KONSEP TAYAMMUM MENURUT PERSPEKTIF HUKUM
Oleh: Mohd Rawizal bin Mohd Nawi
B.A Syariah Islamiah
Oleh: Mohd Rawizal bin Mohd Nawi
B.A Syariah Islamiah
Pendahuluan
Dalam bab ini, penulis
akan mengemukakan definisi-definisi tayammum menurut perspektif hukum
serta konsep-konsep yang berkaitan dengan tayammum dari semua aspek.
Dalam bab ini juga, huraian yang terperinci dinyatakan dalam setiap
fakta berdasarkan kepada pandangan dari semua Ulama'' mazhab berserta
dengan qaul yang paling rajih agar setiap kenyataan dapat dikemukakan
dengan lebih jelas. Walaupun begitu, terdapat juga sesetengah fakta yang
hanya ditumpukan kepada mazhab yang utama iaitu mazhab Syafi'ie dan
Jumhur Ulama'.
Definisi Tayammum
Tayammum dari segi bahasa
ialah القصد (sengaja). (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984: 560) Pengertian ini
diambil dari firman Allah S.W.T: (Al-Baqarah: 267)
Maksudnya:
" Dan janganlah kamu 'sengaja' memilih buruk daripadanya, lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat. "
Maksudnya:
" Dan janganlah kamu 'sengaja' memilih buruk daripadanya, lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat. "
Dengan pengertian ini juga, penyair berkata:
Maksudnya:
" Aku 'menyengaja' kepada kamu jika tidak aku dapati orang yang mempunyai akal fikiran. Dan barangsiapa tidak mendapati air bertayammumlah dengan tanah."
Maksudnya:
" Aku 'menyengaja' kepada kamu jika tidak aku dapati orang yang mempunyai akal fikiran. Dan barangsiapa tidak mendapati air bertayammumlah dengan tanah."
Manakala dari segi istilah
Syara', tayammum bermaksud 'menyengaja' atau menghendaki pada tanah
untuk menyapu muka dan dua tangan dengan niat yang mengharuskan solat.
(Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002 : 61) Di dalam Kamus Istilah Fiqh
pula mendefinisikan tayammum iaitu menyapukan debu atau tanah ke wajah
dan kedua tangan hingga kedua siku dengan beberapa syarat, yang
berfungsi sebagai pengganti wudhuk atau mandi sebagai rukhsah
(kemudahan) bagi mereka yang berhalangan atau tidak dapat menggunakan
air. (M. Abd. Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi'iyah Am. 1997: 382-383)
Tayammum dari segi istilah
Syara' juga telah diberikan pelbagai pentakrifan oleh para Fuqaha'
dengan istilah yang seakan-akan hampir maksudnya. Imam Hanafi
mentakrifkan tayammum iaitu menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan
tanah yang bersih. Berkata Imam Malik pula tayammum bererti bersuci
menggunakan tanah atau debu yang meliputi dengan menyapu muka dan
kedua-dua tangan dengan niat. Manakala Imam Syafi'e pula mentakrifkan
tayammum iaitu menyampaikan atau menyapukan tanah kepada muka dan dua
tangan sebagai ganti kepada wudu' atau mandi janabah atau seumpamanya
dengan syarat-syarat yang tertentu. Mengikut pendapat Abu Hanifah pula
tayammum ialah menyapu muka dan dua tangan dengan tanah yang bersih di
atas jalan yang tertentu. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 560-561)
Dalam terminologi fiqh
tayammum diertikan dengan menyampaikan tanah ke muka dan dua tangan
sebagai ganti daripada wudhu dan mandi dengan syarat-syarat yang
tertentu. Tayammum merupakan spesifik umat Islam yang disyari'atkan pada
peperangan Bani Mustaliq tahun keenam hijrah. Ketika itu Aisyah
kehilangan kalungnya, lalu Rasulullah S.A.W mengutus orang mencarinya,
kemudian waktu solat datang sedangkan air tidak ada, maka turunlah ayat
tayammum. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 79) Ini
berdasarkan hadis: (Riwayat al-Bukhari, (b) 332: 200)
Maksudnya:
" Dari Aisyah bahawasanya ia meminjam kalung dari Asma', lalu kalung itu hilang. Kemudian Rasulullah S.A.W mengutus seseorang (untuk mencarinya), akhirnya kalung tadi dapat ditemukan. Lalu waktu solat tiba dan tidak ada air di sana. Mereka solat (tanpa wudu') dan memberitahukan kepada Rasulullah S.A.W. Maka Allah menurunkan ayat-ayat tayammum". Usaid bin Hudhair berkata kepada Aisyah: " Semoga Allah melimpahkan pahala kebaikan bagimu. Demi Allah, apabila sesuatu hal terjadi padamu padahal engkau tidak menyukainya, Allah menjadikan hal itu mengandung kebaikan bagimu dan bagimu kaum muslimin."

Dalil pensyariatan tayammum
Tayammum disyari'atkan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah serta Ijma'. Firman Allah S.W.T: (An-Nisa': 43)
Maksudnya:
" Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci): Sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun."

Berdasarkan hadis Abu 'Umamah al-Bahili, bahawa Nabi S.A.W bersabda: (Riwayat Ahmad, (b) 22133: 313)
Maksudnya:
"Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat bersuci. Maka di mana pun seseorang dari umatku harus mengerjakan solat, di situ pulalah terdapat alat untuk bersuci."
"Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat bersuci. Maka di mana pun seseorang dari umatku harus mengerjakan solat, di situ pulalah terdapat alat untuk bersuci."
Dari 'Imran Ibn Hussain r.a berkata: (Riwayat al-Bukhari, (b) 348: 161-162)
Maksudnya:
" Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah melihat seorang lelaki mengasingkan diri, tidak bersembahyang bersama dengan satu kaum. Melihat itu, Rasulullah S.A.W bertanya: 'Wahai fulan apakah yang menghalang kamu bersembahyang bersama-sama dengan kaum itu?' Orang itu menjawab: 'Saya sedang janabah dan tidak mendapat air'. Mendengar perkara itu, Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Gunakanlah tanah (bertayammum); sesungguhnya itu adalah cukup bagi engkau."

Manakala dalil Ijma' pula mengharuskan tayammum berdasarkan kesepakatan seluruh umat Islam (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 562)
Ibadat yang harus dikerjakan dengan bertayammum
Bersuci dengan bertayammum mengharuskan baginya tiga martabat ibadah yang berikut:
Pertama : Solat-solat fardhu dan tawaf fardhu serta khutbah solat jumaat.
Kedua : Solat-solat sunat dan tawaf sunat serta solat jenazah.
Ketiga : Sujud Tilawah dan sujud Syukur, menyentuh musyhaf dan membaca
al-Quran bagi orang berjunub.

Maka sesiapa yang berniat
salah satu daripada martabat yang pertama, harus baginya mengerjakan
ibadat yang satu itu dan harus juga baginya mengerjakan semua ibadat
dalam martabat yang kedua dan ketiga. Sesiapa yang berniat salah satu
ibadat daripada martabat yang kedua, harus baginya mengerjakan semua
martabat itu dan semua ibadat martabat ketiga tetapi tidak diharuskan
samasekali baginya mengerjakan daripada martabat yang pertama. Manakala
sesiapa yang berniat untuk salah satu ibadat martabat ketiga, harus
untuknya mengerjakan semua ibadat dalam martabat ketiga tetapi tidak
harus samasekali mengerjakan ibadat dalam martabat kedua dan ketiga.
(Al-Syeikh, Dr. Abd. Fattah Hussin. 1411H/1991: 229)
Hadas yang dibolehkan bertayammum
Diharuskan bertayammum
sebagai ganti wudu' bagi seseorang yang berhadas kecil, mandi junub bagi
seseorang yang berhadas besar samada disebabkan janabah, haid dan nifas
atau ketika ketiadaan air serta tidak mampu menggunakan air dengan apa
jua sebab sekalipun. Ini berpandukan kepada dalil-dalil al-Quran dan
juga Hadis Nabi S.A.W sepertimana berikut:
i. Bertayammum Daripada Hadas Kecil:
Firman Allah S.W.T: (Al-Maidah: 6)
Maksudnya:
" Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau sudah buang air atau kamu menyentuh perempuan, kemudian kamu tiada memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang suci, maka sapulah mukamu dan kedua belah tanganmu dengan tanah itu."

