Friday, February 4, 2011

Panduan Pemakanan Pesakit Kanser-HUSM (1)

APA ITU KANSER?

Kanser berlaku apabila terdapat sel-sel yang tidak normal berkembang dan merebak dengan cepat. Biasanya sel-sel badan berkembang, membahagi, dan akan berhenti apabila mencapai suatu tahap. Berlainan dengan sel-sel normal, sel-sel kanser akan berterusan membesar dan membahagi tanpa kawalan.

PENYEBAB-PENYEBAB KANSER

A) Merokok =  Kanser mulut, esophagus(saluran makanan) dan paru-paru
B) Amalan pemakanan yang tidak sihat  =  Kanser kolon(usus) dan kanser perut.
C) Alkohol = Kanser hati
D) Tingkah laku seksual(Selalu bertukar pasangan) = kanser serviks(rahim)

* Seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami kanser berisiko tinggi untuk mendapat kanser

JENIS-JENIS RAWATAN DAN KESAN KE ATAS PEMAKANAN

Rawatan Radiasi

  • loya     
  • muntah
  • mulut kering
  • hilang selera makan
  • perubahan deria rasa dan bau
  • masalah dental - kehilangan gigi
  • diarrhea(cirit-birit)
  • masalah penyerapan makanan
  • pengurangan sistem imun badan

Rawatan Surgeri(Pembedahan)

  • Masalah mengunyah
  • Masalah menelan
  • Diarrhea(cirit-birit)
  • Regurgitasi
  • Cepat kenyang
  • Gangguan penyerapan makanan
  • Gangguan serapan air dan elektrolit
  • Stearorrhea- gangguan serapan lemak
Rawatan Kimoterapi

  • Perubahan deria ras
  • Gangguan penyerapan makanan
  • Diarrhea(cirit-birit)
  • Loya
  • Muntah
  • Anoreksia
  • Kurang selera makan
  • Sistem imun badan berkurangan

OBJEKTIF PENJAGAAN PEMAKANAN
  • Meningkatkan kualiti hidup pesakit
  • Mengenalpasti dan memperbetul amalan pemakanan pesakit supaya bersesuaian dengan keadaannya.
  • Memastikan para pesakit bersedia dan mengetahui apa yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan komplikasi yang disebabkan penyakit kanser
  • Memperbaiki status pemakanan pesakit kanser yang biasanya tejejas teruk
  • Mengelakkan penurunan berat badan drastik disebabkan oleh pelbagai penyakit dan rawatan kanser
PEMAKANAN PESAKIT KANSER

  • Pesakit kanser memerlukan diet yang tinggi kalori dan tinggi protein
Tujuan Diet Tinggi Kalori dan Protein
  • Untuk menghalang penyusutan berat badan serta kehilangan tisu badan dalam keadaan keperluan nutrien dan protein yang meningkat.
  • Untuk memperbetul keperluan nutrien terutamanya pesakit yang mengalami malnutrisi
KESAN DIET KE ATAS PESAKIT KANSER

Terdapat banyak faedah sekiranya diet ini diteruskan. Antaranya ialah :

  • Penghalangan Penyusutan Berat Badan Dan Kehilangan Tisu Badan. Sekiranya diet ini diteruskan untuk jangkamasa yang tertentu, ia akan menghalang kehilangan berat badan dan tisu badan yang disebabkan kanser dan rawatannya.
  • Memulihkan Sistem Imun 
           Diet ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam memulihkan sistem imun badan yang lemah   
           disebabkan oleh malnutrisi yang teruk.


  ............................bersambung di lain enteri. Wassalam.                        
Dipetik daripada :
                           Buku Panduan Pemakanan Pesakit Kanser 
                           Unit Pemakanan dan Dietetik
                           Hospital Universiti Sains Malaysia
                           Kubang Kerian, Kota Bharu
                           KELANTAN.

2 comments:

Black said...

The content is way too general in here.

Black said...

The content is way too general in here.