Sunday, April 11, 2010

ANCAMAN JEWS

Assalamualaikum.
Bismillah hirrahmanirrahim.

Umat Islam sekarang menghadapi ancaman hebat daripada Jews. Masjid al-Aqsa telah dirampas oleh mereka walaupun masjid tersebut merupakan tempat suci ketiga umat Islam. Kini mereka giat membina petempatan haram di Tebing Barat walaupun ditentang oleh PBB. Penduduk Palestine bersenjatakan batu mana mampu menentang tentera Israel yang lengkap  dengan senjata yang sofistikated.

    Resolusi demi resolusi yang diluluskan oleh PBB nampaknya tidak meninggal bekas kepada regim Yahudi kerana mereka mempunyai orang kuat di belakangnya iaitu A merika Syarikat. Amerika yang menjadi harapan dunia nampaknya mengamalkan "double standard" dengan membenarkan Israel mengganas di bumi Palestine tetapi  pada masa yang sama melancarkan kempen antikeganasan di Afganistan, Iraq dan lain-lain negara yang mempunyai terdapat pejuang Islam.

    Presiden Obama yang daripada Parti Demokrat yang diharapkan memberi sinar baru kepada keamanan dunia nampaknya masih meneruskan dasar Presiden George Bush J.R. Pusat tahanan Guantanamoa Bay masih beroperasi, Iraq masih bergolak, begitu juga Afghanistan.

     Selepas era Perang Dingin, Rusia telah hilang taringnya dan tidak dapat mengimbangi kekuatan tentera USA dan dunia dengan "unileteral power" memang membimbangkan kerana tiada "check and ballance"

     Umat Islam seharusnya menyalahkan diri sendiri atas penindasan kuasa barat ke atas mereka. Mereka tidak bersatu, masing-masing ingin menjaga kepentingan masing-masing, bukannya untuk mengangkat martabat Islam sebagai agama yang syumul, agama yang menjamin kebahagian dunia dan akhirat. Selagi Umat Islam tidak bersatu,selagi itulah kita Umat Islam akan ditindas dan dihina oleh kuasa kuffar.

Marilah kita sama-sama bangkit menegakkan agama Islam, menghancurkan musuh-musuh Islam yang semakin berani selepas kejatuhan Soviet Union 1991. Sehingga kini nampaknya Iran sahaja yang menjadi harapan umat Islam untuk mengimbangi kuasa barat dan Israel. Kekacauan terbaru di Asia Tengah diharapkan mengurangkan tekanan USA terhadap umat Islam. Marilah kita sama-sama berdoa agar Islam kembali menerajui dunia demi keamanan sejati seperti yang pernah dikecapi semasa era pemerintahan Rasulullah, Khalifah al-Rasyidin, Umayyah dan Abbasiyyah serta Uthmaniah.




Wassalam.

Saturday, April 10, 2010

BERTAUBATLAH BANGSAKU

Rencana ini dipetik dari Laman Web Warga Perihatin dengan sedikit pembaikan.

