Thursday, January 19, 2012

Temu Janji Pertama Oncology 2012

Hari ini ku ke klinik Oncology yang entah keberapa kali pun dah ku lupa. Sedar tak sedar dah 5 tahun ku menghidap kanser. Dah hampir 3 minggu badan rasa lemah, sakit seluruh tubuh, namun ku gagahkan diri memandu dan sampai di HUSM kena parking kat luar kerana parking di dalam hospital telah penuh. Selepas ku daftar, ku mencari Pn.Asmat, kaunselor kanser dan akhirnya ku temuinya sedang menjual buku Prof. Hasanah Che Ismail kepada seseorang.Pucuk dicita ulam mendatang. Ku terus membeli buku tersebut kerana telah lama ku nanti kemunculan buku Doktor Psikologi Kanser ini.


Nama dipanggil dan ku berjumpa dengan Pakar kanser. Prof.Biswa. Pemeriksaan rutin saja, dan ku maklumkan belum dapat ubat Sutent kerana pihak Kebajikan HUSM masih memprosesnya.Bila ku beritahu badan selalu letih, dia maklumkan kanser yang memakan nutrien. Baru sebentar tadi ku serahkan  di pejabat kebajikan, tak tahulah, .Ku diarahkan Prof.Biswal melakukan x-ray bila ku beritahu dadaku sakit. Alhamdulillah tidak ada masalah.

Sebaik saja pulang ku tersu baring kerana terlalu letih. Moga Allah memberi ku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini.

No comments: