Susu lebah ialah
bahan yang menyerupai susu, yang dikeluarkan oleh lebah- lebah muda
melalui mulutnya setelah memakan debunga (pollen) dan manisan bunga
(nectar) di dalam sarangnya. Warna susu lebah kuning kekuningan dan
putih keputihan. Berasa agak masam dan kaya dengan zat- zat makanan.
Ratu
lebah menjadikan susu lebah sebagai makananya dari ia dilahirkan
sehinggalah akhir hayatnya. Lebah biasa atau lebah pekerja menggunakan
madu sebagai makanannya. Saiz ratu lebah 2 kali ganda daripada saiz
lebah biasa dan ia bertelur sepanjang masa.
Susu lebah ialah
bahan yang menyerupai susu, yang dikeluarkan oleh lebah lebah muda
melalui mulutnya setelah memakan debunga (pollen) dan manisan bunga
(nectar) di dalam sarangnya. Warna susu lebah kuning kekuningan dan
putih keputihan. Berasa agak masam dan kaya dengan zat zat makanan.
Ratu
lebah menjadikan susu lebah sebagai makananya dari ia dilahirkan
sehinggalah akhir hayatnya. Lebah biasa atau lebah pekerja menggunakan
madu sebagai makanannya. Saiz ratu lebah 2 kali ganda daripada saiz
lebah biasa dan ia bertelur sepanjang masa.
Susu Lebah mengandubgi
vitamin A Vitamin B ,B1, B2, B3, B5, B6, B7, B8, B9, dan B12. Susu
lebah juga mengandungi vitamin C, vitamin D dan vitamin E.
Bahan terpenting didalam susu lebag ialah 10-HDA.
10-HDA mempunyai cirri anti-kanser : penemuan oleh Profesor Townsend dari Kanada ini disahkan oleh percubaan di China.
Institusi
yang menjalankan percubaab tersebut di China, ialah Institusi
Penyelidikan Industri Perubatan, Shanghai seperti yang dilaporkan dalam
majalah “The Medical Industry” Vol: 16(5), 1985, m/s, 27-29.
Dalam
percubaan ini, Susu lebah, dan 10-HDA yang diekstrak daripada Susu
lebah telah digunakan berasingan keatas tikus-tikus untuk mendedahkan
cirri-ciri antikanser yang ada pada Susu Lebah dan 10-HDA tersebut.
Jumlah Susu Lebah yang digunakan dalam percubaan adalah sebanyak 40 mg/ml. Jumlah 10-HDA yang digunakan adalah sebanyak 2 mg/ml.
Kumpulan A : Tikus disuntik dengan campuran Susu Lebah dan sel-sel kanser.
Kumpulan B : Tikus disuntik dengan campuran 10-HDA dan sel-sel kanser.
Kumpulan C : Tikus disuntik dengan sel-sel kanser sahaja.
Jangkamasa pemerhatian dan cerapan dibuat dalam masa 45 hari.
Keputusan:
Semua tikus dalam Kumpulan C (disuntik dengan sel kanser) mati dalam jangkamasa 16-18 hari.
Tikus
dalam kumpulan A dan Kumpulan B semuanya masih hidup. Ini menunjukkan
bahawa Susu Lebah dan 10-HDA mempunyai cirri-ciri anti kanser yang
ketara.
Walaupun bagaimanapun, seperti yang dinyatakan, penggunaan
10-HDA sendiri menunjukkan kesan anti kanser yang sama seperti Susu
Lebah ,. Ini menunjukkan kesan anti kanser dalam Susu Lebah datangnya
terutama daripada 10-HDA. Penemuan ini adalah bersamaan dengan penemuan
yang dibuat oleh Profesor Townsend daripada Kanada pada tahun 1960.
10-HDA sebagai bantuan baik untuk pesakit ketumbuhan otak yang dalam rawatan ubat-ubatan.
Hospital
No. 1 milik Institut Su-Zhou, China, mendedahkan melalui satu percubaab
kebolehan 10-HDA mengurangkan kesan kesakitan ekoran dari rawatan
ubat-ubatan yang digunakan untuk pesakit ketumbuhan otak.
Percubaan diatas dilaporkan dalaam Majalah Perubatan, yang dikeluarkan oleh Hospital China; (Isu 6, 1988; m/s 6-8).
Berikut adalah sedutan daripada laporan tersebut.
Sehingga
kini, BCNU dan CCNU menghasilkan hasil yang lebih baik daripada
lain-lain jenis ubat-ubatan (yang dibuat dari bahan kimia) dalam
rawatan tumor ‘malignant’ (menularkan dan merbahaya) dalam otak,
sekarang ini ia digunakan sebai pilihan pertama untuk rawatan tumor..
Walau
bagaimanapun, beberapa bahan kimia seperti BCNU dan CCNU menghasilkan
beberapa kesan sampingan yang buruk yang mencederakan sum-sum tulang.
Diadalam
percubaan tersebut 11 orang pesakit tumor malignant pada otak mengambil
bahagian. Pembedahan telah dijalankan untuk mengeluarkan tumor itu.
Selepas pembedahan, setiap pesakit diberi rawatan CCNU. Dalam masa
rawatan CCNU, pesakit juga diberi 10-HAD dengan kadar 400mg per dos, 3
dos setiap hari.
Dalam masa 6-7 minggu dalam pemerhatian, walaupun
sum-sum tulang mereka masih mengalami kerosakkan akibat daripada kesan
sampingan CCNU, tetapi kerosakan dapat dikurangkan, Ini menunjukkan
10-HDA berkeupayaan mengurangkan kesan sampingan daripada penggunaan
ubat-ubatan kimia.
Jadi jelas kepada kita, 10-HDA adalah satu
bantuan baik membantu pesakit tumor yang sedang menjalani rawatan
ubat-ubatan kimia. Ia juga membolehkan mereka mengambil lebih sedikit
ubat-ubatan dimana boleh merangsang peluang mereka mengatasi tumor.
No comments:
Post a Comment