Kita adalah Khalifah Allah di muka bumi. Di dunia kita diuji untuk mengetahui sejauh mana keimanan  kita. Mereka yang terpengaruh dengan ajakan syaitan, maka berperangailah macam syatan, memang tersangat teruk., memanglah benar bahawa secara ‘misal’ atau ‘mutasyabihat’nya perangai kita lebih teruk dari ‘Kera’ walaupun kita bukan berasal dari kera seperti yang didakwa oleh Darwin .. Allah beri bunga, ibarat satu sistem kehidupan yang indah, dengan harapan supaya kita guna pakai dan dapat memperelokkan sedikit perangai kita, agar berubah dari ‘kera’ kepada ‘perangai manusia’.
Malangnya kita semua campak saja ‘bunga’ itu. Maka jadilah kita ‘pelampau’ (thoghut) yang sentiasa menyondol macam babi. Apa larangan pun kita sondol saja. jadilah kita ibarat kera yang ‘ingkar suruhan‘, dan babi yang ‘melanggar larangan‘. (Al-Ma’idah ayat 60).
Hampir 300 ribu anak luar nikah telah didaftarkan. Sementara itu, hari-hari kita dimomokkan dengan berita buang bayi.  Berapa ramai lagikah bayi buangan yang tidak ditemui?, yang ikut naik lori? yang dimakan anjing dan babi? yang reput begitu tidak ditemui? yang masuk lubang tandas macam najis? yang sama ada terus hidup ataupun mati ditanam sebegitu saja tidak dilapurkan walaupun keluarga tahu, kerana malu.? Berapa ramai pula yang menggugurkan atau melakukan penyucian, flushing, pengguguran janin secara haram?
Tahukah anda bahawa ada pengadu yang mengaku telah menggugurkan 6 kali seusia 26 tahun? Nah, semua ini bukan saja menggambarkan kekejaman manusia yang lebih teruk dari kera dan babi, tetapi menampakkan gejala zina yg sudah tidak terkawal lagi.
3
Warga Prihatin (WP) sendiri pernah menyelamatkan kes bayi tandas ini dan tidak dilaporkan oleh pihak keluarga. WP mampu berkata kerana telah terlibat secara langsung dalam usaha menanganinya.
Nasihat WP untuk anak-anak gadis yang “sedang” seronok menikmati seks bebas ini, anda tengoklah kesemua gambar-gambar ini, biarpun mengerikan, supaya ianya ‘berbekas’ di hati. Kalau anda  tengok satu-satu walaupun keluar berita setiap hari, ia tidak akan berbekas dan terkesan di hati…!!!
Kalaulah ada niat nak mencuba atau nak meneruskan tabiat maksiat itu di musim cuti Tahun Baru China dan ‘Valentine’ , bayangkan deritanya melahirkan anak sendirian di tandas, betapa malunya diri, keluarga, agama, negara dan bangsa ini selamanya..!. Bayangkan betapa besarnya dosa yang akan di ‘ungkit’ sepanjang hayat..?, Bayangkan pertemuan anak itu dengan anda di akhirat nanti..! Bayangkan besarnya laknat ‘Pencipta’ terhadap anda..!.
Jangan sibuk menyalahkan pihak lelaki dan pihak-pihak lain apabila anda telah hamil dan kononnya telah teraniaya. bukan hanya ‘mereka’ yang jahat, atau kononnya ‘tidak bertanggung jawab’, tetapi kita yang sebenarnya BODOH kerana menyerahkan diri dengan mudah kepada orang yang anda tahu memang jahat serta tidak akan ‘bertanggung jawab’, namun anda sengaja mengundang masalah…  Oleh itu, salahkanlah diri sendiri.
Firman Allah dalam surah Al Israa’ ayat 15.
“Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng’azab sebelum Kami mengutus seorang rasul”.
Bayi ditemui hampir reput dan berulat.
Bayi ditemui hampir reput dan berulat.
Kalau pun tidak mahu berperangai seperti manusia yang berakal, kekallah jadi haiwan yang lumrah, iaitu yang menyayangi anaknya.! Janganlah kita jadi lebih teruk daripada haiwan..! (Al-A’raf, 176, 179). Jika anda telah benar-benar buntu, kami tawarkan anda datanglah ke Rumah Pengasih WP untuk dapatkan nasihat, kami ‘bersedia mendengar dan membantu’. Itu lebih baik bagi kami, daripada kami mati sakit jantung, sedih melihat kejadian sebegini ’semakin menjadi-jadi’.
Kalau anda berani dan yakin, tanyakan di wall Facebook “Warga Prihatin” atau di Group “Applied Science of AQ & Sunnah – Tajdid Muslim“, atau inbox/email/sms DrMasjuki atau mana-mana WP (samada bapa2/ibu2). Masih ada yg menyayangi kalian, jangan rosakkan lagi keadaan yang sudah rosak ini…!!!
Sementara itu, terdapat sekitar 200 gambar-gambar berkaitan Topik ini dan perbincangan panjang lebar tentangnya di Facebook tersebut dan FB “DrMas Mohd“. Sila klik nama-nama akaun Facebook  tersebut untuk melayarinya. Semoga kita dapat menjawab soalan Allah kerana telah melakukan yang terbaik dan apa yang termampu untuk mengatasi masalah ini. Sebarkanlah peringatan ini seluas mungkin kerana jika tidak sekarang ia mungkin akan mengenai diri kita, anak cucu, sanak saudara kita esok lusa.

