Tuesday, February 15, 2011

Teruknya Kesan Ubat Kimoterapi Sutent

Sudah 3 minggu ku makan ubat kimoterapi Sutent(Sunitinib). Ikut hati tak mahu makan lagi kerana kesannya yang teruk.Tapak kakiku melecur hingga terpaksa berjalan dengan berjengkit-jengkit.Siksanya bila berjalan untuk masuk kelas bagi mengajar.Solat pula terpaksa duduk.

Mulutku pula terkena ulser. Makan tak boleh pedas sikit. Main telan saja kerana hilang deria rasa. Dada pula sentiasa panas kerana gastrik.

Kesan baiknya, bisul di dadaku semakin mengecil walaupun banyak keluar nanah dan darah. Namun kesakitan bisul begitu mencengkam hingga terpaksa makan ubat  tahan sakit, Celebrec.

Ku buka Youtube. Semua pesakit yang memakan Sutent bet\kata "TIDAK UNTUK SUTENT"

InsyaAllah ku cuba bertahan. Ubat masih ada 2 bulan. Lepas ni tiada lagi bekalan ubat. Jika doktor suruh mohon dengan kerajaan lagi, maka terpaksalah ku memohon semula, minta-minta tak payah makan lagi ubat Sutent, dah serik.

Moga Allah memberiku kekuatan menempuh dugaan penyakit ini. Amin.

No comments: