Saturday, January 1, 2011

KELUAR DARAH DARI MULUT

Khamis, 30 Dis 2010. Selepas Solat Zohor, ku rasa ada sesuatu di dalam tekak, bila ku ludah, keluar darah. Nak pergi hospital ke tidak? Aku berbincang dengan isteri. Apabila semakin banyak darah keluar dari mulut, ku akhirnya ke Unit Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Nasib baik, pesakit tak ramai. Jarum disuntik ke lengan tetapi macam biasa sukar sekali doktor untuk memasukkan jarum ke lenganku. Urat di lengan ku mengecil kesan kimoterapi. Kali ke-6 baru berjaya disuntik jarum itupun selepas Pakar yang membuatnya. Ubat dan air dimasukkan. Dadaku di xray. Semuanya baik. Darahpun ok. Kenapa berdarah. Adakah saluran makanan ataupun perutku luka? Doktor meminta ku datang semula berjumpa pakar. Jam 12 malam dibenarkan pulang selepas dibekalkan ubat tahan darah dan antibiotik. Isteriku membuat andaian mungkin kerana kesan kimoterapi kerana dah lama aku tak menjalani kimoterapi. Bulan Februari lepas juga keluar darah dari mulut bila ku pertama kali menjalani kimoterapi dengan ubat baru, SUTENT. Dulu ku kimoterapi dengna ubat GLIVEC. Kini selepas 5 bulan terputus ubat kimoterapi kerana belum diluluskan kerajaan, ku kimo lagi dengan ubat yang diberi isteri arawah pesakit kanser dari Pasir Mas. Ku cukup berterima kasih kepadanya kerana ubat itu mahal, RM17650.00 untuk sebulan sahaja. KU berdoa agar disembuhkan kerana Ahan ini sekolah dah dibuka semula. Aminnn!!!!!!

6 comments:

CT said...

Insyallah sihat...sy doakan moga cepat sembuh...

Anonymous said...

assalamu'alaikum cikgu, saya baru mula membaca blog cikgu ni beberapa minggu lepas. saya doakan semua ikhtiar yang dilakukan berjaya meningkatkan kesihatan cikgu ke tahap yang terbaik.

Anonymous said...

assalamu'alaikum cikgu. baru mula baca blog ni 2,3 minggu lepas. ni ada sikit info fasal khasiat daun pecah beling. saya tak jual apa2 ya, sekadar berkongsi info.

http://pecahbeling.blogspot.com/

saya doakan kesihatan cikgu meningkat ke tahap terbaik.

Anonymous said...

salam,
semoga Cikgu diberi kesabaran dan ketabahan hati dlm menempuh ujian ini...
saya doakan agar Cikgu sejahtera dan semakin sihat...

Anonymous said...

Waalaikummussalam. Terima kasih semua atas doa kalian. Moga doa kita semua dikabulkan Allah.

zaini said...

Terima kasih atas doa kalian