Temu janji dengan Pakar Onkologi (Appointment With Oncologist)
Hari ini 20
Mei 2010, aku ada temu janji dengan
Prof.Madya Biswa Mohan Biswal, Pakar Onkologi(Kanser) dari India. Sebenarnya
aku dah lama kenalnya iaitu semasa arwah isteriku mendapat rawatan kanser payu
daranya dulu.
Sebelum ke
klinik Nuklear, Radioterapi dan Onkologi, aku terlebih dahulu pergi ke sekolah
untuk memaklumkan kepada Pengetua bahawa aku ada TCA hari ini. Jam 9.00 pagi,
aku memandu kereta Gen 2 automatik yang ku beli pada tahun 2007 selepas aku
dibedah akibat penyakit kanser perutku. Nama sebenar penyakitku ialah Gastrointestinal
Stromal Tumor(GIST).
Sampai hari
ini, sudah 3rd line Kimoterapi dengan Sutent(Sunitinib) yang
berharga RM17650.00 untuk satu line(sebulan). Dulu aku menggunakan ubat
Kimoterapi Glivec yang berharga RM8380.00 sebulan. Bulan pertama(First Line)
ubat kimoterapi Sutent aku gunakan duit
sendiri dengan membelinya di Kian Farmasi, tetapi untuk bulan ke – 2 dan ke-3,
aku mendapat “donation” daripada Sutent Assistant Program daripada Axios
International. Untuk bulan ke-4, aku kena beli sendiri kalau surat kelulusan daripada
Kementerian Pelajaran lambat diterima. Aku dahpun terima surat salinan surat
daripada Kementerian Pelajaran yang mengajukan surat tersebut kepada
Kementerian Kesihatan Malaysia. Harap-harap lulus cepat agar ubatku tidak
terputus.
Jam 9.30 pagi
aku tiba di HUSM tetapi sukarnya cari parking, akhirnya aku parking berhampiran
Maidin Hypermarket. Terpaksa berjalan jauhlah walaupun tapak kakiku sakit akibat
kesan sampingan Ubat Kimoterapi, Sutent.
Bisul di dadaku pula mengeluarkan nanah (sel kanser yang mati) berwarna hijau
selama dua hari, diikuti nanah dan darah. Bisul ini pula begitu sakit(severe pain)
hingga aku terpaksa minum sirap morfin.
Sejak kesan
sampingan Sutent aku alami, aku dah mulai kurang mengendalikan kes disiplin di
sekolah, ceramah motivasi pagi juga aku dah tak bagi, bagi peluang kepada cikgu
lainlah. Nanti bila dah sihat nanti, ramailah pula pelajar yang akan jadi
mangsa rotanku jika melanggar disiplin sekolah, bukan nak rotan sangat pelajar ni, tapi cakap mulut mereka tak makan, malah
dipersendakan kita, jadi rotanlah jawabannya.
Sampai di
klinik, aku mengambil nombor giliran dan mengucapkan Selamat Hari Jururarawat
kepada para jururawat dan mereka pula mengucapkan Selamat Hari Guru kepadaku.
Ya! Kita sama-sama menyumbang bakti kepada masyarakat walaupun dalam bidang
yang berbeza. Cikgu yang suka bercakap, jururawat yang suka menyuntik pesakit.
Selapas 2 jam
menunggu, namaku dipanggil berjumpa dengan Prof.Biswa yang ditemani Dr.Hajariah.
Selepas membuat pemeriksaan dan mengambil gambar bisulku, Prof. memberiku ubat
tahan sakit dan ubat cuci bisulku.
Jam 3 petang
aku sampai di rumah dan meneruskan rutin harian, Cuma sekarang tak dapat lagi
ke surau, sihat nanti pergi semulalah.
Sekian dulu
untuk entri kali ini. Kepada para pesakit kanser, sabarlah, kerana sesungguhnya
sabar itu indah. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.
Dunia ini
hanya pinjaman, akhirat juga tempat kekal abadi. Ikhtiar di tangan kita, nak ke
syurga atau neraka. Marilah kita berdoa agar kita dipermudahkan Allah untuk
melaksanakan amalan ahli syurga. Amin…………………………..
No comments:
Post a Comment