Wednesday, April 13, 2011

PET-SCAN KALI KEDUA


:     Pet-Scan kali kedua(7.4.2011)
     Bulan kedua makan ubat Sutent yang dibekalkan kerajaan amat menyakitkan. Aku terpaksa cuti sekolah hampir 3 minggu. Semasa temujanji dengan Prof.Biswapada 21 Mac 2011, dia mahu ku buat Pet-Scan kali ke-2 di Hospital Besar Pulau Pinang. Dia juga bertanya sama ada ku mahu teruskan kimo dengan Sutent. Ku bersetuju saja walaupun kesan sampingannya amat menyakitkan. Kakiku menggelupas sehingga tak dapat berjalan, bisul di dadaku begitu sakit sehingga ku menangis menahan sakit dan terpaksa makan morfin. Mulut pula kena ulser dan makan tak boleh pedas sikit.
Aku rasa sungguh tertekan. Akhirnya ku taip surat kepada Prof.Biswal menyatakan aku lebih rela mati daripada makan uabt sutent yang amat menyakitkan. Bila ku ke HUSM untuk ambil surat dan cd filem CT-Scan untuk di hantar ke Hospital Pulau Pinang, surat tersebut tidak ku hantar. Ku berfikir iaitu ubat akan ku makan setelah rehat beberapa bulan.
6.4.11- ku, isteri, biras dan emak bertolak ke Pinang. Hampir ke Jambatan kami sesat dan terpaksa tanya penjaga tol. Di Pulau Pinang beberapa kali bertanya orang baru jumpa hospital. Kami menginap di Balai Seri Tanju ng yang disediakan pihak hospital.
7.7.2011- Pagi ini ku cuma dibenarkan minum susu dan 3 keping roti putih. Sebenarnya dah 2 hari aku pantang, Cuma boleh makan nasi, ikan dan ayam tetapi semua kena rebus. Sayur pun tak boleh. Jam 9.00 pagi kami ke Klinik Onkologi. Selepas pendaftaran, jarum dimasukkan ke tangan. 3 kali cucuk baru berjaya. Jam 1.00 ubat radioaktif dimasukkan dalam tubuh. Jam 1.45 mula skan. Ia mengambil masa 30 minit. Kemudian ku ke kaunter untuk dibuang jarum. Bila masuk bilik buang jarum, alat pengesan radioaktif berbunyi dan jarumnya bergerak. Ini menunjukkan tubuhku mengandungi radioaktif.
Jam 4.00 petang, selepas makan kami bertolak pulang. Jam 12.00 malam baru sampai.
10 .4.11, ku pergi sekolah. Fikiran ku begitu tertekan dengan penyakit yang dihidapi. Pada msa yang sama injin paip rumahku pula rosak. Terpaksa dibaiki tetapi asyik meragam. Istreri ku telefon Ustaz Sari puddin ,Darussifa’. Selepas dijampinya, fikirtanku agak tenang. Moga Allah memeberi kekeuatasn kepadaku menerima takdirNya. Amin.

No comments: