BLOG INI BUKAN NASIHAT PROFESIONAL.IA ADALAH PENGALAMAN PENULIS.DAPATKAN NASIHAT DARIPADA DOKTOR PAKAR ANDA DI HOSPITAL YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA.
Friday, June 18, 2010
KENDURI KESYUKURAN DI PUSAT RAWATAN ISLAM
14.6.2010 : Kenduri Kesyukuran di rumah Ustaz Halim.
Ustaz Halim yang ku kenal sejak ku mengajar di SMK Menggatal, Sabah adalah bekas Pensyarah di Maktab Perguruan Gaya, Sabah dan Maktab Perguruan Kota Bharu tetapi sekarang dah pencen. Ia adalah pengamal perubatan Islam. Sesiapa berminat boleh hubunginya di talian 013-9393603
Ku bersama keluarga ke rumahnya di Kg.Becah Kura(Wadi Qura) kerana kenduri kesyukuran menduduki rumah barunya. Ramai sungguh tetamu kerana ia mengadakan “reunion” dengan kawan-kawan yang pernah mengajar di Sabah. Di sana ramai ku jumpa kawan-kawan lama yang sama-sama mengajar di Sabah. Ku juga berjumpa dengan bekas pengetua SMK Raja Sakti, Kota Bharu, Tn.Hj.Ibrahim Daud. Dia masih sihat walaupun dah lama pencen. Itulah anugerah Allah untuk dia dan semoga kita semua sihat sepanjang hayat agar dapat beribadat kepadaNya dengan lebih sempurna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment