Saturday, April 10, 2010

BERTAUBATLAH BANGSAKU

Rencana ini dipetik dari Laman Web Warga Perihatin dengan sedikit pembaikan.

Kita adalah Khalifah Allah di muka bumi. Di dunia kita diuji untuk mengetahui sejauh mana keimanan  kita. Mereka yang terpengaruh dengan ajakan syaitan, maka berperangailah macam syatan, memang tersangat teruk., memanglah benar bahawa secara ‘misal’ atau ‘mutasyabihat’nya perangai kita lebih teruk dari ‘Kera’ walaupun kita bukan berasal dari kera seperti yang didakwa oleh Darwin .. Allah beri bunga, ibarat satu sistem kehidupan yang indah, dengan harapan supaya kita guna pakai dan dapat memperelokkan sedikit perangai kita, agar berubah dari ‘kera’ kepada ‘perangai manusia’.
Malangnya kita semua campak saja ‘bunga’ itu. Maka jadilah kita ‘pelampau’ (thoghut) yang sentiasa menyondol macam babi. Apa larangan pun kita sondol saja. jadilah kita ibarat kera yang ‘ingkar suruhan‘, dan babi yang ‘melanggar larangan‘. (Al-Ma’idah ayat 60).
Hampir 300 ribu anak luar nikah telah didaftarkan. Sementara itu, hari-hari kita dimomokkan dengan berita buang bayi.  Berapa ramai lagikah bayi buangan yang tidak ditemui?, yang ikut naik lori? yang dimakan anjing dan babi? yang reput begitu tidak ditemui? yang masuk lubang tandas macam najis? yang sama ada terus hidup ataupun mati ditanam sebegitu saja tidak dilapurkan walaupun keluarga tahu, kerana malu.? Berapa ramai pula yang menggugurkan atau melakukan penyucian, flushing, pengguguran janin secara haram?
Tahukah anda bahawa ada pengadu yang mengaku telah menggugurkan 6 kali seusia 26 tahun? Nah, semua ini bukan saja menggambarkan kekejaman manusia yang lebih teruk dari kera dan babi, tetapi menampakkan gejala zina yg sudah tidak terkawal lagi.
3
Warga Prihatin (WP) sendiri pernah menyelamatkan kes bayi tandas ini dan tidak dilaporkan oleh pihak keluarga. WP mampu berkata kerana telah terlibat secara langsung dalam usaha menanganinya.
Nasihat WP untuk anak-anak gadis yang “sedang” seronok menikmati seks bebas ini, anda tengoklah kesemua gambar-gambar ini, biarpun mengerikan, supaya ianya ‘berbekas’ di hati. Kalau anda  tengok satu-satu walaupun keluar berita setiap hari, ia tidak akan berbekas dan terkesan di hati…!!!
Kalaulah ada niat nak mencuba atau nak meneruskan tabiat maksiat itu di musim cuti Tahun Baru China dan ‘Valentine’ , bayangkan deritanya melahirkan anak sendirian di tandas, betapa malunya diri, keluarga, agama, negara dan bangsa ini selamanya..!. Bayangkan betapa besarnya dosa yang akan di ‘ungkit’ sepanjang hayat..?, Bayangkan pertemuan anak itu dengan anda di akhirat nanti..! Bayangkan besarnya laknat ‘Pencipta’ terhadap anda..!.
Jangan sibuk menyalahkan pihak lelaki dan pihak-pihak lain apabila anda telah hamil dan kononnya telah teraniaya. bukan hanya ‘mereka’ yang jahat, atau kononnya ‘tidak bertanggung jawab’, tetapi kita yang sebenarnya BODOH kerana menyerahkan diri dengan mudah kepada orang yang anda tahu memang jahat serta tidak akan ‘bertanggung jawab’, namun anda sengaja mengundang masalah…  Oleh itu, salahkanlah diri sendiri.
Firman Allah dalam surah Al Israa’ ayat 15.
“Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng’azab sebelum Kami mengutus seorang rasul”.
Bayi ditemui hampir reput dan berulat.
Bayi ditemui hampir reput dan berulat.
Kalau pun tidak mahu berperangai seperti manusia yang berakal, kekallah jadi haiwan yang lumrah, iaitu yang menyayangi anaknya.! Janganlah kita jadi lebih teruk daripada haiwan..! (Al-A’raf, 176, 179). Jika anda telah benar-benar buntu, kami tawarkan anda datanglah ke Rumah Pengasih WP untuk dapatkan nasihat, kami ‘bersedia mendengar dan membantu’. Itu lebih baik bagi kami, daripada kami mati sakit jantung, sedih melihat kejadian sebegini ’semakin menjadi-jadi’.
Kalau anda berani dan yakin, tanyakan di wall Facebook “Warga Prihatin” atau di Group “Applied Science of AQ & Sunnah – Tajdid Muslim“, atau inbox/email/sms DrMasjuki atau mana-mana WP (samada bapa2/ibu2). Masih ada yg menyayangi kalian, jangan rosakkan lagi keadaan yang sudah rosak ini…!!!
Sementara itu, terdapat sekitar 200 gambar-gambar berkaitan Topik ini dan perbincangan panjang lebar tentangnya di Facebook tersebut dan FB “DrMas Mohd“. Sila klik nama-nama akaun Facebook  tersebut untuk melayarinya. Semoga kita dapat menjawab soalan Allah kerana telah melakukan yang terbaik dan apa yang termampu untuk mengatasi masalah ini. Sebarkanlah peringatan ini seluas mungkin kerana jika tidak sekarang ia mungkin akan mengenai diri kita, anak cucu, sanak saudara kita esok lusa.

No comments: