Tuesday, January 25, 2011

Mula Makan Ubat Kimoterapi Bulan ke-4



Pakar Kanserku: Profesor Madya Biswa Mohan Biswal.




Ahad 23 Jan 2011, selepas waktu persekolahan, ku ke Hospital Universiti Malaysia Kubang Kerian, Kota Bharu. Tujuannya untuk mengambil ubat kimo. Khamis lepas ku terima panggilan daripada Pn.Yuzi, Pegawai Kebajikan Husm menelefonku, memberitahu ubat yang ku bayar sebanyak RM54,000.00 dengan geran kerajaan dah sampai.

Ku biarkan isteri menunggu dalam kereta sementara ku ke Stor Ubat. Ku buat begitu kerana sukarnya mencari parking di HUSM. Mula-mula ku pergi ke Unit Farmasi, tetapi diberitahu ku kena pergi ke Unit Stor. Jauh jugalah terpaksa berjalan. Sesampainya di sana, kerani memaklumkan pegawai yang bertanggungjawab sedang mesyuarat tetapi nasib baik ada lagi seorang kerani yang tolong dapatkan ubat kimoterapi tersebut. Semuanya berjumlah 12 kotak untuk bekalan 3 bulan.

Malamnya, tepat jam 9.30 malam ku makan ubat tersebut. Memang waktu itulah selalu ku makan ubat kimoterapi sejak tahun 2007. Jika dikira jumlahnya sejak tahun 2007, harga ubatnya dah dekat mencecah RM500,000.00. Banyak sangatlah kos ubat kimoterapi ni. Dalam akhbar ku baca kisah Azean Irdawaty yang menderita Kanser Payu dara yang telah mengeluarkan RM200,000.00 untuk kimoterapi. Begitulah nasib dan takdir pesakit kanser.

Dah 3 minggu badanku lesu, jarang-jarang saja dapat solat berjemaah di surau. Ke masjid hari Jumaat pun dalam keadaan memaksa diri. Bila ku mula makan ubat kimo ni bertambahlah lesu badanku. Biasanya kesan ubat kimoterapi Sutent ialah sakit tapak kaki sehingga terpaksa berjalan berjengkit-jengkit.

Dua malam lepas, ku bermimpi bisul di dadaku dah sembuh, gembiranya rasa hati. Tetapi itu cuma dalam mimpi. namun ku berdoa agar mimpi menjadi kenyataan. Amin.

1 comment:

Mohd Yusoff Ismail said...

Assalamualaikum

Saya sedang google untuk mencari harga2 ubat kimoterapi di Malaysia untuk dimuatkan dalam artikel untuk website saya kerana saya perlukan maklumat mengenainya untuk melengkapkan artikel...emm setakat ini belum jumpa..
Saya lihat diblog dan baca rintihan anda mengenai apa yang anada sedang lalui..
Saya bersimpati dengan masaalah anda dan berharap anda tabah menghadapinya.
Manusia sebenarnya sejak sekan lama telah dihambakan olih kartel2 farmasi antarabangsa yang dinangi Zionis dengan memaksakan manusia hanya menyembah pada apa yang mereka ada.
Mereka mengawal segalanya mengenai kesihatan kita.Dari diet,kaedah rawatan dan jenis2 ubat yang perlu kita gunakan.
Doktor2 kanser adalah salah satu perkakas yang mereka telah didik semenjak di kolej2 perubatan lagi untuk hanya mengenal ubat mereka.Mereka ini menguasai seluruh institiusi2 kesihatan termasuk di Malaysia melalui WHO.
InsaAllah saya dari masa ke semasa akan menulis mengenai kejahatan puak2 ini dengan merompak dan meracun sejumlah besar pesakit2 kanser sedunia.
Tahukah anda tentang satu statistik yang dikeluarkan olih badan kesihatan bebas di Australia dan Amerika bahawa kaedah kimoterapi hanya mempunyai sebanyak 3-4 peratus untuk survival rate melebihi 5 tahun semenjak ia digunakan 100 tahun yang lampau.
Jika anda ada duit sebanyak itu,anda patut pergi ke hospital2 alternatif di Mexico atau German kerana mereka mempunyai kejayaan sehingga 80 peratus kesembuhan untuk kanser.Jika anda bermnat saya akan hubungkan anda dengan seorang doktor alternatif German yang juga seorang profesor perubatan terkenal di Eropah.Beliau mempunyai hospital kanser di Frankfurt yang kos untuk berubat hanyalah sekitar RM200 ribu untuk 1-2 bulan.
Saya hanya ingin membantu anda dan tidak membuat walau sesen pun dari anda atau pihak hospital disana.
Jika anda perlukan makumat lanjut saya akan berikan e-mail prof tersebut dan anda bolih berbincang terus degan beliau mengenai masaalah kanser yang anda hadapi.

Assalamualaikum