Abu Sa'id al-Khudri r.a berkata: (Riwayat Abu Daud, (b) 338: 241)
Maksudnya:
" Dua orang lelaki telah keluar untuk bermusafir, kebetulan ketika datangnya waktu sembahyang mereka tidak mendapati air, lalu bertayammumlah kedua-duanya dengan tanah yang baik dan bersembahyang. Kemudian kedua-duanya mendapati air, sedangkan waktu belum habis. Maka salah seorang mereka telah mengulangi sembahyangnya dan seorang lagi tidak mengulangi. Kemudian mereka berjumpa Rasulullah S.A.W. lalu menerangkan keadaan yang demikian. Setelah itu Rasul bertanya kepada yang tidak mengulangi sembahyangnya: ' Pekerjaan engkau sesuai dengan Sunnah dan sembahyang engkau mencukupi'. Kepada yang berwudhu dan mengulangi pula baginda berkata: ' Engkau memperoleh dua pahala'."

ii. Bertayammum Daripada Hadas Besar:
Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa': (An-Nisa': 43)
Maksudnya:
" Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengerjakan sembahyang ketika kamu sedang mabuk, kecuali jika kamu telah mengetahui apa-apa yang kamu katakan dan jangan pula sedang junub (sudah bercampur dengan isterimu), kecuali melalui jalan (tempat sembahyang), sehingga kamu mandi lebih dahulu. Kalau kamu sakit atau dalam perjalanan atau datang salah seorang diantara kamu dari tempat buang air atau kamu menyentuh perempuan, sedang kamu tidak memperoleh air, maka hendaklah kamu bertayammum…"
Kemudian, dalil hadis tentang janabah: (Riwayat al-Bukhari, (b) 344: 210)
Maksudnya:
" Dari 'Imran bin Hussain al-Khuza'iy bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W. melihat seorang lelaki yang menyendiri, sedang dia sendiri tidak ikut mengerjakan solat bersama-sama satu kaum. Baginda bertanya kepadanya: 'Apakah yang menghalangi kamu untuk ikut bersembahyang bersama-sama kaum itu?' Kemudian orang tadi menjawab: ' Wahai Rasulullah, saya sedang junub dan tidak ada air.' Baginda lalu bersabda: " Lakukanlah tayammum dengan tanah yang bersih dan itu sudah cukup bagimu. "

Sebab-sebab Yang Mengharuskan Tayammum
Para pakar fiqh telah menetapkan beberapa keadaan yang menyebabkan seseorang boleh bertayammum sebagai berikut:
1) Ketiadaan air:
Para Fuqaha' menetapkan
ketiadaan air sebagai salah satu penyebab diharuskan bertayammum. Hal
ini ditetapkan berdasarkan firman Allah: (An-Nisa': 43)
Maksudnya:
" …lalu tidak kamu peroleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci)".
Maksudnya:
" …lalu tidak kamu peroleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci)".
Ketiadaan air hendaklah
dikira setelah dilakukan pencarian dan menyakini tiadanya air yang
membolehkannya untuk bertayammum. Selain itu, termasuk juga ke dalam
pengertian ini ada air dalam jumlah yang sedikit yang tidak cukup untuk
wudu' atau mandi, dan ada air tetapi harganya melebihi harga pasaran
sehingga sulit membelinya. Termasuk juga, adanya air tetapi berada di
tempat yang cukup jauh dan untuk mencarinya mengalami kesulitan.
Menurut Imam Syafi'ie air
yang sedikit yang tidak memadai untuk berwudu' atau mandi wajib
dipergunakan untuk berwudu' atau mandi, kemudian diiringi dengan
tayammum pada bahagian anggota wudu' atau badan yang belum terkena air.
Abu Hurairah r.a berkata, bersabda Rasulullah S.A.W: (Riwayat Muslim (b)
6113: 1035-1036 )
Maksudnya:
" Apabila aku menegah kamu dari sesuatu urusan, jauhilah ia, dan apabila aku memerintahkan kamu sesuatu urusan, maka kerjakanlah seberapa yang kamu sanggupi".
Maksudnya:
" Apabila aku menegah kamu dari sesuatu urusan, jauhilah ia, dan apabila aku memerintahkan kamu sesuatu urusan, maka kerjakanlah seberapa yang kamu sanggupi".
Tayammum tidak boleh
dilakukan bila ada air yang dapat dibeli dengan harga pasaran. Maka
wajib membelinya sekiranya harta itu tidak diperlukan untuk menjelaskan
hutang atau menanggung belanja musafir sekalipun memberi nafkah kepada
binatang yang dihormati dan sebagainya. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 :
572) Begitu juga halnya bila ada orang yang berbaik hati untuk memberi
air. Di samping itu bila seseorang dalam perjalanan lupa bahawa dia
membawa air, lantas dia bertayammum, kemudian dia ingat setelah lewat
waktu solat, maka menurut pendapat sebahagian golongan Syafi'iyyah, Abu
Yusuf dan Malikiyyah solatnya diqadha', kerana dia telah memperoleh air.
Menurut Abu Hanifah dan Muhammad bin Hasan dia tidak wajib mengqadha',
kerana orang tersebut dianggap tidak memperoleh air. Tetapi kalau dia
sedang dalam keadaan solat, lalu mengingat bahawa air ada, maka Ulama'
sepakat untuk membatalkan solat dan mengulanginya dengan wudu'. (Dr. A.
Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 80-81)
Menurut golongan Syafi'iyah
orang muqim (yang tidak sedang dalam perjalanan) yang bertayammum
kerana ketiadaan air wajib mengqadha' solatnya bila air sudah ada,
kerana tayammum bukan merupakan rukhsah bagi yang bermuqim. Begitu juga
orang yang melakukan perjalanan maksiat, kerana mereka tidak termasuk
orang mendapat rukhsah. Yang mendapat rukhsah tayammum adalah orang yang
melakukan perjalanan mubah, sunat atau wajib. Bagi Ulama'' lain dan
pendapat yang lebih kuat dari golongan Hanabilah solatnya tidak mesti
diulang. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 81)
2) Keuzuran untuk menggunakan air:
Termasuk ke dalam
pengertian ini orang yang dipenjara dalam rumah tahanan yang terletak di
pinggir sungai, dan dia tidak memperoleh izin keluar mendapatkan air
untuk wudu'. Demikian halnya orang yang diikat dipinggir kali dan orang
yang tidak berani keluar rumah mengambil air kerana menurut biasa ada
bahaya yang mengancam jiwanya. Demikian juga orang yang khawatir
diganggu oleh binatang buas atau oleh musuh di tempat yang terdapatnya
air, (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993:
117-118) ataupun khuatir ditinggalkan oleh teman-temannya dalam suatu
perjalanan. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 137) Terhadap orang yang
berada dalam keadaan tersebut dibolehkan tayammum, meskipun air ada
disekitarnya.
3) Dalam keadaan sakit atau luka:
Orang sakit bila khawatir
memakai air dapat melakukan tayammum untuk mengangkatkan hadas.
Kekhawatiran itu ada 3 kemungkinan, iaitu:
i. Seandainya dia berwudhuk
dalam keadaan sakit seperti itu, khawatir akan kehilangan nyawanya atau
anggota tubuhnya atau kehilangan manfaat dari bahagian anggota
tubuhnya. Boleh disamakan dengan hal tersebut, iaitu manakala ia
mempunyai penyakit yang tidak mengkhawatirkan tetapi dia takut
menggunakan air yang boleh membahayakan penyakitnya. Orang seperti ini
juga diperbolehkan bertayammum menurut mazhab yang kuat. Ibnu 'Abbas
r.a. berkata, bersabda Rasulullah S.A.W: (Riwayat al-Daruqutni, (b) 666 :
413)
Maksudnya:
" Apabila seseorang lelaki beroleh luka di dalam peperangan atau beroleh luka-luka bisul, lalu berjunub, maka ia takut mati jika mandi, hendaklah ia bertayammum".
Maksudnya:
" Apabila seseorang lelaki beroleh luka di dalam peperangan atau beroleh luka-luka bisul, lalu berjunub, maka ia takut mati jika mandi, hendaklah ia bertayammum".
ii. Khawatir sakitnya akan
bertambah, meskipun tidak mempengaruhi masa sembuhnya. Atau khawatir
lambat sembuhnya, meskipun sakitnya tidak bertambah. Atau khawatir
sakitnya semakin parah, iaitu sakit yang terus menerus hingga membuatkan
badannya kurus. Atau khawatir akan menimbulkan cacat yang buruk,
seperti kulit badan menjadi hitam, seperti anggota bahagian wajah dan
lain-lain.
Dalam semua masalah ini ada khilaf yang banyak di kalangan para Ulama'. Qaul yang rajih, membolehkan tayammum. Yang dibuat alasan untuk cacat yang buruk, iaitu dapat membuat kelainan pada bentuk anggota badan dan cacatnya (membekas) seumur hidup.
iii. Orang yang khawatir mendapat cacat sedikit, seperti ada bekas bintik-bintik atau ada sedikit warna hitam, atau khawatir mendapat cacat yang buruk pada selain anggota yang kelihatan (ketika bekerja); atau orang itu mempunyai penyakit yang dia sendiri tidak takut akan mendapatkan sesuatu yang dikhawatirkan di belakang hari jika menggunakan air, walaupun ketika itu ia merasa kesakitan, seperti ada lukanya atau kedinginan atau kepanasan. Tidak boleh bertayammum kerana sakit-sakit yang seperti ini tanpa ada khilaf. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 113-114)

Hal-hal seperti ini
diketahui dengan kebiasaan atau melalui nasihat dari doktor yang pakar
sekalipun bukan muslim, demikian menurut pendapat golongan Malikiyyah
dan Syafi'iyyah. Tetapi bagi golongan Hanafiyyah dan Hanabilah doktornya
di syaratkan seorang muslim. (Dr. A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin
Tanjung. 1999: 82)
4) Memerlukan air:
Seseorang yang memiliki air
dalam jumlah yang mencukupi sekadar untuk wudu' atau mandi, tetapi dia
sangat memerlukannya untuk keperluan lain yang akan menyelamatkan
jiwanya dari kemudaratan, maka ketika itu ia dibolehkan bertayammum,
meskipun dia memiliki air. Keperluan tersebut adalah keperluan yang
tinggi, bilamana tidak ada air dapat menimbulkan kebinasaan atau
kesulitan, seperti kehausan yang diderita baik oleh manusia mahupun oleh
binatang ternak dan keperluan lainnya. Termasuk juga ke dalamnya
keperluan untuk minuman anjing pemburu atau penjaga kebun. Lain halnya
untuk keperluan orang kafir harbi dan anjing yang tidak dibolehkan
Syara' memeliharanya. Menurut Hanabilah (keperluan ini tidak menghalangi
untuk memakai air).
Sebagai contoh dalam
keadaan ini seandainya terdapat seorang lelaki meninggal dunia. Orang
tersebut mempunyai air tetapi teman-temannya banyak yang kehausan. Maka
teman-temannya itu boleh minum air itu dan mentayammumkan mayat itu
sebagai ganti memandikannya. Dan teman-teman yang ikut minum itu wajib
membayar harga air yang diminumnya dan hasilnya dimasukkan pada harta
warisan. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993:
118)
Bentuk-bentuk keperluan
lain menurut pakar fiqh Syafi'iyyah adalah seperti keperluan untuk
memasak, untuk dimasak, dan untuk menghilangkan najis yang tidak
dimaafkan yang melekat di badan. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin
Tanjung. 1999: 82) Jika najis terdapat di pakaian, hendaklah air itu
digunakan untuk berwudu' dan solat dalam keadaan tidak menutup aurat
jika tidak ada penutup (yang suci) lain, dan solat tersebut tidak perlu
diulangi.
5) Khawatir kehilangan harta jika mencari air:
Menurut Malikiyah orang
yang sanggup memakai air dan yakin bahawa air akan diperoleh jika
dicari, tetapi timbul kekhawatiran akan kehilangan harta jika pencarian
dilakukan, dibolehkan tayammum. Tidak dibezakan apakah orang tersebut
dalam perjalanan atau bermuqim, tidak dibezakan juga kekhawatiran
terhadap harta sendiri atau milik orang lain yang berada di tangannya.
Menurut selain Malikiyyah kekhawatiran terhadap musuh, pencuri atau
kebakaran membolehkan tayammum lebih dahulu tanpa mencari air.
Kekhawatiran itu boleh terjadi atas diri sendiri, harta, keamanan atau
kekhawatiran terhadap orang berhutang yang hartanya sedang dalam keadaan
yang berkuasa.
6) Keadaan sangat dingin:
Dari 'Amru bin 'Ash r.a berkata: (Riwayat Abu Daud, (b) 334: 238)
Maksudnya:
" Pernah aku bermimpi (sehingga junub) pada suatu malam yang dingin ketika peperangan Zatus Salasil, jika aku mandi maka aku khawatir binasa (mati), sebab itu aku bertayammum, kemudian mengerjakan solat subuh bersama sahabat-sahabatku (sebagai imam). Setelah para sahabatku menuturkan hal yang menimpaku itu kepada nabi S.A.W, maka beliau bersabda: ' Wahai 'Amr, apakah kamu mengerjakan solat bersama para sahabatmu dalam keadaan junub?' Maka aku sampaikan kepada beliau, alasanku yang membuat aku tidak mandi, dan aku menjawab: Saya ketahui Allah berfirman: " Dan janganlah kamu bunuh diri, sesungguhnya Allah Maha Menyayangimu ". Maka Rasulullah S.A.W. tertawa tidak bersabda sesuatu pun."

Berdasarkan hadis ini
terdapat iqrar atau persetujuan dari Nabi, dan iqrar adalah hujjah
(suatu dalil) kerana Nabi tidak akan menyetujui sesuatu yang salah.
(Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 139) Maka, jika seseorang khawatir akan
berbahaya menggunakan air kerana terlalu dingin dan air tersebut tidak
dapat di panaskan, dibolehkan tayammum. Golongan Hanafiyyah mensyaratkan
boleh tayammum jika khawatir membawa kematian atau lenyapnya sebahagian
anggota badan. Hal ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang junub dan
tidak dapat memanaskan air. Sedangkan bagi orang yang berhadas kecil
menurut Hanafiyah tidak boleh bertayammum dengan alasan sangat dingin.
Sebagaimana golongan
Hanafiyyah, golongan Malikiyyah juga mengaitkan kebolehan tayammum ini
dengan keadaan yang dikhawatirkan membawa kematian. Sedangkan dari
golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah membolehkan bertayammum dengan alasan
dingin jika sulit memanaskan air atau panasan air tidak memberikan
manfaat (pengaruh). Orang yang bertayammum kerana dingin ini menurut
Syafi'iyyah mesti mengqadha' solatnya sama halnya dengan tayammum kerana
sakit. Ini berbeza dengan golongan Malikiyyah dan Hanafiyyah yang
mengatakan solat tidak mesti diqadha'.
7) Tiada alat untuk mengambil air:
Tayammum dibolehkan bagi
orang yang sanggup memakai air tetapi tidak boleh mendapatkannya.
Misalnya ada air pada suatu tempat yang hanya didapatkan dengan
alat-alat tertentu, sementara alat itu tidak ada padanya, seperti
ketiadaan timba pengambil air dari sumur yang dalam, jika terus
diusahakan waktu akan habis. Orang yang solat dengan bertayammum dalam
keadaan begini tidak wajib mengqadha' solatnya menurut mazhab yang kuat.
(Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 113)
Menurut pandangan golongan
Hanabilah, bila seseorang tidak memiliki alat, dia diharuskan
menanyanya dari orang lain supaya air boleh didapatkan. Kerana suatu
yang menyempurnakan yang wajib hukumnya juga wajib. Dalam hal ini
mencari alat adalah wajib.
8) Khawatir Kehabisan Waktu Solat:
Kalangan Syafi'iyyah tidak
membolehkan bertayammum kerana takut akan habis waktu solat jika dia
mengambil air untuk berwudu', kerana tayammum ini dilakukan bersamaan
dengan adanya air. Lain halnya bagi orang yang musafir, dia tidak mesti
mencari air terlebih dahulu jika khawatir akan habis waktu solat dan
dalam keadaan itu dia dibolehkan tayammum.
Golongan Hanabilah juga
tidak membolehkan bertayammum dengan alasan takut habis waktu solat,
baik untuk solat jenazah, solat 'id mahupun untuk solat lima waktu.
Seperti golongan Syafi'iyyah, mereka juga mengecualikan orang yang
sedang musafir yang mengetahui adanya air di tempat yang dekat, akan
tetapi jika pemergiannya mencari air itu akan menghabiskan waktu solat
dibolehkan bertayammum dan solat yang dilakukan dengan tayammum tersebut
tidak diulang.
Berbeza pula dengan
golongan di atas, golongan Hanafiyyah tidak membolehkan bertayammum
tanpa harus mencari air lebih dahulu, kerana takut habis waktu solat
kecuali dalam beberapa hal. Pertama, kerana takut habis waktu solat
jenazah atau solat 'id kerana berjemaah adalah syarat sah kedua solat
tersebut. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 139) Kedua, kerana khawatir
akan habis waktu solat gerhana (kusuf dan khusuf) dan berbagai solat
sunat yang mengikut solat fardhu. Tidak sah tayammum apabila takut habis
waktu solat Juma'at, solat wajib lima waktu dan solat witir.
Fuqaha' dari golongan
Malikiyyah membolehkan tayammum kerana khawatir habis waktu solat fardhu
bila sulit mencari air, kerana memelihara pelaksanaan solat pada
waktunya lebih utama dari mencari kesempurnaan taharah dengan air. (Dr.
A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 80-84)
Rukun-Rukun Tayammum
1. Niat:
Rukun-rukun tayammum yang pertama ialah niat. Sabda Rasulullah S.A.W melalui hadis yang sahih: (Riwayat al-Bukhari, (b) 1: 1)
Maksudnya:
" Sesungguhnya setiap amal atau ibadat itu hendaklah dikerjakan dengan niat".
Maksudnya:
" Sesungguhnya setiap amal atau ibadat itu hendaklah dikerjakan dengan niat".
Tayammum termasuk dalam
kategori amal ibadat sebagaimana solat dan wudu' juga, iaitu wajib
dikerjakan dengan berniat. Berniat untuk bertayammum merupakan rukun
mengikut kesepakatan Ulama' yang empat, manakala menurut golongan
Hanafiyyah dan sebahagian Hanabilah, ianya merupakan syarat. (Dr. Wahbah
al-Zuhaili. 1984 : 582) Beza antara syarat dan rukun ialah syarat itu
mendahului perbuatan dengan jarak waktu yang sedikit, sedangkan rukun
tidak sah dilakukan sebelum sesuatu perbuatan tetapi ia termasuk
perbuatan itu sendiri. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 134) Ini
bermakna, seseorang yang hendak tayammum itu wajib berniat untuk
membolehkan solat, dan tidak memadai berniat melenyapkan hadas, kerana
hadas seseorang tersebut tidak terangkat kerana tayammum.
Ini berdasarkan hadis Nabi
S.A.W. kepada 'Amru bin al-'Ash yang sedang berjunub, kerana 'Amru bin
al-'Ash bertayammum dan solat bersama-sama sahabatnya, lalu Nabi S.A.W.
bertanya: (Riwayat Abu Daud, (b) 334: 238 )
Maksudnya:
" Wahai 'Amru, Kenapakah engkau solat bersama-sama para sahabat engkau, padahal engkau sedang berjunub?"
Maksudnya:
" Wahai 'Amru, Kenapakah engkau solat bersama-sama para sahabat engkau, padahal engkau sedang berjunub?"
Dan hadis sebagaimana yang di kemukakan dari pendapat Malikiyyah dan Syafi'iyyah: (Riwayat Abu Daud, (b) 314: 206-207)
Maksudnya:
"Wahai Abu Zarr, sesungguhnya tanah yang baik adalah suci selama tidak ada air, sekalipun dengan sepuluh tahun. Apabila engkau mendapati air maka sentuhkanlah air itu ke kulit engkau. Sesungguhnya hal itu lebih baik bagi engkau".

Kesimpulan yang dapat
diambil dari hadis Nabi S.A.W tersebut memberi fahaman yang jelas bahawa
tayammum itu hanya untuk membolehkan solat, bukan untuk melenyapkan
hadas. Oleh itu dalam masalah ini, jika seseorang tersebut tayammum
berniat untuk membolehkan solat maka termasuk di bawah niatnya itu empat
ahwal (kelakuan):
i. Berniat untuk
membolehkan solat fardhu dan solat sunat kedua-duanya sekali. Maka boleh
ke atas seseorang mengerjakan kedua-dua solat tersebut (solat fardhu
dan solat sunat). Dan boleh juga bagi orang solat sunat sebelum solat
fardhu dan sesudahnya di dalam waktu dan di luarnya.
ii. Berniat untuk membolehkan solat fardhu, samada solat lima waktu atau solat nazar. Maka boleh mereka menunaikan solat-solat fardhu tersebut, kerana mereka berniat dengan niat fardhu. Dalam masalah ini pendapat yang kuat boleh juga mereka menunaikan solat sunat sebelum solat fardhu atau sesudahnya, kerana hal-hal yang sunat mengikut perkara yang fardhu.
iii. Berniat hanya untuk membolehkan solat sunat, tidak berniat untuk membolehkan solat fardhu. Dalam masalah ini, pendapat yang kuat tidak boleh tayammum tersebut digunakan untuk solat fardhu, kerana niat sunat itu tidak termasuk di dalam niat fardhu. Contohnya, jika seseorang itu berniat untuk memegang musyhaf, atau orang junub berniat untuk i'tikaf, maka hukumnya sama dengan niat sunat dan tidak boleh mengerjakan fardhu menurut mazhab yang kuat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 123)
iv. Berniat untuk membolehkan solat sahaja, tanpa menentukan solat sunat atau sembahyang fardhu. Mereka yang berniat seperti itu sebagai orang yang berniat untuk membolehkan solat sunat. Maka dalam masalah ini, tidak boleh digunakan tayammum itu untuk solat fardhu, tetapi hanya boleh tayammum tersebut untuk solat sunat sahaja.(Abu Muhammad. t.th: 187)

2. Menyapu ke muka dan dua tangan:
Para pakar fiqh sepakat menetapkan menyapu muka dan tangan sebagai rukun tayammum, berdasarkan firman Allah: (Al-Maidah: 6)
Maksudnya:
" Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci), sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu".
" Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci), sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu".
Kesimpulan yang dapat
diambil dari ayat tersebut memberi fahaman yang jelas, iaitu seseorang
yang bertayammum wajib meratakan muka dan kedua-dua tangan mereka dengan
tanah yang berdebu hingga sampai ke siku sebagaimana orang yang
berwudu' wajib meratakan muka dan tangan mereka dengan air hingga sampai
ke siku. (Abu Muhammad. t.th: 188)
3. Tertib (berurutan):
Menertibkan
fardhu atau rukun adalah wajib menurut golongan Syafi'iyyah dan
Hanabilah. Jadi wajib mendahulukan muka daripada kedua tangan. Namun,
golongan Hanabilah mengkhaskan tertib pada hadas kecil. Sedangkan pada
hadas besar tidak diperlukan tertib. Kewajipan tertib pada tayammum
untuk hadas kecil dilakukan berdasarkan taharah dengan air (wudu').
Bilamana pada wudu' ditertibkan, maka demikian juga halnya pada
tayammum. Golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah menertibkan rukun, dalam
hal ini muka dan kedua tangan, hukumnya sunat. (Dr. A. Rahman Ringota,
Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87)
Syarat-syarat Tayammum
1) Keuzuran menggunakan air:
Di antara syarat-syarat
tayammum yang pertama ialah uzur menggunakan air di sebabkan sakit atau
musafir. (Abu Muhammad. t.th: 191) Allah S.W.T berfirman: (Al-Maidah: 6)
Maksudnya:
" Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci)."

Wujudnya penghalang yang membolehkannya untuk bertayammum adalah disebabkan salah satu dari hal-hal yang berikut:
i. Takut kehilangan nyawa.
ii. Takut cedera pada anggota yang sakit.
iii. Takut terkena penyakit.
iv. Takut kehilangan manfaat anggota seperti menjadi lemah, cacat atau parut yang buruk pada anggota yang biasa nampak.

2) Masuk waktu solat:
Syarat sah tayammum
hendaklah sesudah masuk waktu solat dengan yakinnya samada solat fardhu
atau sunat. Tayammum tidak sah bagi orang yang syak masuk waktu solat.
(Hj. Osman b. Jantan. 1983: 58) Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:
(Al-Maidah: 6)
Maksudnya:
" Jika kamu hendak berdiri untuk solat, basuhlah mukamu…"
Maksudnya:
" Jika kamu hendak berdiri untuk solat, basuhlah mukamu…"
Dalam ayat ini, berdiri
untuk solat itu tentunya setelah masuk waktu solat. Wudu' dikecualikan
dari masalah ini kerana terdapat dalil yang lain. Sedangkan tayammum
masih tetap kerana memandang zahirnya ayat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin
Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 115) Dan Nabi telah bersabda:
(Riwayat al-Bukhari (b), 335: 58)
Maksudnya:
" Dijadikan bumi untukku tempat solat dan suci (tanahnya untuk tayammum). Maka sesiapa daripada umatku yang mendapat solat (berada pada waktu solat) maka hendaklah ia solat."
Maksudnya:
" Dijadikan bumi untukku tempat solat dan suci (tanahnya untuk tayammum). Maka sesiapa daripada umatku yang mendapat solat (berada pada waktu solat) maka hendaklah ia solat."
Hadis Baginda Rasul S.A.W.
tersebut merupakan dalil wajib tayammum dan solat itu ialah apabila
tidak ada air setelah masuk waktu solat. (Abu Muhammad. t.th: 191)
Selain daripada alasan tersebut, tayammum juga merupakan bersuci yang
dharurat. Sebelum masuk waktu solat tidak terdapat dharurat.
(Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 116)
Adapun menurut Ulama' mazhab Hanafi adalah terkecuali daripada hal ini
yang menyatakan sah bertayammum sebelum masuk waktu solat. (Ar-Rahbawi,
'Abdul Qadir. 1994: 134) Ulama' Jumhur juga menyatakan tidak sah
tayammum kecuali setelah masuk waktu solat fardhu mahupun solat sunat
yang tertentu atau berwaktu seperti sunat-sunat rawatib. (Dr. Wahbah
al-Zuhaili. 1984 : 565)
3) Mencari air:
Antara syarat diharuskan bertayammum ialah mencari air setelah masuk waktu solat. Allah S.W.T. berfirman: (An-Nisa': 43)
Maksudnya:
" Maka tidak kamu mendapat air (untuk berwudu' dan mandi junub) maka hendaklah kamu bertayammum."
" Maka tidak kamu mendapat air (untuk berwudu' dan mandi junub) maka hendaklah kamu bertayammum."
Ayat tersebut menyuruh kita bertayammum ketika tidak ada air untuk
berwudu' dan mandi junub, kerana air itu tidak akan ada kecuali dengan
dicari. (Abu Muhammad. t.th: 191) Oleh itu wajib bagi orang yang hendak
tayammum tersebut mencari air terlebih dahulu, samada dengan usahanya
sendiri atau bantuan orang lain, atau bertanya-tanya dari
teman-temannya. Mencari air ini hendaklah dengan memerhati dan mencari
air dari bekal perjalanan, pergi melihat-lihat di sekelilingnya dan
walaupun dengan cara membelinya apabila air itu lebih dari keperluannya
dan dengan harga pasaran. Jika diyakini bahawa air tidak ada atau
tempatnya jauh, maka tidak wajib mencarinya. (Hj. Osman b. Jantan. 1983:
59)
Mengenai batas jauh yang
tidak mewajibkan mencari air itu terdapat perbezaan pendapat di kalangan
imam mazhab. Ukuran jauh menurut golongan Hanafiyyah adalah bila
mencapai satu mil, sekitar 1848 meter atau 4000 hasta atau lebih.
Menurut golongan Malikiyyah mencapai dua mil.
Golongan Syafi'iyyah memperinci kebolehan tayammum yang disebabkan ketiadaan air seperti berikut:
i. Jika seseorang telah yakin bahawa air tidak ada di sekitarnya dia boleh bertayammum tanpa dituntut untuk mencarinya.
ii. Jika meragukan atau mempunyai persangkaan berat terhadap adanya air, maka dia mesti memeriksa rumahnya dan rumah temannya terlebih dahulu secara berulang-ulang yang jarak minima 400 hasta atau 184.8 meter. Sebab tayammum itu bersuci yang dharurat, sedangkan dharurat tidak mungkin terjadi bila kemungkinan untuk bersuci dengan air masih ada. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 112) Kalau memang ternyata tidak ditemukan adanya ada air barulah dia boleh bertayammum.
iii. Sebaliknya jika seseorang meyakini ada air, maka dia mesti mencarinya sampai menempuh jarak 6000 langkah. Mencari air tidak dituntut jika diyakini pada jalan yang ditempuh itu tidak ada keamanan atau ada halangan. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 571-572)

4) Terhalang menggunakan air:
Syarat yang keempat
tayammum iaitu terhalang menggunakan air, seperti seseorang yang
mendapat air, dan ia tidak boleh menggunakan air itu kerana sakit atau
takut berpisah dengan rakannya yang bersama dalam perjalanan yang akan
membahayakan dirinya, (Abu Muhammad. t.th: 191-192) atau ia memerlukan
air itu kerana dahaganya, manusia atau haiwan yang muhtaram (yang
dihormati nyawanya), samada keperluan itu pada ketika itu ataupun pada
masa akan datang. Wujudnya penghalang yang membolehkannya untuk
bertayammum adalah disebabkan juga khawatir akan keselamatan dirinya
dari bahaya seperti gangguan binatang buas atau musuh, dan seterusnya
takutkan harta bendanya dicuri orang atau perompak. (Hj. Osman b.
Jantan. 1983: 59).
5) Tanah yang suci:
Tidak sah tayammum
seseorang kecuali dengan menggunakan debu (tanah) yang suci, murni,
belum pernah digunakan, (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b.
Muhammad. 1414H/1993: 118-119) dan tidak terkena najis. Ini berpandukan
firman Allah S.W.T: (Al-Maidah: 6)
Maksudnya:
" Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih)."
Maksudnya:
" Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih)."
Menurut golongan Malikiyyah
adanya tanah yang suci merupakan rukun, sedangkan bagi Ulama' yang
lainnya merupakan syarat. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung.
1999: 87) Para ahli bahasa sepakat bahawa 'sha'id' dalam ayat tersebut
ialah permukaan bumi, baik yang berupa tanah berdebu atau bukan,
(Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 141) berdasarkan hadis Abu 'Umamah
bahawasanya bersabda Rasulullah S.A.W: (Riwayat Ahmad, (b) 22133: 313)
Maksudnya:
"Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat bersuci."
Maksudnya:
"Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat bersuci."
Maka pengertian sha'id atau
tanah di sini menurut Malikiyyah yang bersependapat juga oleh
Hanafiyyah adalah bahagian bumi yang naik atau yang muncul ke permukaan
yang disebut juga tanah atau debu. Termasuk ke dalamnya tanah, pasir,
batu kerikil dan kapur (untuk mengapur rumah) yang belum dibakar dengan
api. Semua yang termasuk pengertian ini boleh digunakan untuk
bertayammum menurut Malikiyyah dan Hanafiyyah. Selain itu, boleh juga
bertayammum dengan barang-barang galian, selain emas, perak dan permata
atau mutiara, selama belum dipindahkan dari tempatnya. Begitu juga
dengan salji yang membeku, baik yang berada di laut mahupun di bumi.
Menurut golongan
Syafi'iyyah dan Hanabilah, tayammum mesti di lakukan dengan tanah yang
suci dan berdebu yang dapat menempel di tangan. (Dr. A. Rahman Ritonga,
Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87-88) Hal ini berdasarkan hadis dari
Huzaifah, bahawa Nabi S.A.W bersabda: (Riwayat Muslim, (b) 121: 210-211)
Maksudnya:
" Seluruh bumi itu dijadikan masjid bagi kami, dan 'tanahnya' dijadikan tanah yang boleh mensucikan jika kami tidak menemukan air."
Maksudnya:
" Seluruh bumi itu dijadikan masjid bagi kami, dan 'tanahnya' dijadikan tanah yang boleh mensucikan jika kami tidak menemukan air."
Di sini Rasulullah S.A.W.
mengalihkan pembicaraan dari bumi lalu menyebutkan tanah yang
mengkhususkan sifat suci yang mensucikan terhadap tanah. (Al-Husaini,
Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 120)
Kemudian, disyaratkan juga tanah yang digunakan untuk bertayammum itu hendaklah memenuhi ciri-ciri berikut:
i. Harus bagi tanah itu
tidak keluar dari keadaan semulajadinya kepada keadaan lain yang dapat
mencegah dari dikatakannya sebagai "tanah". Seandainya tanah itu dibakar
sampai menjadi abu, atau menjadi tembikar yang telah ditumbuk halus,
maka tidak boleh digunakan untuk tayammum.
ii. Bertayammum dengan menggunakan pasir sekiranya pasir itu kasar yang apabila dilemparkan tidak mengeluarkan debu, maka tidak boleh digunakan untuk bertayammum. Jika pasir itu halus maka boleh menggunakannya untuk bertayammum. Justeru, sekiranya tanah yang dicampur dengan pasir yang halus, tidak sah tayammumnya. Akan tetapi jika seseorang memukulkan tangannya ke kain, kantung atau permaidani, lalu melekat di tangannya debu, maka dia boleh bertayammum dengan debu tersebut. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 88)
iii. Tanah yang digunakan untuk bertayammum itu harus suci berdasarkan firman Allah S.W.T dan sabda Rasulullah S.A.W mengenai tanah yang suci. Ini adalah kerana air yang bernajis tidak boleh digunakan untuk bersuci, maka demikian juga tanah yang menggantikan air wudu' atau janabah tidak boleh digunakan untuk bertayammum.
iv. Disyaratkan juga tanah yang digunakan untuk tayammum harus tanah yang murni iaitu tanah yang tidak dicampur dengan tepung atau lain sebagainya walaupun sedikit tanpa ada khilaf di kalangan Fuqaha'.
v. Tanah yang digunakan untuk tayammum itu tidak boleh yang musta'mal (yang telah digunakan) sebagaimana air yang musta'mal. Yang dimaksudkan dengan musta'mal pada tanah ialah yang menempel pada anggota badan atau yang sudah menyentuh badan. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 120-121)

Sunat-Sunat Tayammum
Para Ulama' Fiqh
berbeza-beza pandangan dalam menetapkan sunat-sunat tayammum. Ada yang
dipandang sunat bagi satu mazhab, tetapi dipandang wajib oleh yang lain
atau sebaliknya. Tayammum mempunyai beberapa perkara sunat sebagaimana
berikut:
i. Membaca Basmalah. Tetapi
menurut Ulama' Hanabilah, membaca Basmalah itu hukumnya wajib, jika
ditinggalkan dengan sengaja batallah tayammum, dan kewajipan ini menjadi
gugur jika lupa atau memang kerana tidak tahu sedangkan tayammum itu
seperti wudu'. Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah: (Riwayat
at-Tirmizi, (b) 25: 114)
Maksudnya:
" Tiada wudu' bagi orang yang tidak menyebutkan nama Allah atasnya".
Maksudnya:
" Tiada wudu' bagi orang yang tidak menyebutkan nama Allah atasnya".
ii. Bersiwak atau menggosok
gigi, iaitu di antara membaca Basmalah dengan memindahkan tanah ke
anggota tayammum, (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 206) berdasarkan hadis
yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi S.A.W. bersabda:
(Riwayat Muslim, (b) 23: 138)
Maksudnya:
" Jikalau tidak khawatir akan memberatkan umatku, nescaya kuperintahkan mereka menggosok gigi setiap kali hendak berwudu'."
Maksudnya:
" Jikalau tidak khawatir akan memberatkan umatku, nescaya kuperintahkan mereka menggosok gigi setiap kali hendak berwudu'."
iii. Mendahulukan menyapu bahagian atas muka lalu meluncurkan ke bawah dagu.
iv. Memukulkan bahagian dalam telapak tangan ke tanah yang akan dipakai tayammum. Hanya saja Ulama' Maliki menyatakan bahawa pukulan pertama adalah rukun manakala pukulan kedua untuk disapu ke tangan hingga siku adalah sunat (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 90). Hal itu berdasarkan hadis 'Ammar di dalamnya disebutkan: (Riwayat ad-Daruqutni, (b) 671: 416)
Maksudnya:
" Nabi memukulkan kedua telapak tangannya ke tanah".

Dan Menurut riwayat ad-Daruqutni, nabi S.A.W. bersabda: (Riwayat ad-Daruqutni, (b) 690: 191-192)
Maksudnya:
" Sesungguhnya cukuplah bagimu memukulkan kedua telapak tanganmu ke tanah ".
Maksudnya:
" Sesungguhnya cukuplah bagimu memukulkan kedua telapak tanganmu ke tanah ".
v. Merenggangkan jari-jemari di saat ditepukkan ke tanah, agar debu dapat masuk ke celah-celah jari.
vi. Meneguhkan tangan atau meniupnya agar tanah yang melekat di tangan menjadi tipis. Hal ini berdasarkan pada hadis 'Ammar yang lalu. Dalam hadis itu disebutkan: (Riwayat Ahmad, (b) 18294: 362)
Maksudnya:
" Dan Nabi meniup kedua tangannya..".

vii. Menanggalkan cincin
dalam pukulan pertama, sedang dalam pukulan kedua hukumnya fardhu.
Tetapi menurut Ulama' Hanafiyyah, cukup menggerakkannya atau
menggeser-geserkannya. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 143) Ini berbeza
dengan berwudu' kerana tanah tidak boleh sampai ke bawah jari yang
bercincin itu. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad.
1414H/1993: 127)
viii. Tertib, yakni memulai dengan menyapu muka lebih dulu sebelum menyapu tangan adalah sunat menurut golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah. Sedangkan menurut golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah, tertib ini adalah fardhu. Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W.: (Riwayat Muslim, (b) 2950: 513-514)
ابدأ بما بدأ الله به.
Maksudnya:
" Mulailah dengan apa yang dimulai Allah".

ix. Tayamun, yakni
mendahulukan menyapu tangan kanan sebelum tangan kiri, berdasarkan sabda
Rasulullah S.A.W.: (Riwayat Muslim, (b) 2185: 378)
Maksudnya:
" Mereka memulakan dengan tangan kanan".
" Mereka memulakan dengan tangan kanan".
Dan demikian Sabda Baginda Rasul S.A.W. riwayat Aishah r.a: (Riwayat al-Bukhari, (b) 168: 502)
Maksudnya:
" Baginda Rasul S.A.W. suka pada perkara-perkara yang sebelah kanan ketika memakai kasut, bersikat, bersuci dan semua pekerjaannya."
Maksudnya:
" Baginda Rasul S.A.W. suka pada perkara-perkara yang sebelah kanan ketika memakai kasut, bersikat, bersuci dan semua pekerjaannya."
x. Mencelah-celahi anak
jari sesudah menyapu dua tangan. (Abu Muhammad. t.th: 193) Demikian juga
menyela-nyelai janggut menurut Ulama' Hanafiyyah. (Ar-Rahbawi, 'Abdul
Qadir. 1994: 145)
xi. Menggosokkan-gosokkan (al-dulk) tangan kepada anggota tayammum seperti dalam wudu', dan tidak mengangkat tangan dari anggota tayammum sebelum sempurna menyapu anggota tayammum tersebut. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 602)
xii. Muwalat, yakni berturut-turut sehingga antara menyapu muka dengan kedua tangan tidak terpisah lama atau tidak terpisah oleh sesuatu apa pun di antara fardhu-fardhu tayammum. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 145) Malikiyyah dan Hanabilah memandang bahawa berturut-turut itu merupakan rukun atau wajib tayammum. Namun, Hanabilah lebih mengkhaskan pada hadas kecil seperti halnya dengan hukum tertib. Selain kewajipan berkesinambungan dalam menyapu anggota tayammum, Malikiyyah mewajibkan adanya kesinambungan antara tayammum dengan pelaksanaan solat dan ibadah lain dimana tayammum itu diuntukkan padanya. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87)
xiii. Membaca doa yang dianjurkan di saat membasuh muka dan tangan dalam berwudu'. Doa itu dibacanya pula ketika menyapu muka dan tangannya dalam bertayammum. Demikian pula disunatkan membaca doa sesudah selesai tayammum dengan doa sesudah berwudu', seperti membaca dua kalimah Syahadah dan sebagainya.
xiv. Menghadap kiblat ketika bertayammum.
xv. Disunatkan melebihi menyapu dari batas siku. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 90)
xvi. Mengiringi tayammum dengan solat dua rakaat dikiaskan pada wudu'. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 602)

Perkara-perkara sunat
tersebut di antaranya ada yang sunnah dan ada pula yang mandub atau
anjuran. Barang siapa melakukannya mendapat pahala atas perbuatannya itu
tetapi yang tidak mengerjakannya pun tidaklah berdosa dan tayammumnya
tetap dipandang sah. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 144-146)
Perkara-perkara Yang Membatalkan Tayammum
1) Perkara yang membatalkan wudu':
Tayammum terbatal oleh
segala apa yang membatalkan wudu' dan mandi kerana tayammum adalah
gantian kepada keduanya. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 604) Jika
bertayammum seseorang yang sudah dianggap sah kerana memenuhi
syarat-syaratnya, lalu dia berhadas, maka batallah tayammumnya. Ini
adalah kerana tayammum itu bersuci yang dapat menyenangkannya melakukan
solat, jadi tayammum itu terbatal dengan sebab berhadas sebagaimana yang
berlaku pada wudu'. Batalnya ini tidak dibezakan antara tayammum dengan
sebab ketiadaan air atau tayammum ketika ada air seperti tayammum bagi
orang yang sakit. (Imam Taqiyudddin Abu Bakar b. Muhammad
al-Husaini.1993: 128)
Sungguhpun begitu, jika
seseorang itu bertayammum kerana berhadas besar kemudian terbatal
tayammumnya tidak akan mengembalikannya kepada hadas besar, akan tetapi
dia hanya dianggap orang yang berhadas kecil. Maka harus baginya membaca
al-Quran, masuk ke masjid dan diam di dalamnya. (Al-Juzairi, Abdul
Rahman. 1411H/1990: 165) Akan tetapi wajib baginya mandi apabila sudah
ada air atau bila telah hilang sebab uzur yang membolehkannya tayammum.
Dalam pada itu, golongan Malikiyyah mengatakan, jika orang yang
bertayammum dari janabah itu berhadas kecil, maka batallah tayammumnya
dari hadas kecil dan hadas besar sekaligus. Disebabkan itu, haramlah
bagi orang itu melakukan segala apa yang haram dilakukan oleh orang yang
junub sehingga ia mengulangi tayammumnya lagi. (Ar-Rahbawi, 'Abdul
Qadir. 1994: 148)
2) Hilangnya kesulitan yang mengharuskan tayammum:
Di antara yang membatalkan
tayammum ialah hilangnya kesulitan atau keuzuran yang menjadi penyebab
boleh bertayammum seperti beredarnya musuh atau binatang buas, hilangnya
kesakitan dan kesejukan, adanya alat yang boleh menyampaikan pada air
dan terlepas dari tahanan atau penjara yang tidak terdapat air padanya.
Ini kerana apa yang mengharuskan tayammum kerana uzur akan membatalkan
tayammum itu kerana hilangnya keuzuran. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 :
604)
3) Melihat air dan sanggup memakai air:
Sekiranya seseorang
bertayammum kerana tidak ada air, kemudian mereka melihat air seumpama
turun hujan sebelum mereka solat maka batallah tayammum tersebut. (Abu
Muhammad. t.th: 196) Ini berdasarkan hadis Abu Zarr r.a: (Riwayat Abu
Daud, (b) 313: 205-206)
Maksudnya:
" Tanah yang baik itu alat bersuci bagi orang Islam, sekalipun tidak engkau perolehi air sepuluh tahun lamanya. Maka jika engkau telah mendapat air, hendaklah engkau sentuhkan air itu ke kulit engkau, kerana yang demikian itu lebih baik bagi engkau. "

Dalam hal ini telah berkata Nafi': (Al-Siddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi. 1980: 561)
" Ibnu 'Umar telah bertayammum di tempat yang jauhnya dari Madinah kira-kira satu atau dua batu sahaja dan bersolat Asar. Kemudian tibalah beliau ke Madinah sedangkan hari masih terang, beliau tidak mengulangi lagi solat Asarnya itu."

Melihat air atau sanggup
memakai air yang memadai walaupun satu kali menurut golongan Hanafiyyah
manakala menurut golongan Malikiyyah dan Hanabilah asal melihat atau
menemukan air walaupun tidak memadai untuk wudu' atau mandi sudah
membatalkan tayammum. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung.
1999: 91) Maka, apabila seseorang itu melihat atau mendapatkan air
sesudah bertayammum tetapi masih belum solat wajiblah atasnya berwudu'
untuk bersolat menurut pendapat para Fuqaha'. (Al-Siddieqy, Prof. Dr.
T.M. Hasbi. 1980: 560) Jika seseorang bertayammum kerana sakit atau
seumpamanya, bukan kerana ketiadaan air lalu melihat air tidaklah batal
tayammumnya. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 63)
4) Habis waktu solat:
Hanabilah telah memberi
tambahan dalam perkara yang membatalkan tayammum iaitu habis waktu
solat, kerana tayammum dilakukan untuk solat. (Dr. A. Rahman Ritonga,
Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 91) Maka terbatal tayammum itu secara
mutlak samada disebabkan hadas besar, atau terdapat najis dibadannya
melainkan solat jumaat yang tidak membatalkan tayammum apabila habis
waktu. (Al-Juzairi, Abdul Rahman. 1411H/1990: 165-166)
5) Murtad (riddah):
Orang yang murtad atau
keluar dari agama Islam membatalkan tayammumnya menurut golongan
Syafi'iyyah. Ini adalah kerana tayammum itu untuk membolehkan solat, dan
keharusan solat dengan tayammum itu tidak ada lagi disebabkan riddah.
Masalah ini berlainan dengan masalah wudu' dan mandi junub, kerana wudu'
dan mandi junub itu melenyapkan hadas, bukan untuk membolehkan solat
sahaja. Perlu ditegaskan juga bahawa semua amal ibadat yang dikerjakan
oleh orang yang murtad itu telah tersia-sia belaka, dan tidak diterima
Allah S.W.T. demikian pula hilang pahalanya, sedangkan tayammum itu
termasuk di bawah amal ibadat. (Abu Muhammad. t.th: 198) Akan tetapi
bagi golongan Hanafiyyah dan yang lain tidak membatalkan tayammum
disebabkan murtad seperti halnya pada persoalan wudu'. (Dr. A. Rahman
Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 91)
6) Tempoh yang panjang antara tayammum dan solat:
Tayammum terbatal dengan
adanya tempoh yang panjang di antara tayammum dan solat menurut golongan
Malikiyyah kecuali yang lainya. Ini adalah kerana menurut mereka
muawalat (berturut-turut) di antara tayammum dan solat adalah rukun
tayammum. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 606)
Kaifiat Tayammum
1. Kaifiat tayammum dalam keadaan biasa
Kaifiat tayammum haruslah
dilakukan mengikut fardhu yang telah digariskan oleh para Fuqaha'.
Dengan ini haruslah diketahui cara-cara dan kaedah yang betul sebelum
seseorang itu melakukan amalan tayammum di samping mengenalpasti
kebolehan untuknya bertayammum itu memenuhi segala syarat atau
sebaliknya. Harus diketahui juga bahawa cara bertayammum untuk hadas
besar adalah sama caranya dengan tayammum untuk hadas kecil manakala
kadar yang dapat dikerjakan dengan sekali tayammum itu ialah satu
perkara wajib (fardhu) dan beberapa perkara sunat. Berikut ini adalah
kaifiat-kaifiat untuk bertayammum:
i. Membaca Basmalah sambil
meniatkan untuk mengharuskan solat, tawaf, menyentuh al-Quran atau
sebagainya yang dimaksudnya dengan tayammum.
ii. Kemudian menepuk dua tapak tangan ke debu dengan jari terbuka. Setelah ditiup atau dilaga-lagakan kedua-dua tangan untuk menipiskan debu-debu yang melekat padanya, lalu disapukan ke muka sekali saja. Niat mestilah dilakukan pada permulaan memindahkan tanah ke tapak tangan dan hendaklah berkekalan hingga menyapu sebahagian daripada muka sebagaimana pendapat Syafi'iyyah. Lafaz niat iaitu:
Maksudnya:
" Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardhu solat kerana Allah Taala".

Cara menyapu muka adalah
dengan menyapu bahagian atas muka lalu meluncurkan ke bawah manakala
kawasan muka ialah dari gigi rambut ke bawah dagu dan dari telinga kanan
ke telinga kiri sebagaimana dalam wudu'. Bezanya ialah, jika dalam
wudu' wajib menyampaikan air ke celah-celah janggut atau misai yang
tebal, maka dalam tayammum hal itu tidak diwajibkan menurut mazhab yang
kuat kerana sukar. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad.
1414H/1993: 124) Kemudian tapak tangan itu ditepuk-tepukkan terlebih
dahulu untuk membuang debu musta'mal (yang telah digunakan) yang masih
melekat ditangan.
iii. Selepas itu ditekap sekali lagi pada debu tadi untuk kali kedua lalu ditipiskan dengan meniup atau meneguh kedua-dua tangan. Kemudian tapak tangan kanan menyapu tangan kiri hingga ke siku, sementara tapak tangan kiri menyapu tangan kanan hingga ke siku. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 62) Cara menyapu tangan adalah dengan menyapu tangan kanan dengan meletakkan jari tangan kiri selain ibu jari ke bawah jari tangan kanan. Kemudian dilurutkan jari-jari tangan kiri hingga ke pergelangan tangan kanan dan digenggam sedikit dan dilurutkannya pula hingga ke siku. Seterusnya dipusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku dan lurutkan ke hadapan sehingga ke pergelangan tangan dan kedudukan ibujari dalam keadaan terangkat. Seterusnya melurut ibu jari kiri di belakang ibu jari kanan dan begitulah sebaliknya dengan menyapu tangan kiri. Seandainya ditengah-tengah mengusap anggota tayammum dia terangkat tangannya kemudian dikembalikan semula, hukumnya boleh menurut qaul yang rajih dan tidak perlu mengambil tanah lagi. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 126)
iv. Tertib, iaitu mendahulukan menyapu muka, kemudian baru menyapu kedua tangan hingga dua siku. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 59-60) Manakala menurut golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah bahawa tertib itu hukumnya sekadar sunat, bukan rukun. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 144)

2. Kaifiat tayammum bagi pesakit berbalut
Bagi orang yang berhadas
besar atau kecil yang hendak berwudu' atau mandi janabah, padahal ada
anggotanya yang tidak boleh terkena air, sebagai ganti anggotanya yang
demikian itu hendaklah ia menyampaikan serta meratakan air ke seluruh
anggota tubuh badannya yang lain, kecuali anggota yang tidak boleh
terkena air itu.
Kaedahnya ialah samada
bertayammum dahulu kemudian membasuh anggota-anggota yang lain atau
membasuh anggota-anggota yang lain dahulu kemudian baru bertayammum.
Kedua-dua cara ini boleh dilakukan kerana tiada disyaratkan tertib bagi
mengangkatkan hadas besar, sebabnya hukum seluruh badan adalah seperti
satu anggota sahaja.
Bagi orang yang berhadas
kecil yang hendak mengangkat hadasnya padahal ada anggotanya yang tidak
boleh terkena air, sebagai ganti anggotanya yang demikian itu hendaklah
ia bertayammum. Apabila sampai membasuh anggota yang tidak boleh terkena
air itu kerana mengikut tertib. Jika sekiranya ada dua anggota wudu'
yang tidak boleh terkena air, maka wajib ia bertayammum dua kali. Jika
sekiranya ada tiga anggota wudu' yang tidak boleh terkena air itu, maka
wajib bertayammum tiga kali. Tetapi jika keempat-empat anggota wudu'
kesemuanya tidak boleh terkena air, maka hanya satu tayammum sahaja yang
wajib sebagai ganti daripada wudu'nya. (Hj. Osman b. Jantan. 1983:
63-64)
Sebagai contoh dikemukakan 2 jenis keadaan sakit yang berlainan beserta cara yang betul untuk bertayammum:
Contoh pertama: Terdapat luka di tangan:
i. Mula-mula hendaklah dibasuh muka, kemudian bertayammum sebagai ganti membasuh tempat luka itu. Kemudian membasuh bahagian tangan yang tidak luka, lalu menyapu sebahagian kepala.
ii. Atau mula-mula hendaklah dibasuh muka, kemudian ia membasuh bahagian tangan yang tidak luka kemudian ia bertayammum sebagai ganti membasuh tempat luka. Kemudian menyapu kepala, tidak sah jika ia mendahulukan tayammum sebagai ganti membasuh anggota tangan yang luka itu dengan mengkemudiankan tayammum sebagai ganti membasuh anggota tangan yang luka dengan mendahulukan pula menyapu sebahagian daripada kepala, kerana tidak ada tertib dalam pekerjaan yang demikian itu.

Contoh kedua: Luka di tangan dan kaki.
i. Mula-mula hendaklah dibasuh muka dengan air, kemudian bertayammum dan membasuh anggota tangan yang baik; ataupun membasuh anggota tangan yang baik dan bertayammum kemudiannya. Kemudian menyapu sebahagian daripada kepala dengan air dan selepas itu bertayammum lagi dan membasuh anggota kaki yang baik; ataupun membasuh anggota kaki yang baik dan bertayammum kemudiannya. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 64)

Hikmat Bertayammum
1. Tayammum suatu rahmat Allah kepada hambaNya
Di antara kelebihan Allah
S.W.T ke atas umat Islam ialah mengangkatnya daripada kesempitan dan
kesusahan dalam segenap aspek, dan meringankan daripadanya pula.
Keringanan dan mengangkat kesempitan di dalam tanggungjawab Syari'e amat
jelas bagi setiap muslim. Maka tidaklah suatu tanggungjawab itu
merupakan bebanan, atau suatu perintah daripada urusan syariat pula
menyusahkan manusia untuk melaksanakannya, melainkan terdapatnya rahmat
dan keringanan daripada Allah S.W.T yang mengangkat bebanan itu
seluruhnya.
Hal ini dapat dilihat sebagaimana solat adalah dikecualikan kepada perempuan yang didatangi haid dan nifas, puasa dikecualikan kepada orang sakit yang berpanjangan, ibadat haji tidak diwajibkan kepada yang tidak berkemampuan, peperangan dikecualikan kepada orang sakit, lemah, buta dan sebagainya.

