Insaf-Insaflah Bangsaku
Jangan
kamu campakkan diri kamu ke lembah kebinasaan
Itu
firman Allah
Pun
ramai masih mengepah rokok
Terbukti
sudah ia berbahaya
Ramai
sudah menderita kanser
Pun masih ramai merempit
Terbukti
sudah
ramai
kecundang di jalan raya
Ada
koma, ada kudung kaki
Ada
yang dah bersemadi di liang lahad
Pun
ramai menagih dadah
Terbukti
sudah ramai kena HIV Aids
Berjuta
duit rakyat mengubati mereka
Menjadi
mayat hidup
Menjadi
beban negara
Bangsaku,
Tidak
sedarkah lagi kalian
Bagaimana
runtuhnya Melaka
Tidak
serikkah lagi bagaimana rasa 400 tahun
dijajah
Memang
benar
Melayu
mudah lupa
Tetapi
adakah kita mahu terus lupa
Hingga
kelak kita dilupakan dalam peta dunia
Hingga
anak cucu kita hanya mengenali Malaysia dalam buku Sejarah
Mahukah
kita?
Tepuk dada tanya iman
Pisau
di tangan anda
Mentimun
pun di tangan anda
Andalah
penentu masa depan anda
Kerana
Allah
tidak mengubah nasib sesuatu kaum
Sehigga
mereka sendiri mengubahnya.
Zaini
alrengasi
29.6.10
5.00
pagi
No comments:
Post a Comment