Monday, January 30, 2012

LAWATAN ALUMNI SMK BACHOK

Jumaat 27 Januari , ku terima panggilan dari kawan lama di SMK Bachok, katanya ada bekas pelajar Form 6 nak datang ziarah. Kebetulan hari ini ku kurang sihat, dadaku terasa sakit, mungkin gejala gastrik dan paling ku takut jika jantung. Dulu gejala yang sama melandaku dan bila dibuat ECG tak menunjukkan gejala jantung.

Jam 5 petang mereka datang, rupa-rupanya bukan pelajarku tetapi Ahli Alumni Smk Bachok (Essemby Club). Sebenarnya kelab ini ditubuhkan oleh ku dan kawan-kawanku pada tahun 2002 dan selepas 3 tahun ia berkubur dan kini ada yang nak teruskan balik, baguslah.

Sepanjang lawatan itu banyaklah ceritanya dan yang paling menarik kisah seorang pesakit kanser. Sebenarnya ku pernah berjumpa dengannya di klinik oncology kerana ia mengalami kanser paru-paru. Dia menangguhkan kimoterapi untuk mengandung dan mendapat anak. Selepas bersalin baru kimoterapi. Beliau bertugas balik sebagai guru namun beliau terus diberi tugas-tugas seperti sebelum sakit. Akhirnya hari ini baru ku tahu dia telah kembali ke rahmatullah.
Terima kasih kepada Essembee Club kerana menziarahi ku.

Pada sebelah malamnya sakit dadaku semakin kuat. Akhirnya ku ke Unit Kecemasan HUSM  dan seperti biasa dimasukkan drip, nasib baik 2 kali cucuk sajaUbat dimasukkan melaluinya. ECG juga dibuat Dari jam 9.30 malam, 7 pagi baru pulang. Ku cuma dibekalkan Tramadol, dan Nexium(gastrik).

Hari Ahad dan Isnin ku cuti sakit. Semoga selepas ini tak perlu cuti sakit lagi.

2 comments:

Unknown said...

Salam Che Gu,
Che gu nampak steady, moga sakit perut hilang dengan cepat.

zaini said...

Sakit perut dah hilang tetapi setiap hari kena makan esomeprazole. Sekarang tubuh asyik letih saja, pegi kerjapun dalam keadaan terpaksa. Bagaimana nak hilang rasa letih ni doktor