BLOG INI BUKAN NASIHAT PROFESIONAL.IA ADALAH PENGALAMAN PENULIS.DAPATKAN NASIHAT DARIPADA DOKTOR PAKAR ANDA DI HOSPITAL YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA.
Friday, June 18, 2010
PTK (Penilaian Tahap Kelicikan)
PTK (Penilaian Tahap Kelicikan)
Penilaian Tahap Kecekapan(PTK) kepada para guru dan kakitangan kerajaan lain telahpun berlalu. Pelbagai cerita kita dengar mengenai PTK. Ada yang tidak membaca dan jawab secara rambang pun dapat bar 4 dan dapat kenaikan gaji di aras P2 atau P3.
Hal ini berlaku berlaku kerana pengawas peperiksaan gagal melaksanakan tugas sebagai pengawas kerana kebanyakan calon adalah kawan-kawan mereka dan pengawas membenarkan calon yang menduduki peperiksaan meniru. Oleh itu jelaslah dasar kerajaan untuk meningkatkan tahap kompetensi pegawai melalui Penilaian Tahap Kecekapan kurang berkesan kerana calon meniru dalam peperiksaan.
Daripada pengalaman lepas, ada berlaku pegawai yang memperolehi bar 4 dan mendapat kenaikan gaji tetapi hakikatnya dia seorang yang kaki ponteng kerja. Mungkin dia lulus kerana meniru ataupun soalan yang diramalnya keluar dalam peperiksaan. Hakikat sebenarnya , seseorang yang cemerlang dalam akademik tidak semestinya cemerlang dalam alam pekerjaan. Hal ini banyak berlaku sama ada dalam bidang perguruan ataupun kedoktoran ataupun bidang-bidang lain, oleh itu pada pendapat saya, SSB lebih baik daripada SSM dengan syarat pegawai yang menilai adalah telus, jangan pilih bulu.
Sekian. Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment