Wednesday, July 28, 2010

KANSER KOLON

Kanser Kolon Perlu Dikesan Awal


oleh Dr. Tan Huck Joo

Kanser kolon atau kanser rektum yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal menyebabkan 655,000 kematian di seluruh dunia setiap tahun. Ia merupakan antara penyebab utama kematian di kalangan lelaki Malaysia dan pembunuh ketiga di kalangan wanita negara ini.


Kanser kolon bermula dengan polip. Peringkaan permulaan polip akan tumbuh berbentuk benjolan kecil seperti cendawan di permukaan kolon. Polip adalah petanda awal kanser kolon. Kebanyakan polip tidak berbahaya tetapi ada sesetengahnya boleh bertukar menjadi kanser.


Kanser kolon boleh dicegah dan dirawat sekiranya dikesan awal. Oleh itu cara untuk mengelak daripada mendapat kanser kolon adalah dengan menjalani pemeriksaan doktor.

Pemeriksaan Awal

Pemeriksaan awal bertujuan mengenalpasti atau mengesan kanser kepada pesakit yang tidak menunjukkan tanda gejala dan tidak mempunyai sejarah penyakit kanser kolon. Kanser kolon boleh menyerang tanpa sebarang tanda. Adalah penting untuk menjalani pemeriksaan, atau ujian, oleh doktor walaupun anda tidak mengalami sebarang tanda dan gejala.

Berdasarkan data yang diperolehi dari negara Barat, individu yang berisiko tinggi dan mencapai usia 50 tahun digalakkan menjalani pemeriksaan awal pada usus iaitu kolonoskopi. Individu yang berisiko tinggi yang dimaksudkan adalah mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit kanser kolon.


Mengikut panduan American College of Gastroenterology, jika anda mempunyai saudara terdekat (ibu bapa atau adik-beradik) menghidapi kanser kolon pada usia 60 tahun ke atas atau sebelum umur 60 tahun, anda perlu mula menjalani pemeriksaan usus atau kolonoskopi pada umur 40 tahun. Atau anda perlu melakukan pemeriksaan 10 tahun lebih awal daripada pesakit yang paling muda. Sebagai contoh, jika adik beradik anda menghidapi kanser kolon pada umur 38 tahun, anda perlu menjalani pemeriksaan pada umur 28 tahun.

Pemeriksaan awal oleh doktor untuk kanser kolon adalah penting untuk mengelakkan kanser kolon. Tetapi, ia memerlukan banyak sumber dan tenaga manusia untuk melakukannya. Selain daripada kolonoskopi yang merupakan cara terbaik untuk mengesan kanser kolon, terdapat kaedah lain untuk mengesan kanser kolon seperti pemeriksaan darah dari najis, barium enema, sigmoidoskopi dan imbasan kolonografi CT.

Mengesan Kanser Kolon

Jika dikesan awal, peluang untuk sembuh adalah lebih tinggi bagi penghidap penyakit kanser kolon. Malangnya, kebanyakan pesakit berjumpa doktor apabila kanser pada tahap sudah teruk. Mereka enggan berjumpa doktor hingga tanda gejala berlarutan beberapa bulan.

Dan apabila mereka berjumpa dengan doktor, kanser tersebut mencapai tahap 3 (tahap yang agak teruk) atau 4 (kanser yang telah merebak ke organ lain, seperti hati atau peparu). Tahap 4 merupakan kanser terminal dan kemungkinan peluang untuk hidup adalah tipis. Diagnosis awal adalah penting dan seharusnya pesakit mendapatkan rawatan segera sejurus mempunyai tanda gejala kanser kolon.


Sekiranya anda mempunyai tanda gejala kanser kolon dan mendapatkan pengesanan awal doktor, doktor anda mungkin akan melakukan pemeriksaan usus atau kolonoskopi di bawah pembiusan ringan.

Kolonoskopi adalah prosedur yang boleh dilakukan di bilik rawatan harian. Dalam prosedur kolonoskopi doktor akan menggunakan skop iaitu satu tiub panjang dan boleh melentur (fleksibel) dengan garis pusat ½ inci. Tiub ini disambungkan ke alat perakam kamera video untuk doktor memeriksa seluruh kolon dan dubur (rektum). Prosedur ini boleh dilihat oleh doktor dengan jelas pada skrin televisyen.

Semasa prosedur, doktor boleh membuang polip atau mengambil sampel tisu yang tidak normal di dalam usus untuk dianalisis. Pembuangan polip bertujuan mengurangkan risiko pesakit mendapat kanser. Prosedur kolonoskopi berguna untuk mendiagnos penyakit dan ia juga berguna merawat pendarahan usus, membuang polip dan merawat usus yang tersumbat disebabkan kanser kolon.

Barium enema dan imbasan kolonografi adalah satu lagi cara yang sesuai untuk mendiagnos kanser kolon yang telah menyumbat lubang usus. Tetapi dengan cara ini doktor tidak dapat mengambil sampel tisu kolon untuk dianalisa.


Ujian darah CEA (Carcinoembryonic Antigen) pula tidak tepat untuk mengesan kanser kolon. Bagaimanapun, bacaan CEA yang tinggi tidak semestinya menunjukkan pesakit menghidap kanser kolon, tetapi kemungkinan pesakit menghidap kanser paru-paru atau kanser perut. Bacaan CEA yang tinggi boleh juga dikesan di kalangan perokok. Untuk peringatan, bacaan CEA pada paras normal tidak semestinya bermaksud seseorang itu bebas dari kanser kolon.

Rawatan

* Pembedahan - Harapan pesakit kanser kolon untuk sembuh adalah dengan menjalani pembedahan. Sekiranya ketumbuhan yang dialami oleh pesakit belum merebak, pembuangan sebahagian usus melalui pembedahan akan dilakukan. Cara pembedahan yang dilakukan bergantung pada lokasi ketumbuhan. Jika kanser tersebut adalah terlalu dekat dengan dubur, pesakit mungkin memerlukan beg kolostomi sementara dan kolon disambung semula selepas beberapa bulan. Lebih awal kanser dapat dikesan, lebih besar peluang pesakit dapat hidup dengan jangka masa yang lebih panjang.

Pembedahan kadang-kala juga akan dijalankan ke atas pesakit yang mengalami kanser terminal di mana penyumbatan keadaan usus tersekat disebabkan kanser yang terlalu besar dan menutup lubang usus, yang juga boleh menyebabkan kebocoran usus. Colonic stenting atau proses penggunaan pendawaian tiub adalah alternatif lain untuk mengurangkan sumbatan kolon daripada kanser kolon.


* Kemoterapi - doktor menggunakan ubat anti-kanser untuk menghalang pertumbuhan atau membunuh sel kanser. Kebanyakan ubat anti-kanser diberi melalui suntikan. Rawatan kemoterapi adalah lebih berkesan untuk membunuh sel kanser dan menghalang perulangan. Secara umumnya, cara ini mempunyai kesan sampingan tetapi boleh dikawal secara keseluruhan.

* Terapi radiasi - menggunakan sinar-X berkuasa tinggi digunakan untuk membunuh sel kanser dan menghalangnya daripada merebak. Rawatan ini juga digunakan bersama kemoterapi untuk mengecutkan ketumbuhan sebelum pembedahan.

* Imunoterapi atau terapi biologi - terapi ini meningkatkan fungsi anti-kanser pesakit dengan menggunakan sistem imun tubuh badan untuk melawan kanser.


Bolehkah Kanser Kolon Dicegah?

Walaupun faktor risiko utama kanser kolon adalah gen anda, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan anda boleh mencegah kanser ini. Anda boleh melakukannya dengan menambah pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, mengamalkan diet rendah kalori, berhenti merokok, mengurangkan atau berhenti mengambil alkohol dan banyakkan bersenam adalah terbukti dapat mencegah daripada mendapat kanser.

Sekiranya anda mempunyai sejarah kanser kolon dalam keluarga, risiko anda mendapat kanser kolon adalah tinggi dan ujian pemeriksaan awal oleh doktor adalah sangat penting. Ingat, kanser kolon boleh dielakkan. Oleh itu, jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi, jalani ujian pemeriksaan awal. Jangan tunggu sehingga anda melihat tanda dan gejalanya untuk berjumpa doktor.


Lagi info tentang KANSER KOLON di sini.

Sunday, July 11, 2010

AL-QURAN ADALAH PENYEMBUH

 Oleh: AKHISALMAN

Disini disebut beberapa khasiat Ayat2 al-Quran...