Monday, April 5, 2010

zina berleluasa

Assalamualaikum warahmatullah,

Baru-baru ini, saya membaca berita yang amat menyedihkan, statistik anak tak sah taraf di kalangan bangsa Melayu adalah yang kedua paling tinggi untuk tahun 2009, iaitu seramai 17,303 orang, di belakang kaum-kaum lain. Ini juga bermakna, ± 47 bayi berketurunan Melayu dilahirkan setiap hari sepanjang tahun 2009!

Statistik ini tidak termasuk bayi yang dilahirkan hidup, kemudian mati akibat ditinggalkan di tempat pembuangan sampah, surau, tandas dan sebagainya. Statistik ini juga tidak termasuk bayi-bayi yang digugurkan dan dirahsiakan kematiannya (dibuang dan tidak dijumpai). Jika disebut Melayu, kebiasaannya beragama Islamlah. Amat menyedihkan kerana saban tahun kita disogokkan dengan berita yang menyedihkan ini, namun MALANGNYA, statistik ini terus meningkat.


Saya percaya, kelahiran bayi-bayi tidak sah taraf ini akibat kurangnya perisian agama di kalangan kaum Melayu yang beragama Islam dan terlalu mudah percaya dan TERPEDAYA dengan pujuk-rayu lelaki yang suka MEMPERDAYA bertunjangkan nafsu.

Bercakap tentang terpedaya dan memperdaya, mari kita lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh LPPKN. Menurut laporan LPPKN yang disiarkan di HMetro 19/03/2010 yang saya baca, matlamat cinta remaja lelaki tidak sama dengan remaja perempuan kerana ia bersandar keinginan seksual dan mahu menyahut cabaran rakan sebaya tetapi tidak sanggup bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.
Antara maklum balas yang diberikan remaja lelaki dalam kajian dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ke atas pelajar di lima sekolah menengah di negara ini, sekiranya teman wanita hamil, mereka akan menuduh kehamilan disebabkan perempuan itu mengadakan hubungan dengan lelaki lain, melarikan diri malah sanggup membunuh untuk menghapuskan bukti.
Sedangkan remaja perempuan beranggapan teman lelaki akan menjadi suami dan ini menyebabkan mereka sanggup menyerahkan jiwa dan raga tanpa mengetahui matlamat cinta remaja lelaki.
Akibat kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam perhubungan antara wanita dan lelaki menyebabkan kes kehamilan turut membabitkan remaja perempuan yang mempunyai tahap akademik yang baik. Kes kehamilan di kalangan remaja turut membabitkan mereka yang mempunyai kelayakan akademik tinggi kerana kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam soal berkenaan menyebabkan mereka gagal mengawal emosi dan tekanan terhadap perasaan dan akhirnya terperangkap.
Oleh itu, adalah tanggungjawab ibu bapa menerangkan dan memantau kegiatan anak-anak remaja tanpa memberi kelonggaran kepada anak lelaki mahupun perempuan.

[NB : Wahai perempuan, janganlah terlalu mudah terpedaya dengan janji palsu... Wahai lelaki, usahlah memperdaya dan pandai merayu jika hanya kerana setitis madu..]

Izinkan saya titipkan hadis berkaitan yang dikirimkan oleh saudara Hizamri, seorang sahabat al-Falaah egrup. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah.” (Hadis riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya)

Dalam hadis lain, dengan isnad yang sahih, ditambah; amalan riba. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Di ambang kiamat nanti, akan zahir zina, riba dan juga arak.”

Zina juga dapat menarik bala bencana dan malapetaka, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah.” (Hadis riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya)

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana keldai. Aku bertanya: Sesungguhnya itu akan terjadi? Jawab baginda: Ya, nescaya akan terjadi.” (Hadis riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan al-Tabarani, hadis sahih)

Daripada Maimunah r.a. berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.” (Hadis riwayat Ahmad, kata al-Munziri - 3/265: isnadnya hasan)

Statitstik terus meningkat dari tahun ke tahun


Mari kita lihat statistik pembuangan bayi antara tahun 2000 sehingga 2006 pula. Menurut laporan PDRM, sebanyak 580 orang bayi telah dibuang, majoriti 92% (532 kes) adalah bayi baru lahir, sementara 8% (48) adalah janin. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula, terdapat peningkatan ketara dalam kes pembuangan bayi yang dilaporkan seperti jadual di bawah :



Perlu diingatkan, statistik yang dikumpulkan di atas bukanlah bertujuan untuk 'berbangga' dengan pencapaian anak-anak Melayu, sebaliknya untuk kita sama-sama selami, apakah peranan kita dalam mengurangkan statistik sedia ada. Saya mencadangkan, jika kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa sumbangan, elok juga risalah ini disebarkan kepada setiap kenalan kita, mudah-mudahan ada yang mengambil perhatian dan berfikir banyak kali untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai peradaban manusia dan bertentangan pula dengan hukum syarak.

Isu buang bayi perlu pendekatan holistik


Secara umumnya, masyarakat Malaysia seolah-olah hanya mampu menyatakan rasa kesal, mengecam tindakan zalim berkenaan yang dikatakan tidak bertanggungjawab, menuding jari menyalahkan remaja yang dikatakan semakin sumbang perlakuan mereka. Adakah kerana bayi malang itu dianggap hasil perzinaan, dikandung tanpa dirancang dan tidak dikehendaki oleh ibu mereka, tanpa bapa yang sanggup melindungi lalu kemudian dibiarkan atau dibuang untuk menutup aib dan malu, maka kematian mereka tidak harus dibela?

Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, mengutuk keras perbuatan berkenaan, menegaskan bahawa setiap bayi berhak disambut kelahirannya oleh pasukan perubatan yang terlatih di premis kesihatan yang serba lengkap untuk mengendalikan sebarang kecemasan.

Setiap bayi berhak disambut kelahirannya oleh pasukan perubatan yang terlatih di premis kesihatan yang serba lengkap untuk mengendalikan sebarang kecemasan. Setiap ibu yang hamil, berhak mendapatkan jagaan kehamilan yang sempurna untuk mempastikan kesihatan ibu dan anak terjaga sepanjang kehamilan. Setiap bayi yang baru lahir yang ditemui mati terdampar, dikira satu kematian neonatal (bayi berusia tidak lebih empat minggu).

Awal Julai 2009, dilaporkan penemuan mayat reput seorang wanita muda di bilik asrama salah sebuah IPT di selatan tanahair, bersama bayi yang dilahirkannya sendirian. Kematian ibu muda yang melahirkan bayi tanpa bantuan perubatan ini perlu dilihat sebagai satu kematian ibu (maternal mortality) yang sepatutnya boleh dielakkan (avoidable) sekiranya jagaan kesihatan dan perubatan dapat diberikan sebagaimana lazimnya. Kejadian begini sangat memilukan dan sepatutnya dijadikan teladan kepada kita semua.

Katanya, sama ada suka atau tidak, mahu atau sebaliknya ibu dan bayi perlu diberikan perhatian tanpa mengambil kira bayi itu dihasilkan menerusi cara halal atau haram.

Prof Madya Dr Harlina Haliza Siraj berpandangan, pendekatan yang lebih pragmatik dan SERIUS perlu segera diambil dalam menangani isu pembuangan bayi. Ia tidak boleh dilihat dari sudut pandangan gejala sosial dan seksual semata-mata, sebaliknya pendekatan tersebut mestilah holistik dan menjurus kepada penyelesaian akar umbi masalah, dengan menekan kedua-dua aspek pencegahan (preventive) dan rawatan (prescriptive) secara serentak.

Beliau yang mewakili JIM menuntut semua pihak memainkan peranan yang lebih bertanggungjawab dalam usaha mencegah gejala sosial ini.
  1. Ia mesti bermula pada tahap individu yang harus diperkayakan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran membuat keputusan yang bijak, bertanggungjawab berkaitan aspek seksualitinya. Setiap individu MESTI mempunyai daya tahan, disiplin serta integriti yang tinggi dalam mengendalikan emosi dan keinginan nafsu syahwatnya.

  2. Usaha mesti dipertingkatkan agar institusi keluarga dan masyarakat kembali membangunkan sistem nilai dan disiplin hidup yang mampu mengawal tingkah-laku ahli-ahlinya.

  3. Pihak berwajib MESTI mengekang sebarang aktiviti dan kegiatan yang membuka peluang luas yang membawa kepada berlakunya perzinaan seperti pergaulan bebas, hiburan tanpa batas dan gaya hidup hedonistik yang menggalakkan penagihan dadah, alkohol dan seks.

  4. Strategi mendidik dan menyeru masyarakat untuk kembali mengamalkan ajaran agama yang menekankan gaya hidup yang murni mesti dilipatgandakan dan menjadi keutamaan di setiap peringkat, dari yang paling atas iaitu pucuk pimpinan negara sehinggalah kepada rakyat jelata.
Mekanisme pastikan 'bapa' bertanggungjawab

Sekalipun langkah pencegahan dijalankan, akan tetap ada ahli masyarakat yang akan terjerumus mengamalkan gaya hidup seksual berisiko tinggi. Pergaulan bebas yang berakhir dengan perzinaan sering kali mengakibatkan kehamilan yang tidak dikehendaki, di samping komplikasi lain seperti pembuangan dan pembunuhan bayi, pengguguran janin, penyakit jangkitan kelamin, HIV/Aids dan keganasan seksual.

Melihat penyelesaian yang dilaksanakan oleh masyarakat Barat, hasil akhir yang dijangka ialah bayi yang ditinggalkan akan diserahkan kepada keluarga angkat. Masyarakat Malaysia menentang langkah yang diguna pakai oleh Barat kerana dikhuatiri menggalakkan pembuangan bayi secara berleluasa. Namun apakah kita mahu melihat lebih ramai bayi dibuang di dalam longkang, pagar masjid atau di hadapan rumah kita?

Dalam konteks ini, JIM mencadangkan pendekatan rawatan (prescriptive) mestilah diambil bagi menangani isu di atas :

1. Setiap janin dan bayi, sekalipun yang terhasil dari perzinaan mesti diberi peluang dan hak untuk hidup. ini berpandukan kepada sirah Rasulullah SAW di mana seorang wanita al-Ghamidiyah mengaku hamil selepas berzina dan meminta dilaksanakan hukuman hudud ke atasnya. Namun Rasulullah SAW menangguhkan hukuman tersebut untuk memberi peluang bayi itu dilahirkan dengan selamat dan selesai tempoh penyusuannya.

Jelas betapa Islam mengambil pendekatan melindungi dan membela bayi yang tidak berdosa, selari dengan intipati ajarannya sebagai 'rahmatalil 'alamin' (rahmat untuk sekalian alam). Langkah praktikal mesti segera diambil untuk mengelakkan ibu yang hamil akibat perzinaan dalam masyarakat hari ini tidak berfikiran panjang lalu mengambil keputusan melulu membuang dan membunuh bayi yang baru dilahirkan.

2. Setiap wanita yang hamil, sama ada yang sudah sah berkahwin ataupun belum, MESTI mendapatkan jagaan antenatal di pusat kesihatan berhampiran secara berkala untuk memastikan kesejahteraannya dan janin dalam kandungan terpelihara. Wanita yang menyembunyikan kehamilannya (concealed pregnancy ) sering kali berhadapan dengan risiko komplikasi seperti cubaan menggugurkan kehamilan, kepucatan, pre-eklampsia, kelahiran pramatang atau kematian ketika melahirkan. Mereka mesti bertanggungjawab terhadap kesihatan diri mereka sendiri dan tidak seharusnya mempertaruhkan nyawa mereka melalui kehamilan dan kelahiran sendirian.

Sementara itu, meletakkan kesalahan pada bahu wanita semata-mata tidak seharusnya berlaku kerana mungkin dalam keadaan tertentu wanita berkenaan menjadi mangsa. Pasangan lelaki yang terbabit dalam perzinaan sehingga menyebabkan kehamilan MESTI dipertanggungjawabk an. Perkembangan kajian saintifik yang membabitkan DNA dan genetik hari ini membolehkan pembuktian terhadap asal-usul keturunan manusia dibuat. Satu mekanisme perundangan perlu diusahakan agar pasangan lelaki yang terlibat dalam perzinaan TIDAK boleh SEWENANG-WENANGNYA lepas tangan dari memikul tanggungjawab yang sepatutnya.

