Thursday, April 21, 2011

Kanser dan Ketabahan


                                      LARIAN BENDERA DI SABAH- DULU KU SEORANG YANG AKTIF       
                                                       BERSUKAN, KINI TINGGAL KENANGAN

28.11.2010 genaplah 4 tahun ku menghidap kanser perut(GIST). Separuh perut dibuang dan separuh saluran makanan juga dibuang. 2 tahun ku bercuti.Alhamdulillah 2010 ku dapat bekerja semula. Kalau dulu ku makan ubat kimoterapi glivec, kini Sutent. Masalahnya kesan sampingannya terlalu teruk. Ku tak dapat berjalan kerana tapak kaki menggelupas dan amat sakit bila bepijak. ini menyebabkan ku terpaksa cuti sekolah. Bisul di dada pula terlalu sakit sehingga memaksa  ku makan morfin.

Kini ada lagi sebulan bekalan Sutent tetapi ku berhenti dulu kerana tak tahan dengan kesakitannya. Ku diperkenalkan pula keladi tikus. Ku tawakkal dengan memakannya bersama Susulebah(Royal jelly).

Sesungguhnya penyakit ini begitu menguji kekuatan iman dan ketabahan kita. Pelbagai buku agama dan motovasi dibaca bagi menguatkan diri menghadapi penyakit. Berat rasanya kepala bila memikirkan sakit yang dideritai.Anak terabai sedangkan mereka bakal mengadapi SPM Banyak tugas sebagai  ketua keluarga tak dapat dijalankan yangh membuatkan  KU BEGITU TERTEKAN.Ku hubungi teman senasib bagi bertanya khabar. Lega sikit rasa dada. Sebenarnya, beberapa orang teman senasib sudah lebih dahulu pergi menemui-Nya.

Sesungguhnya ku tak setabah Nabi Ayub. Ku ku berdoa moga Allah memberi ketabahan menerima ujian-Nya. Amin.

2 comments:

Dr. H said...

Assalamualaikum Che Gu Zaini:

Macam mana keputusan PET scan? Belum tahu agaknya, moga terus berjuang.

zaini said...

Waalaikummussalam.

Keputusan Pet--Scan dah sampai tetapi boleh tahu bila jumpa Prof.Biswal 12 Mei ini. Suamu masih makan ubat kimo lagi ke? Saya masih makan Sutent tetapi stop kejap tak tahan sakit kesan sampingannya. tk