Perkara ini dapat juga
didapati dengan keringanan suatu tanggungjawab mengikut kadar kemampuan
dan kudrat seseorang tanpa adanya masyaqqah (kesusahan) seperti orang
yang lemah untuk bersolat sambil berdiri dibenarkan solat dalam keadaan
duduk, harus mengqasar dan menjamakkan solat bagi musafir dan diharuskan
juga berbuka puasa di bulan ramadhan dan diqadha' puasa itu selepasnya.
Sebagaimana firman Allah S.W.T: (Al-Baqarah: 185)
Maksudnya:
" Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tiada menghendaki kesukaran".
Maksudnya:
" Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tiada menghendaki kesukaran".
Firman Allah S.W.T: (An-Nisa': 28)
Maksudnya:
" Allah menghendaki supaya meringankan bagimu (peraturan agama), kerana manusia itu dijadikan dalam keadaan lemah".
Maksudnya:
" Allah menghendaki supaya meringankan bagimu (peraturan agama), kerana manusia itu dijadikan dalam keadaan lemah".
Dengan demikian, ibadat
tayammum yang sampai perintahnya untuk memukul ke atas tanah untuk
disapu ke muka dan dua tangan adalah sebagai ganti wudu' dan mandi
janabah apabila didapati bersih. (Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002 :
61) Ia merupakan suatu rukhsah (kemudahan yang diberi oleh Syara') bagi
orang yang tidak boleh menggunakan air kerana sakit atau dalam musafir,
atau kerana tidak ada air, atau sukar untuk mendapat air.
Hadis Baginda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Jabir r.a: (Riwayat Abu Daud, (b) 336: 239)
Maksudnya:
" Kami telah keluar mengembara maka salah seorang daripada kami terkena batu, lalu luka kepalanya, kemudian ia bermimpi jimak maka ia bertanya kepada para sahabatnya: Adakah kamu dapati jalan yang memberi kemudahan kepadaku untuk bertayammum? Mereka menjawab: Kami tidak dapati jalan untuk memberi kemudahan kepada engkau, sedang engkau masih boleh menggunakan air. Kemudian dia mandi yang menyebabkan dia mati. Kemudian ketika kami sampai kepada Nabi S.A.W. diceritakan peristiwa itu kepada Baginda, lalu Nabi S.A.W. bersabda: Mereka bunuh dia, Allah akan membunuh mereka. Mengapa mereka tidak bertanya ketika mereka tidak tahu. Sesungguhnya ubat keraguan (kebodohan) itu ialah bertanya. Sebenarnya sudah memadai (sudah cukup) ia bertayammum sahaja dan membalut lukanya. Kemudian disapunya dengan air di atas pembalut lukanya tadi dan membasuh semua badannya yang lain."

Nas-nas tersebut merupakan
dalil bahawa tayammum itu suatu rukhsah (kemudahan) yang dikurniakan
Allah bagi orang yang mengalami kesukaran untuk melaksanakan urusan
agama. Kemudahan ini ialah kerana Allah S.W.T tidak memberatkan dan
membebankan hamba-Nya dalam melaksanakan urusan tersebut di luar
kemampuan mereka.(Abu Muhammad. t.th: 182-185) Firman Allah S.W.T lagi:
(Al-Hajj: 78)
Maksudnya:
" Dan Dia (Allah) menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama."
Maksudnya:
" Dan Dia (Allah) menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama."
Hikmat bertayammum ini
termasuk dalam bahagian hikmat ta'abbudi, iaitu perbuatan yang tidak
diterangkan tuhan hikmatnya, hanya yang dapat diketahui orang
semata-mata syaratnya sahaja, iaitu agar solat jangan sampai
ditinggalkan dengan sebab ketiadaan air, padahal ketiadaan air itu hanya
buat sementara waktu sahaja. Maka dengan mudah sekali orang mencari
alasan untuk meninggalkan solat. Padahal menurut hukumnya, solat tidak
boleh samasekali ditinggalkan dalam keadaan macam mana sekalipun. Di
sini juga, terdapat dua hikmat yang terbesar amalan bertayammum:
i. Menghinakan diri yang condong kepada kejahatan dengan meletakkan tanah ke muka anggota yang paling mulia.
ii. Menyatakan kemuliaan, syariat Nabi Muhammad S.A.W. yang mana tayammum itu tidak dilakukan di masa umat-umat yang terdahulu. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 65)
ii. Menyatakan kemuliaan, syariat Nabi Muhammad S.A.W. yang mana tayammum itu tidak dilakukan di masa umat-umat yang terdahulu. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 65)
Kesimpulan
Melalui penjelasan yang
telah dinyatakan di dalam bab ini, dapatlah kita fahami bahawa amalan
tayammum merupakan antara ibadat yang penting sepertimana juga
ibadat-ibadat lain yang menjadi kefardhuan kepada umat Islam. Ini adalah
kerana Allah S.W.T telah menggariskan mengenai syariat bertayammum di
dalam al-Quran dan Hadis dengan sejelas-jelasnya yang mana ia sebagai
suatu kemudahan bagi umatNya dalam melaksanakan perintahNya. Ini
seterusnya membuktikan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T
kepada hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
NOTA HUJUNG
Abu Muhammad. t.th. Panduan Lengkap Tentang Bersuci. t.tp: Jasmin Enterprise.
Ahmad Muhammad Syakir. 1419H/1999. Sunan al-Tirmizi. Jil. 1: Darul Hadis.
Al-'Asqalani, Al-Imam al-Hafiz Abi al-Fadhli Ahmad bin Ali bin Hajar. 1416H/1996.
Fathul Bari Bisyarhi Sahih al-Bukhari. Jil. 2: Dar Abi Hayan.
Fathul Bari Bisyarhi Sahih al-Bukhari. Jil. 2: Dar Abi Hayan.
Al-Daruqutni, al-Imam al-Hafiz Ali bin Umar. 1417H/1996. Sunan al-Daruqutni. Jil.
1. Beirut: Darul Kutub al-Ilmiyyah.
1. Beirut: Darul Kutub al-Ilmiyyah.
Al-Daruqutni, al-Imam al-Hafiz Ali bin Umar. 1422H/2001. Sunan al-Daruqutni. Jil.
1. Beirut: Darul Ma'rifah.
1. Beirut: Darul Ma'rifah.
Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999. Fiqh Ibadah. Kuala Lumpur:
Penerbit Edaran Kalam.
Penerbit Edaran Kalam.
Dr. Sameer Taha al-Majzub. 1413H/1993. Musnad al-Imam Ahmad Bin Hanbal: Al-
Maktab al-Islamiy.
Maktab al-Islamiy.
Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984. Al-Fiqhul Islamiy Wa Adillatuhu : Darul Fikr.
Hj. Osman b. Jantan. 1983. Pedoman Ilmu Fiqh. Singapura: Pustaka Nasional Pte.
Ltd.
Ltd.
Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993. Kifayatul
Akhyar. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Akhyar. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Al-Imam Abi 'Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari al-Ja'fi. 1419H/1999. Sahih
al-Bukhari: Darul Salam.
al-Bukhari: Darul Salam.
Al-Juzairi, Abdul Rahman. 1411H/1990. Kitab al-Fiqhu 'Ala al-Mazahib al-Arba'ah.
Jil. 1: Darul Fikr.
Jil. 1: Darul Fikr.
M. Abd. Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi'iyah Am (pnys). 1997. Kamus Istilah Fiqh,
Selangor: Advance Publication.
Selangor: Advance Publication.
Muhammad Ali al-Said. 1969. Sunan Abi Daud. Jil. 1: t.pt.
Al-Quran
Al-Qurtubi, Imam al-Faqih Abi al-Abbas Ahmad bin Umar. 1414H/1993. Talkhis
Sahih al-Imam Muslim. Jil. 1: Darul Salam.
Sahih al-Imam Muslim. Jil. 1: Darul Salam.
Al-Qusyairi al-Nisaburiy, Al-Imam Abi al-Hussain Muslim Ibn al-Hajjaj bin Muslim.
1419H/1998. Sahih Muslim: Darul Salam.
1419H/1998. Sahih Muslim: Darul Salam.
Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994. Salat Empat Mazhab. t.tp: Litera AntarNusa dan
Pustaka Islamiyah.
Pustaka Islamiyah.
Al-Siddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi. 1980. Hukum-Hukum Feqah Islam. Kelantan:
Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
Al-Syeikh, Dr. Abd. Fattah Hussin. 1411H/1991. Fiqhul Ibadat, t.tp: Ma'ahad al-
Dirasat al-Islamiyyah.
Dirasat al-Islamiyyah.
Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002. Fiqhul Ibadat: Darul Salam.
Al-Syeikh, Soleh bin Abdul Aziz bin Muhammad bin Ibrahim. 1420H/1999. Sunan
Ibnu Majah: Darul Salam.
Ibnu Majah: Darul Salam.
No comments:
Post a Comment