Melihat kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat kita, lelaki tersebut dibiarkan bebas dan nescaya, dia boleh mengulangi perbuatan zina dengan teman wanita yang baru pula. [NB : Mentang-mentanglah bukan perut dia yang buncit!] Melihat senario hari ini, sudah tiba masanya agar tindakan keras di bawah undang-undang sivil dikenakan ke atas lelaki terbabit. Adalah tidak adil jika hanya pihak perempuan sahaja yang menanggung sengsara. Tanpa benih daripada lelaki, maka anak tidak sah itu tidak akan lahir. Jadi, kedua-dua pihak perlu dikenakan tindakan. Ibu bapa kepada remaja lelaki dan perempuan terbabit juga wajar dikenakan tindakan. Setidak-tidaknya, kaunseling diberi kepada mereka agar mereka turut berasa bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ke atas anak masing-masing.

3. Pimpinan negara dan agensi kerajaan yang berkenaan MESTI mengambil langkah menyediakan tempat perlindungan yang mampu membimbing wanita yang hamil di luar nikah menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

Jagaan antenatal boleh dijalankan dengan baik, kelahiran bayi dikendalikan oleh mereka yang terlatih dan proses pengangkatan bayi melalui saluran yang formal dapat dibuat sekiranya si ibu mahu menyerahkan bayinya kepada orang lain.

Bagaimanapun, pusat perlindungan ini tidak boleh berfungsi sebagai pusat transit atau ‘one-stop centre’ yang menjadi tempat persinggahan sementara bagi wanita yang hamil di luar nikah semata-mata untuk melahirkan bayi saja. Cadangan pendekatan rawatan diharap dapat memberi ruang dan peluang kedua kepada mereka yang terlanjur untuk bertaubat, tidak mengulangi perbuatan sama dan kembali ke pangkal jalan menjalani kehidupan menurut kehendak syariah dengan kerahmatan Islam.

INFO: Lokasi buang bayi

• Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah, saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.

• Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap simpati pelakunya. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan kezaliman, bayi akan dipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan bukti kelahiran. Pelaku yang masih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati bayi mereka dengan menyelimut, diberi susu dan diletakkan di tangga surau atau di hadapan rumah orang yang berpengaruh.

• Pelaku membuang bayinya di tempat tertentu kerana tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan kelahiran, malah lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14 atau 15 tahun kerana keadaan mental dan fizikal mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran berkenaan.

• Dalam kes pembuangan bayi, negara Barat mengambil pendekatan memperkenalkan pendidikan seksual di sekolah. Jerman antara negara yang berusaha mengatasi masalah ini dengan pelbagai cara. Selain pendidikan seks, Jerman memperkenalkan “Baby’s Craddle” untuk mereka yang tidak tahu ke mana hendak membuang bayi yang baru lahir. Kaedah ini dipraktikkan di tempat terpilih khususnya hospital dan dipantau oleh kamera litar tertutup sepanjang masa. Sasaran utama ialah ibu muda yang ketakutan dan panik supaya anak yang dilahirkan akan diberi penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Bayi yang diletakkan di Baby’s Craddle akan diambil oleh jururawat bertugas dalam masa dua minit. Ibu muda berkenaan diberi tempoh lapan minggu untuk menuntut anaknya dan tempoh ini cukup untuk menstabilkan emosi dan fizikalnya.

• Di Amerika Syarikat, kerajaan membantu ibu muda untuk meletakkan bayi yang baru dilahirkan di tempat terpilih seperti hospital, balai bomba, agensi kebajikan swasta atau agensi anak angkat. Ibu atau orang yang meninggalkan bayi berkenaan tidak perlu memberi butir terperinci. Penjagaan seterusnya diambil alih oleh kerajaan. Jika ibu atau bapa tidak menuntut bayi berkenaan dalam tempoh tiga bulan, hak ibu bapa boleh ditamatkan dan anak berkenaan boleh diberi kepada keluarga angkat.

• Rasional kebenaran seperti ini untuk mengelakkan bayi dibuang di merata tempat yang boleh membahayakan diri dan mengelakkan mati sebelum dijumpai. Dalam kebanyakan kes, mayat bayi dijumpai di tempat yang yang sangat menyedihkan. Melalui undang-undang Safe Haven yang diperkenalkan, ibu muda dibenarkan untuk meninggalkan bayi mereka tanpa dikenakan tuduhan jenayah. Pada masa yang sama mendidik masyarakat untuk menghargai nyawa dan kehidupan tanpa mengira siapa dan di mana. Kesedaran masyarakat terhadap undang-undang Safe Haven ini turut dibantu oleh jaringan ibu bapa yang menyedari keperluan memberi bantuan dan sokongan kepada remaja terbabit.

