9.6.2010
THIRD WORLD WAR WAS BEGINNING?
Flotila bantuan kepada penduduk Gaza yang dikepung Zionist Yahudi
dengan Kapal Mavi Marmara dari Turki
telah diserang oleh Komado Israel di perairan antara bangsa berhampiran
sempadan Gaza pada 31 Mei 2010 telah menyebabkan
9 orang sukarelawan Turki syahid. Bersama bantuan kepada penduduk Gaza tersebut ialah sukarelawan dari Malaysia.
Alhamdulillah kesemua sukarelawan Malaysia terselamat hasil bantuan beberapa
Negara seperti Jordan, Turki, Filipina dan New Zealand. Mereka telah tiba di
tanah air dan telah ditemuramah oleh para wartawan dan stesen TV di Malaysia.
Mengikut sukarelawan, mereka tidak menyerang komando Israel yang
mendarat menggunakan helicopter seperti yang dilaporkan CNN. Sebaliknya mereka
ditembak ketika sedang Solat Subuh hingga syahidnya 9 syuhada daripada Turki.
Sementara sukarelawan Malaysia diacukan senjata dan diikat tangan selama 15 jam
dan tidak dibenarkan ke tandas.
Pada 7 Jun 2010, Malaysia telah mengutuk serangan tersebut dan
dalam sidang Parlimen, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’Seri Mohd Najib Tun
Abdul Razak telah meluluskan resolusi Mengutuk Serangan Kejam Tentera Zionis Israel ke atas Konvoi Kapal Freedom
Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Nampaknya Israel mahu bermain api dengan Umat Islam. Sudah lupakah
mereka sejarah bangsa mereka yang dihalau dari Bumi Palestine dan dijadikan
hamba oleh Firaun, nasib baik mereka diselamatkan oleh Nabi Musa a.s dengan
menyeberangi Laut Merah yang terbelah.
Sudah lupakah mereka semasa Perang Dunia Kedua bangsa mereka
dibunuh oleh Nazi dibawah Adolf Hitler tetapi nasib menyebelahi mereka bila
Jerman kalah dalam Perang Dunia 2 dan tamatnya Perang Dunia 2 pada 15 Ogos 1945
bila Jepun menyerah kalah apabila pengganas no.1 dunia, Amerika Syarikat yang mengebom
Hiroshima pada 6 Ogso 1945 dan Nagasaki 8 Ogos 1945 dengan bom atom(nuclear)
Kesan daripada PDII, tertubuhlah Negara Yahudi Israel dengan
merampas tanah milik umat Islam
Palastine pada tahun 1948 melalui perjanjian
Balfour. Sedikit demi sedikit tanah Palestine dirampas. Negara Arab
pernah bangkit menentang pada tahun 1967 tetapi terpaksa berdamai keana campur
tangan Amerika Syarikat.
Amerika Syarikat(USA) menjadi pencacai Yahudi kerana undi
Presidennya dibiayai oleh pelobi Yahudi. USA menggunakan kedudukannya sebagai
Ahli Majlis Keselamtan PBB untuk menggunakan kuasa veto bagi membatalkan semua
usul yang mengutuk Israel. China dan Rusia pula cuma berkecuali.
Sampai bila umat Islam perlu ditindas oleh kuasa barat, tidak
cukupkah lagi umat Islam dijajah oleh England dulu dan kini diganti oleh
Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Iraq dan Afghanistan sudah jatuh ke tangan mereka sementara Negara-negara
Arab pula sebahagian besar bersekokongkol
dengan kuasa barat. Hanya Iran satu-satunya harapan Amerika. Al-Qaeda
pula menggunakan taktik menyerang kepentingan barat dan orang Awam kuasa barat
yang pada pendapat saya tidak sesuai dengan ajaran Islam yang melarang
menyerang orang Awam dan rumah ibadat.
Bangkitlah umat Islam, kembalikan kegemilangan Islam seperti Zaman
Nabi, Zaman Khalifat al-Rasyidin, Umayyah, Abbasiyah dan Turki Uthmaniah. Jika
umat Islam bersatu, tentu kuasa barat akan jatuh seperti jatuhnya kerajaan Rome
di tangan Islam dulu.
Allah hu Akbar. Sesunggunya
Allah bersama orang-orang yang bertakwa. Kembalilah kepada ajaran Islam sebenar
dan Islam Insya Allah akan menentang menentang kuasa kuffar. Jangan kita hanya berpeluk tubuh menunggu
kelahiran Imam Mahadi dan turunnya Nabi Isa a.s.
Sekian. Wabillah hi taufik walhidayah , wassalamualikum
warahmatullah hi wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment