Wednesday, July 7, 2010

my cancer stage

Beginilah keadaan bisulku akibat kanser perut. Pada awalnya sebelum pecah pada Hari Raya Aidilfitri  tahun lepas, ku cuma rasa sakit di tempat bisul tersebut sejak bulan April 2008. Pada masa itu ku mendapat rawatan chemoterapi menggunakan target terapi Ubat Glivec yang berharga RM 8380.00 sebulan dan kemudian meningkat kepada RM12880.00 sebulan. Alhamdulillah selepas 5 bulan bayar duit sendiri, ku mendapat secara percuma dari Hospital Raja Perempuan Zainab 11. Ku juga mendapatkan rawatan alternatif dengan Us.Halim, Bekas Pensyarah Maktab Perguruan Kota Bharu. Sebenarnya ku mengenalinya sejak mengajar di Sabah lagi kerana beliau ahli Usrah Menggatal. Beliau mengamalkan Perubatan Islam di rumahnya di Kok Lanas dan Bechah Kura,Peringat Kota Bharu. Tel. beliau : 0139393603. Beliau menggunakan pokok keladi dalam perubatan barah.

Bisul saya dah semakin kecil sejak saya makan Ubat Sutent yang berharga RM17650.00 sebulan. Namun kesan sampingannya cukup kuat sehingga lebam tapak kakiku dan tidak boleh berjalan. Bisulku juga terasa amat sakit. Lidah dan bibir pula diserang ulser.

Saya juga mengambil makanan tambahan iaitu Royal Jelly(Susu Lebah).

Sekian dulu entri kali ini, moga ia menjadi panduan kepada pesakit kanser dalam mengharungi hidup yang penuh dengan dugaan ini. MogaAllah memberi kekuatan kepada kita dalam menempuh hari-hari mendatang. Amin.

No comments: