tahun, Muhammad Nur Nazari Mohd. telah menjalani enam kali pembedahan akibat kanser tulang yang dihidapinya.
Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih, Perai itu malahan terpaksa berulang alik ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setiap bulan untuk mendapatkan rawatan.
Dia juga pernah melalui saat getir apabila tangan kanannya terpaksa dipotong hingga ke pangkal lengan tiga tahun lalu akibat penyakit tersebut.
Menurut ibunya, Rohani Kader Gani, 39, penyakit anak tunggalnya itu dikesan apabila tangan anaknya membengkak ketika menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
"Selepas dua bulan menderita sakit, kami membawa Nazari ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan doktor mengesahkan dia menghidap kanser tulang. Tangannya dipotong dua minggu selepas itu.
"Selepas pembedahan, keadaannya beransur pulih dan Nazari juga terpilih menyertai program Jemputan Umrah anjuran Astro Oasis pada 2008," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Manis di sini hari ini.
Jelasnya lagi, selepas pulang dari menjalani ibadat itu, keadaan kesihatan anaknya itu bertambah baik namun pada pertengahan tahun lalu, dia terpaksa menjalani beberapa pembedahan lagi apabila kanser merebak ke paru-paru.
Terbaru, Nazari menjalani pembedahan di HKL pada November lalu dan selepas pemeriksaan pada 13 Disember lalu, kanser tersebut kini dikesan menyerang kelenjar berhampiran saluran pernafasan.
"Selepas pembedahan terakhir itu, Nazari beritahu saya, dia berhajat untuk sekali lagi ke Mekah menunaikan umrah bersama saya, nenek dan bapanya, Mohd. Kader Ghouse.
"Tapi dengan pendapatan sebagai tukang cuci sebanyak RM400 sebulan manakala suami pula hanya pembantu kedai dengan gaji RM700, sukar untuk kami penuhi impian Nazari itu," ujarnya.
Sehubungan itu, Rohani merayu sumbangan orang ramai bagi memenuhi impian Nazari untuk berdoa di hadapan Kaabah agar penyakitnya sembuh dan dia dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi Rohani di talian 017-5475549 atau 017-4794807 atau melalui akaun Maybank atas nama Nazari bernombor 107161913811.

Monday, December 20, 2010
Ziarah Isteri Arwah Pesakit Kanser
Kelmarin dulu ku ziarah Kak L, dia tinggal di Penambang, Kota Bharu. Isteriku dan Kak L begitu rapat kerana mereka berdua sama-sama menjaga suami yang sakit kanser. Suaminya Abang L, menghidap kanser usus. Ku dibedah dua hari lebih awal daripadanya iaitu pada November 2006. Ku masih ingat kami sama-sama makan ubat julap supaya semua isi perut keluar agar senang dibedah. Tetapi dia ditunda dua hari kerana ku mengambil masa terlalu lama iaitu 9 jam dibedah, gilirannya selepasku, Di wad, kami sama-sama mengharungi deritanya sakit kanser, jarum disuntik sudah biasa, tiub dimasukkan melalui hidung, dada ditebuk supaya dapat diberi susu melalui saluran darah dan macam-macam prosedur perubatan lagi.
Selepas dibedah, Abang L kelihatan sihat sehingga dia sanggup memandu sendiri kereta ke rumahku yang jaraknya 50KM. Namun selepas itu dia kembali sakit dan kali terakhir ku berjumpanya semasa kami masuk wad entah untuk ke berapa kalinya pada tahun 2008. Ku pergi ke katilnya di wad 2 Intan, wad yang menjadi rumah keduaku. Ku lihat dia begitu terseksa, dia tak senyumpun. Mukanya berkerut menahan sakit. Dia kemudian menjalani kimoterapi sehingga hangus kulitnya.
Menurut isterinya, selepas keluar wad, berat badannya susut begitu ketara. Dia muntah hitam dan bila makan, makanan muntah keluar, mungkin ususnya dah muncul kanser kembali dan tersumbat. Akhirnya dia disyorkan menjalani bedah batin di Sentul, Kuala Lumpur. Dua tiga kali pengsan sebelum sampai di klinik. Kemudian dia dibedah oleh Tabib daripada Indonesia dengan menggunakan pisau cukur, darah membuak keluar dan beberapa organ dalaman dikeluarkan dan kemudian diplaster. Abang L dibenarkan pulang dan dalam perjalanan pulang, dia kembali ke rahmatullah. Kos pembedahannya RM10,000.00.
Ku juga pernah disyorkan melakukan bedah batin tetapi ku lebih yakin dengan perubatan moden di samping perubatan Islam. Tambahan pula apa lagi yang nak dibedah kerana ku dah menjalani pembdahan membuang separuh daripada perutku seperti pelakon Shani buat, sebab itu ku terlalu kurus. Tinggi ku 167 cm tetapi berat cuma 51kg, sedangkan dulu beratku 68kg.
Sebenarnya dah ramai kawan-kawan kanserku yang dah dipanggil menemuinya Penciptanya, Alhamdulillah ku masih panjang umur dan ku bersyukur kerana akhirnya dapat juga ku mengerjakan haji yang tertangguh pada tahun 2006 kerana menjalani pembedahan.
Semoga Allah menyembuhkan ku sepenuhnya kerana sekarang ku belum sihat lagi, nanah masih keluar melalui bisul yang muncul diperutku akibat kanser. Semasa di Mekah, ku bawa bekal ubat cuci dan pembalut untuk mencuci dan membalut bisul tersebut. Pernah sekali, jemaah haji dari India secara tak sengaja menyiku bisulku, berdarahlah ia tetapi ku tak tunjukkan kesakitanku kepadanya, ku tahan kesakitan tersebut.
Sekarang ku bergantung kepada SUSU LEBAH kerana tuntutan ubat SUTENT daripada Kementerian Pelajaran belum diluluskan lagi. Macam menunggu buah yang tak gugur kerana tuntutan dah dibuat sejak januari 2010. Biarlah ...............kerana Allah yang menyembuh, bukannya ubat.
Wassalam, jumpa di lain entri. Yang baik daripada Allah dan yang silap ku mohon kemaafanNya kerana ku insan yang lemah.

Tuesday, December 14, 2010
Sukarnya Mendapatkan Ubat Kimoterapi Dari Kerajaan.
Sekembalinya ku daripada mengerjakan haji, ku harap dapat makan ubat kimoterapi yang telah ku pohon sejak Januari 2010. Tetapi harapan tinggal harapan. Berita menyedihkan yang ku terima. Pihak sekolah dan Unit Akaun tidak dapat memproses pembayarannya. Entah di mana silapnya ku tak tahu kerana ku bukan kerani, ku seorang guru, itu bukan bidang ku.
Mungkin kerana kos ubatnya yang mahal itu RM 54,000.00, maka kelulusannya begitu sukar. Dulu semasa ku makan ubat kimoterapi Glivec yang berharga RM 8380.00 sebulan, ku bayar dulu dan baru buat tuntutan tetapi masalahnya tuntutan lambat diterima dan menyebabkan tidak sempat buat pusingan modal. Sehingga kini Unit Akaun Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan masih belum membayar tuntutanku sebanyak RM34100.00.
Kelmarin, 13/11/10, ku berjumpa dengan Pakar Kanserku, Prof.Biswa, dia memang menyedari sekarang ni kerajaan memang sukar membayar tuntutan kakitangannya. Alternatifnya, ku makan ubat kimo yang disedakah oleh isteri arwah pesakit kanser dari Pasir Mas.
Ku masih mempertimbangkan untuk mengadu kepada Biro Pengaduan Awam dan NUTP. Harap-harap tak sampai ke situ.
Walau bagaimanapun ku tetap percaya kepada takdir tetapi sebagai hambaNya, kita perlu bersusaha bukan menyerah kepada takdir sahaja.
Wassalam.

Monday, December 6, 2010
BERANGKAT KE TANAH SUCI MEKAH
23 Okt.2010, kami bertolak ke Mekah dengan menaiki bas. Kami singgah di Bir Ali bagi niat umrah dan meneruskan perjalanan ke Mekah. Jam 12.00 kami tiba di Mekah dan menginap di Hotel Dar Amira, sebuah hotel kecil tetapi cuma 10 minit berjalan kaki ke Masjidil Haram berbanding dengan jemaah Muassasah yang agak jauh dari masjid. Kami dapat tawaf umrah dengan selesa kerana masa itu jemaah haji belum ramai. Selepas tawaf, panjang sekali doaku termasuklah supaya Allah swt menyembuhkan sakit kanserku dan juga kawan-kawan senasib.
Cuaca di Mekah tidak sepanas di Madianh, sekitar 35 darjah celcius cuma keadaan berhabuk kerana sekitar Masjidil Haram kerja pembinaan sedang rancak berjalan. Syarikat Bin Laden kerja 24 jam bagi menyiapkan hotel-hotel baru di sekitar masjid.
Kami dibawa menziarahi Gua Hirak tempat Nabi menerima wahyu pertama dan Gua Thur tempat Nabi bersembunyi bersama Abu Bakar bagi mengelak daripada dibunuh oleh kafir Quraisy sebelum berhijrah ke Madinah. Kami juga melawat kubur Saiditina Khadijah di perkuburan Maala.

Kembara Haji 1431H(2010)
14 Oktober 2010, Selepas Solat Subuh, Ayahku melaungkan azan sebagai mengiringi ku dan isteri yang akan berangkat ke Tanah Suci. Jam 10.00 Pesawat MAS berlepas ke KLIA dan jam 11.00 kami sampai di KLIA. Kami kemudian berehat di Kompleks Haji Kelana Jaya sementara menunggu penerbangan ke Madinah. Jam 12.00 malam, kami menuju ke KLIA dengan bas dengan diiringi peronda polis.Ada juga pemandu kereta yang berhenti memberi laluan kepada kami melambaikan tangan tanda mengucapkan selamat berangkat.
Sepanjang jalan ke KLIA, air mataku berguguran mensyukuri nikmat Allah swt kerana akhirnya doaku makbul juga. Ku selalu berdoa agar sebelum ku dijemput menemuiNya, ingin sekali aku menunaikan Rukun Islam yang Kelima. Ingin ku tawaf di Kaabah, rumah ibadat pertama di muka bumi, ingin ku ziarahi makam Nabi Muhammad saw dan para sahabatnya.
Sebenarnya ku dah terpilih mengerjakan haji pada 2006 tetapi sebulan sebelum berangkat, ku muntah darah dan terpaksa dibedah dan disahkan kanser. Ku kemudian mendapatkan rawatan kimoterapi dan radioterapi. Alhamdulillah akhirnya 4 tahun menderita sakit, cita-citaku tercapai juga.
Selepas 8 jam penerbangan dengan Saudi Air, pesawat mendarat di Lapangan Terbang Madinah dan kami sempat solat Subuh di Lapangan Terbang. Kami pergi dengan Syarikat Batuta Travel & Tours dan syarikat menempatkan kami di Hotel Makaram Masi. Agak dekat untuk mengerjakan Solat Jemaah 5 Waktu di Masjid Nabawi.. Ketika kami tiba dengan KT 20, jemaah belum ramai, jadi dapatlah kami bersolat di Raudhah walaupun terpaksa juga berebut-rebut kerana Raudhah adalah salah satu dari taman-taman syurga. seorang jemaah haji Malaysiamdengar khabar meninggal kerana terpijak semasa sujud di Raudhah.
Di Madinah kami ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblataian dan Bukit Uhud. Sebagai seorang guru Sejarah, maka ku begitu menghayati tempat-tempat bersejarah yang selama ini hanya belajar di universiti dan membaca buku sahaja. Kami juga ke ladang kurma bagi membeli buah tanganuntuk dibawa pulang ke tanah air.
selepas 8 hari di Madinah, kami berangkat ke Mekah dan berniat umrah wajib di Bir Ali. Selepas 8 jam perjalanan dengan bas, kami tiba di Tanah Haram Mekah.
Sepanjang berada di Madinah, kesihatanku bertambah sihat, ku dapat tidur dengan nyenyak dan tiada lagi lengu di betisku sehingga lu tak perlu ambil morfin yang kubekali di sana. Walau bagaimanapun ku tetap cuci sendiri bisul di dadaku dan sehingga kini belum dilanggar orang lagi bisulku, kalau terlanggar akan berdarahlah dan sakit usah ceritalah. Moga Allah memudahkan ku mengerjakan Haji di Mekah nanti.

Subscribe to:
Posts (Atom)