Mari
kita cuba teka siapa antara semua orang di gambar pada sebelaha
kiri telah mengalami kanser payudara. Tentu sekali, anda tidak dapat
berbuat demikian.
Semua
orang di gambar tersebut adalah penghidap kanser payudara kecuali 3
orang. Mereka yang menghidap kanser payudara dengan yang tidak, sama
kecuali pilihan pakaian, jantina, rupa, warna kulit dan saiz!!
Walau
bagaimanapun, perjalanan mengatasi kanser bukan sesuatu yang senang dan
kita tidak ingin memberi pandangan kepada orang ramai bahawa perjalanan
itu senang. Bagi sesetengah orang, perjalanan ini senang dan bagi yang
lain, ini memang susah bergantung kepada pelbagai faktor yang terlibat.
Anda
mungkin berpendapat bahawa anda tidak terlibat dalam proses pemulihan
seorang pesakit kanser payudara. Lebih-lebih lagi, anda tidak mengenali
seseorang yang mengalami kanser payudara. Anda mungkin terkejut bahawa
orang yang anda ketahui memang telah mengalami dan mengatasi kanser
payudara atau baru melaluinya.
Tertera
di bawah adalah beberapa perkara yang perlu anda mengambil kira apabila
berhubung ataupun berinteraksi dengan seorang yang telah, sedang atau
baru di diagnosis dengan kanser payudara. Anda tidak tahu masa serta
cara peluang menolong akan menimbul. Isi penting ini mungkin juga boleh
membantu seorang rakan sekerja/kawan/saudara yang mengalami kanser
selain kanser payudara!
Perkara No.1 - Ucapkan tahniah kepada seorang yang telah mengalami dan mengatasi kanser payudara.
Apabila
berdepan dengan seorang yang baru mengetahui bahawa beliau mempunyai
kanser payudara – jangan tunjuk muka yang sedih atau kelihatan terkejut
atau tersasul. Malah ucapkan tahniah! Biasanya kami tidak tahu perkara
yang ingin dibangkitkan ... kanser payudara memang menggerunkan kami!
Bagi
seorang yang baru keluar dari diagnosis kanser dan kemudian rawatan dan
seterusnya beransur pulih, mereka akan mengalami satu perjalanan yang
penuh asam garam hidup. Mereka akan muncul lebih tabah dengan identiti
baru serta menghadapi setiap hari seterusnya dengan bersemangat. Mereka
gembira dan bersyukur kerana masih hidup dan setiap hari adalah satu
hari tambahan bagi mereka. Memang berlainan dengan kami yang ‘sempurna’
dan begitu enggan menghadapi kerja dan pengalaman seterusnya!
Perkara No.2 – Diagnosis hanya adalah permulaan ‘Perjalanan’ bagi seorang yang mengalami dan mengatasi kanser payudara.
Diagnosis
hanya permulaan bagi seorang pesakit kanser payudara. Sokongan daripada
semua orang termasuk sebuah kumpulan pakar perubatan yang terlatih
serta prihatin memang asas dalam usaha membantu pesakit membuat pilihan
baik serta mengatasi cabaran yang akan dihadapinya.
Perkara No.3 – Elakkan cerita negatif terutamanya mengenai mereka yang mengalami kanser payudara.
Apakah
yang kita patut berkata apabila kami melawat seorang pesakit (kawan)
yang sedang mengalami rawatan kanser payu dara (atau baru melepasi
pembedahan atau kemoterapi)? Kami patut elak berbual mengenai cerita
negatif yang kami pernah dengar mengenai pesakit kanser payudara. Jika
kami tidak ada apa-apa untuk berkata, adalah memadai setakat melawat
mereka dan memberi mereka sokongan. Perkara yang mesti dielakkan adalah
memberitahu mengenai seseorang yang telah meninggal dunia begitu cepat
selepas pembedahan atau kemoterapi atau telah mengalami kanser semula
setelah 6 bulan!
Perkara No.4 – Dapatkan seorang kaunselor bagi pesakit tersebut - samada kawan/saudara/rakan sekerja
Mereka
yang baru di diagnosis dengan kanser payudara mesti digalakkan untuk
bertemu dan berbual dengan seorang yang telah mengalami semua yang
dialami oleh seorang yang menghadapi kanser payudara termasuk rawatan
serta proses pemulihan. Bertemu dengan seorang yang telah mengalami dan
mengatasi kanser payudara adalah seperti melihat ‘cahaya di hujung
terowong’ bagi seorang yang baru didiagnosis dengan kanser payudara. Ini
adalah salah satu sebab asas Persatuan Kebajikan Kanser Payudara
(BCWA) telah diwujudkan – demi memberi sokongan dan bantuan kepada
mereka yang telah diganggu secara emosi dan psikologi oleh diagnosis
mereka.
Anda
boleh membantu dengan berhubung dengan ahli BCWA jika anda mempunyai
kawan/saudara/rakan sekerja yang baru didiagnosis dengan kanser payudara
dan memerlukan seseorang untuk berbincang mengenai keadaannya -
seseorang yang memahami perkara yang pesakit tersebut tengah mengalami.
Perkara No.5 - Jangan percaya cerita kuno atau terapi ganjil!
Kadang
kala kami ingin membantu tetapi sebaliknya tidak (secara tidak
sengaja). Dalam usaha kami membantu, kami terus menceritakan apa yang
kami terdengar tanpa mengetahui cara rawatan ataupun nasihat tersebut
mujarab, selamatl ataupun tidak. Halangan mengenai makanan atau makanan
yang “mesti” di makan, rawatan tradisi, terapi alternatif yang kami
ketahui disalurkan tanpa memikirkan implikasinya kepada kawan kami yang
mengalami kanser payudara.
Ini
boleh mengelirukan atau mengganggu status nutrisi mereka sehingga
mereka menjadi semakin sakit dan senang menghadapi masalah kesihatan
lain. Tambahan pula, cerita ini boleh mengganggu rawatan yang
dicadangkan oleh pakar perubatan pesakit tersebut. Cerita ini boleh
melemahkan tekad pesakit untuk menjalani rawatan kerana pesakit
menyangka bahawa terdapat pilihan lain yang lebih ringkas untuk
menyelesaikan kansernya. Ingat, keadaan emosi dan psikologi pesakit
tidak kukuh dan bergantung pada fasa mereka mengalami dan mungkin senang
terpengaruh oleh sebarang cadangan bagi rawatan alternatif yang
dianggap berkesan.
Seperti
yang dikatakan oleh Cik Ranjit, anda boleh makan apa-apa sahaja setelah
anda menjalani kemoterapi. Semua kaunselor BCWA boleh memperakui
perkara ini.
Semasa kemoterapi, Ms L. Mageswary menyediakan panduan mengenai pemakanan dalam artikel Kanser Payudara dan Pemakanan. |