1. Khasiat Al-Quran:

عليكم بشفاءين: العسل والقرآن
Maksudnya: Hendaklah kamu menggunakan dua penyembuh dr penyakit:1. Madu dan 2. Al-Quran.(HR Ibnu Majah)

2. Khasiat Fatihah:

في فا تحة الكتاب شفاء من كل داء
Maksudnya: Pada surah Al-Fatiha terdapat penyembuh dr semua penyakit.(HR Baihaqi).

Didalam hadis sohih seorang sahabat membaca tujuh kali Surah Fatihah kpd seorang yg dipatuk ular; lalu sembuh penyakitnya.

3. Khasiat Surah Al-Baqarah:

إن البيت الذي تقرأ فيه البقرة لا يدخله شيطان
Maksudnya: Rumah yg di bacakan surah al-Baqrah tidak dimasuki oleh syaitan.(HR Muslim).

4. Khasiat Ayat kursi. Syaitan telah berkata kpd Abu Hurairah r.a:

إذا أويت فراشك فاقرأ آية الكرسي فإنك لن يزال عليك من الله حافظ ، ولا يقربك شيطان حتى تصبح ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم:
(أما إنه صدقك وهو كذوب)
Maksudnya: Apabila kamu berada di tilam kamu (Nak tido) hendaklah kamu membaca Ayat Kursi. Maka sesungguhnya Allah akan sentiasa menjaga kamu dan syaitan tidak akan menghampirimu sehinggalah subuh. Lalu Nabi s.a.w berkata kpd Abu Hurairah r.a:
Syaitan bercakap benar kpdmu (tentang ayat kursi) walaupun dirinya sangat pembohong.(HR Bukhari)

5. Menghilangkan was2 dlm tauhid.

Nabi bersabda:
إذا وجدت في نفسك شيئا –يعني الوسوسة- فقل: (هو الأول والآخر والظاهر والباطن وهو بكل شيء عليم).
Maksudnya: Apabila kamu merasa was-was (tentang ketuhanan) maka hendaklah berkata: (Ayat 3 Surah Hadid).(HR Abu Daud).

6. Doa Nabi Yunus. Nabi bersabda:

دعوة ذي النون إذ دعا وهو في بطن الحوت: (لا إله أنت سبحانك إني كنت من الظالمين) ولم يدع بها رجل مسلم في شيء إلا استجيب له.
Maksudnya: Doa Nabi Yunus a.s ketika berada didalm perut ikan adalah(لا إله أنت سبحانك إني كنت من الظالمين) Setiap muslim berdoa dgn ayat ini akan diperkenankan doanya.(HR Tirmizi)

7. Menjauhkan gangguan Jin dan Syaitan

Ibnu Masud berkata:

Sesiapa yg membaca 4 ayat awal Surah Baqarah, Ayat Kursi, 2 ayat selepasnya dan 3 ayat akhir surah Baqarah; maka syaitan tidak akan mendekatinya dan keluarganya dan tidak ditimpa dengan perkara yg tidak diingini. Jika dibaca kpd org yg gila(yg dirasuk) pasti dia akan sedar.(HR Darimi dgn sanad yg sohih)

Imam Qurtubi berkata:

Harus menjampi dengan ayat2 Allah dan Nama2nya. Kalau ianya diambil dr Hadis maka hukumnya sunat.

Friday, July 9, 2010

Khasiat Buah Goji


The Goji Plant: Asia's Gift to the West
Remy Jirek

The goji plant has been used for centuries in Asia and in recent years has been discovered by westerners and praised as an herbal remedy. If you purchase the extract, you can help prevent cancer and recharge your immune system. The truth about goji is that it increases longevity. The leaves are dark green and the fruit is bright red. The berries can be eaten or made into juice. The best part is that it is delicious!

The Himalayan Region has always been alluring to Western Civilization. The Himalayan Region is home to Mount Everest, the world's highest peak, and boasts the existence of both the Abominable Snowman and the Dalai Lama who is the supreme head of Tibetan Buddhism.

Only recently has the Western world discovered another gift from the Himalayan Region. This gift is the goji plant. To fully understand and appreciate the goji plant it is important to know some basic facts regarding this plant and the possible health benefits associated with the plant.

Basic Facts

The goji plant is indigenous to the continent of Asia. Specifically, it is found in parts of western China, Tibet and Mongolia. The goji plant genus is composed of over forty variations of this beautiful plant and is known for its healing properties.

The actual height of the goji plant shrubbery grows to a height ranging from eight to ten feet tall. The seeds from which these large bushes sprout are similar to the dimensions of the seeds from a tomato. The plant itself is known for being robust and does not require much in the way of water. As a reflection of its being a healthy and hardy plant, it does not grow well in a balmy environment such as a tropical climate.

The appearance of the goji plant is also very vigorous in its look. The leaves are a deep green in color and the fruit that is produced is a vibrant red. This edible fruit has a very sweet and pleasant taste.

Entirely Useful

The entire goji plant provides many advantages. The benefits of the fruit can be realized by eating the flesh of the fruit. This fruit can be consumed in dried form or eaten naturally. Additionally, the fruit can be placed in a juicer to receive the benefits of a beverage and the leaves of the plant make for a tasty drink too. Lastly, the gorgeous pink flowers are very appealing to the eyes.

Beneficial Qualities

With there being over 40 varieties of this plant, the most beneficial goji plant is the one found in the higher elevations of the Himalayas. The reason being is that the health benefits found in the plant's fruit is mainly because of the ingredient polysaccharides.

Polysaccharides can be likened to the controlling molecules within the body. These coordinators ensure the health of the body's immune system. Therefore, the benefits of the goji plant, is the strengthening of the body's immune system and advancement of healthy cells through the enrichment of polysaccharides found in the goji fruit.


The Mysterious Goji Fruit
Remy Jirek

The benefits of the goji fruit have been known for centuries in Asia but hadn't been known to the western world until very recently. Goji berry extract has been found to boost energy, reverse the aging process, and facilitate weight loss. If you decide to purchase goji, you should know that it is available in berry, dried berry, or juice form. Health studies have shown that the truth about goji is that it can improve your quality of life. Generations of Asians can provide testimonials, citing its long-term benefits.

Increased energy levels, longer life, helping in weight loss, better digestion, lowered risk of cataracts and sleeping like a baby are some of the possible benefits of a daily regimen of goji fruit. If you are like most people, you have not heard of goji fruit let alone the impact that it can have on your life.

Although a mystery to the West, the benefits of the Goji fruit are not a mystery to those in China. In fact, the benefits of this fruit have been realized and experienced by Asians for countless numbers of years. So, what is the goji fruit, what are its benefits and how can we verify the miraculous claims?

What Is the Goji Fruit?

The goji fruit is obtained from the goji plant, which flourishes in Asia, specifically the western part of China, Tibet and Mongolia. The goji fruit that is found to be of the highest quality is the kind that thrives in the heights of the Himalayas.

Goji is a small red fruit that grows on the goji shrub. The fruit can be ingested in a number of ways - it can be eaten directly, dried or squeezed into a drinkable juice. Other names for variations of the goji fruit include wolfberry or boxthorn.

Benefits

The goji fruit has demonstrated its ability to enhance the health of the human body in a number of ways. Some of these benefits include its anti-aging abilities, providing an increase in energy level, help in weight loss, aid in the digestive processes and aid in the prevention of macular degeneration.

The scientific name of the goji plant is lyceum barbarum. These elements have shown promising results as antioxidants. These antioxidants aid in deterring the growth of leukemia and cancer cells of the liver as well as providing protection for the body. Additionally, lyceum has been shown to be effective in combating fatigue within the body.

Another vital ingredient in the goji berry is carotenoids. The body easily translates this substance into Vitamin A, which the body requires for eye health and this benefit thus equates to the fighting of macular degeneration and cataracts.

Practical Proof

Over 60 health studies have been conducted thus far on the benefits of the goji fruit. The results of these studies show positive and strong results indicating various health benefits to those whose daily diet consists of ingesting the goji fruit.

But, probably more powerful, are the effects demonstrated in the lives of the Asian population. Their daily use of the goji fruit makes being a centenarian a common expectation.

Wednesday, July 7, 2010

my cancer stage

Beginilah keadaan bisulku akibat kanser perut. Pada awalnya sebelum pecah pada Hari Raya Aidilfitri  tahun lepas, ku cuma rasa sakit di tempat bisul tersebut sejak bulan April 2008. Pada masa itu ku mendapat rawatan chemoterapi menggunakan target terapi Ubat Glivec yang berharga RM 8380.00 sebulan dan kemudian meningkat kepada RM12880.00 sebulan. Alhamdulillah selepas 5 bulan bayar duit sendiri, ku mendapat secara percuma dari Hospital Raja Perempuan Zainab 11. Ku juga mendapatkan rawatan alternatif dengan Us.Halim, Bekas Pensyarah Maktab Perguruan Kota Bharu. Sebenarnya ku mengenalinya sejak mengajar di Sabah lagi kerana beliau ahli Usrah Menggatal. Beliau mengamalkan Perubatan Islam di rumahnya di Kok Lanas dan Bechah Kura,Peringat Kota Bharu. Tel. beliau : 0139393603. Beliau menggunakan pokok keladi dalam perubatan barah.

Bisul saya dah semakin kecil sejak saya makan Ubat Sutent yang berharga RM17650.00 sebulan. Namun kesan sampingannya cukup kuat sehingga lebam tapak kakiku dan tidak boleh berjalan. Bisulku juga terasa amat sakit. Lidah dan bibir pula diserang ulser.

Saya juga mengambil makanan tambahan iaitu Royal Jelly(Susu Lebah).

Sekian dulu entri kali ini, moga ia menjadi panduan kepada pesakit kanser dalam mengharungi hidup yang penuh dengan dugaan ini. MogaAllah memberi kekuatan kepada kita dalam menempuh hari-hari mendatang. Amin.

Sunday, July 4, 2010

SINOPSIS BUKU BAGI PARA GURU


                                                BORANG SINOPOSIS BUKU
Nama Sekolah : Sek.Men.Keb.Kandis                                                          
Kod sekolah: DEA 0039
1
Nama Guru
MUHAMAD ZAINI BIN ISMAIL
2
Judul
Pengurusan Bimbingan & Kaunseling
3
Pengarang
Mok Soon Sang
4. Bidang: Pengetahuan                  
     Profesional
5
Tarikh Pembentangan
24 Mei 2010
6. Masa   : 2.15 petang
7
Tempat Pembentangan
Bilik Wawasan
8.  Sinopsis                                                                                                                                     

            Buku ini mengandungi  12 bab, dimulai dengan Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia dan diikuti dengan teori-teori kaunseling. Pembaca akan mendapat pengetahuan bagaimana menjalankan Kaunseling Individu dan Kelompok serta Penyediaan Inventori dan Rekod.

            Masalah disiplin berlaku kerana berlaku konflik dan tekanan dalam diri pelajar. Pengurusan konflik secara berkesan dijangka dapat mengubah tingkah laku pelajar ke arah yang lebih baik berdasarkan norma-norma yang diterima masyarakat..
          Bimbingan secara berkesan dapat melahirkan pemimpin yang berkesan.Ia juga boleh mewujudkan komunikasi berkesan ke arah Budaya Cemerlang di sekolah.

          Pengurusan stress secara berkesan pula  dapat mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kerana pelajar dan guru dapat melaksanakan tanggung jawab masing-masing tanpa tekanan dan melaksanakan kerja dengan gembira
         



9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

         Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru meningkatkan ilmu dalam bidang psikologi pendidikan


10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P
      Buku ini memberi kemahiran kepada para guru mengurus masalah pengajaran dan pembelajaran para pelajar dan juga masalah peribadi serta peluang melanjutkan pelajaran.





                                                BORANG SINOPOSIS BUKU
Nama Sekolah : Sek.Men.Keb.Kandis                                                          
1Kod sekolah:
DEA 0039

Nama Guru
MUHAMAD ZAINI BIN ISMAIL
2
Judul
BAGAIMANA MENYELESAIKAN KERJA
3
Pengarang
Edwin C.Bliss
4. Bidang: Pengetahuan                  
     Profesional
5
Tarikh Pembentangan

6. Masa   :
7
Tempat Pembentangan
Bilik Wawasan
8.  Sinopsis                                                                                                                                     

            Buku ini mengandungi  72 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang pengurus yang berkesan seperti pandai memilih keutamaan berhubung dengan matlamat mereka berbanding matlamat orang lain, nbelajar melindungi diri mereka daripada gangguan yang tidak dijangkakan, mereka belajar melegasi tugas merancang,memberikan tumpuan kepada perkara-perkara penting dan mengetepikan perkara remeh-temeh.
          Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan  bagaimana membuat laporan selepas tindakan, buruknya sifat kelam-kabut, modifikasi perlakuan, rintangan, beg kerja, kategori penggunaan masa, komunikasi, surat-menyurat,krisis , pengagihan kerja,system fail, keseronokan bekerja dan lain-lain lagi.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

         Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna terutama kepada pentadbir pendidikan


10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P
      Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah  mengurus masalah pengajaran dan pembelajaran para pelajar dan juga masalah pengurusan pendidikan.









BORANG SINOPOSIS BUKU
Nama Sekolah : Sek.Men.Keb.Kandis                                                          
1Kod sekolah:
DEA 0039

Nama Guru
MUHAMAD ZAINI BIN ISMAIL
2
Judul
PENGURUS YANG BAIK
3
Pengarang
C.Northcote Parkinson & M.K.Rustomji
4. Bidang: Pengetahuan                  
     Profesional
5
Tarikh Pembentangan

6. Masa   :
7
Tempat Pembentangan
Bilik Wawasan
8.  Sinopsis     

            Buku ini mengandungi  7 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang pengurus yang berkesan ialah pandai berkomunikasi dengan staff. Seorang pengurus yang hebat mesti pandai menjalin hubungan baik dengan pekerjanya,memahami potensi seriapm pekerjanya dan ketua mesti mempunyai perwatakan yang baik .
          Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan  bagaimana pengurus boleh mencungkil bakat setiap pekerja agar setiap individu boleh menyumbang kearah kemajuan organisasi. Seterusnya penulis mahukan seorang pengurus mestilah sentiasa meminta pendapat staff dan menghormati pendapatnya. Seorang pemimpin mesti berani, tidak menunjukkan kuasa, jangan mudah berpuashati dan berfikir sebelum bertindak.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

         Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna kerana setiap guru adalah pemimpin, pemimpin dalam kelasnya dan  pemimpin dalam organisasi sekolah.


10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P
      Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah  menjadi pemimpin yang berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.





BORANG SINOPOSIS BUKU
Nama Sekolah : Sek.Men.Keb.Kandis                                                          
1Kod sekolah:
DEA 0039

Nama Guru
MUHAMAD ZAINI BIN ISMAIL
2
Judul
HUBUNGAN SESAMA MANUSIA
3
Pengarang
C.Northcote Parkinson & M.K.Rustomji
4. Bidang: Pengetahuan                  
     Profesional
5
Tarikh Pembentangan

6. Masa   :
7
Tempat Pembentangan
Bilik Wawasan
8.  Sinopsis     

            Buku ini memberi panduan kepada kita bagaimana menjalin hubungan  dengan manusia lain. Sama ada kita ketua besar atau ketua kecil, amalkan tutup mulat iaiatu jika perkaram yang tidak perlu dihebohkan, maka jangan dihebohkan. Jangan ambil remeh perkara-perkara kecil, jikma staff sakit, bila dia hadir semula tanya tentang kesihatannya dan keadaa\n keluarganya kerana perkara yang kecil ini tentu memberi erti yang mendalam.
            Seorang penyelia yang mencurigai pekerjanya sukar mendapatkan pekerja yang baik. Kepercayaan dibalas dengan kepercayaan dan begitulah juga dengan kecurigaan.
            Seorang pemimpin amat disayangi orang yang dipimpin jika dia mengingati semua nama orang yang dipimpinnya.
            Spesifikasi kerja mesti jelas supaya setiap orang tahu tugas masing-masing.Jika pekerja melakukan kesalahan, mula-mula carilah sesuatu yang boleh dipuji, orang akan lebih bersedia menerima kritikan daripada seseorang yang menghargai kebaikan mereka, jika tidak mereka terus melenting.
            Tempoh hidup sangat singkat, mengapa tidak kita jadikan hidup ini suatu suasana yang indah dengansaling menghormati antara satu sama lain? Pernahkah anda terfikir apakah untungnya kita hidup dalam suasana tidak tenteram dan dipenuhi dengan pelbagai masalah dari hari ke hari? Tetapi sifat pilih kasih sangat menyakitkan hati.
            Sebenarnta bayanak ilimu pengurusan dan kemanusiaan dan kaunseling dlam buku ini dan aia amat berguna kepada para guru dan pengurus sekolah.


9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

         Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna kerana setiap guru dan perlu berhubung dengan manusia setiaop masa selagi kita hidup di alam fana ini.


10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P
      Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah  menjadi pemimpin yang berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.