Apa perlu dilakukan jika pelajar dikesan hamil?

CIKGU Jasmin (bukan nama sebenar) terpanggil menceritakan pengalaman pelajar sekolah menengah tempatnya mengajar melahirkan anak di rumah tanpa pengetahuan ibu bapa membuktikan mana-mana remaja yang terdesak tidak tahu ke mana arah dan tuju mendapat bantuan. Takut, bimbang, malu bercampur baur menjadikan tindakan diambil selalunya tidak terjangkau oleh fikiran waras.

Kisah berlaku di sebuah sekolah di luar bandar. Menceritakan kepada penulis, katanya, pelajar berkenaan dikenali sebagai Z, tidak nampak tanda-tanda pelajar nakal. Pelajar berkenaan bersekolah di sekolah menengah A sejak tingkatan 1. Keputusan PMR tidak begitu membanggakan, tetapi tetap meneruskan persekolahan ke tingkatan empat sekolah sama. Bagaimanapun ketika awal tingkatan 4 beliau memohon mengikuti pelajaran ke sekolah swasta di sebelah Pantai Timur dengan alasan lebih privasi, atas sokongan keluarga. Di situlah beliau mengandung.

“Tidak lama di situ beliau berhenti, mungkin kerana sudah mengetahui dirinya hamil. Z menyambung pengajian di sekolah menengah A semula. Memang pelajar ini bertubuh besar. Bukan saja pihak sekolah tidak tahu beliau hamil, sebaliknya ibunya yang juga berkhidmat di sebuah hospital, langsung tidak mengetahui dia hamil,” katanya. Dalam temuramah dengan ibu pelajar berkenaan, Cikgu Jasmin berkata, ibu Z tidak tahupun anaknya melahirkan bayi berkenaan di dalam bilik di rumahnya.

“Z melahirkan anak berkenaan dalam bilik. Ketika melahirkan anak berkenaan A hanya memutuskan tali pusat bayi itu dengan hanya memutuskannya merentap menggunakan tangannya, hinggakan bayi berkenaan mengalami masalah di bahagian tali pusat. Ketika bayi menangis A akan memberikan susu formula orang dewasa kerana tidak tahu menguruskannya. A juga mempunyai tabiat memasang radio kuat hingga ‘kegiatannya’ sukar dikesan ibu sendiri yang bekerja sebagai jururawat desa. Bagaimanapun cerita itu akhirnya terbongkar apabila A didapati semakin lemah dan ibunya membawanya ke hospital. Di hospital semua perlakuannya itu terbongkar,” katanya ringkas.

Pendedahan Cikgu Jasmin boleh menimbulkan pelbagai persoalan, seperti bagaimana pihak sekolah dan ibu bapa menangani isu sebegini. Adakah pelajar dibenarkan bersekolah walaupun hamil, dan bagaimana pula cuti bersalin? Beliau berharap pihak berkaitan boleh bersama-sama memikirkan isu ini dan mencari jalan terbaik menanganinya.

Mungkin agak sukar untuk kita mengaplikasikan ke semua cadangan JIM di atas, tetapi kita sebagai ibu bapa yang mempunyai anak remaja tidak kira lelaki dan perempuan patut memberikan pendedahan kepada anak-anak tentang perbezaan lelaki dan perempuan dalam pertanggungjawapan mereka dalam perhubungan intim tanpa ikatan perkahwinan yang sah.  Saya yakin, jika setiap ibu bapa 'membersihkan isi rumah dan halaman masing-masing' , tentu seluruh negara akan bersih, insya Allah!

Renung-renungkan!

NB : Sekiranya anda ingin menyumbang kepada usaha Wanita JIM, hubungi Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah di Lot 300.2, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur. Boleh juga hubungi talian 03-41073379 atau kunjungi laman web www.raudhatussakina hpusat.blogspot. com dan www.jim.org. my untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber : HMetro 19/03/2010 dan BHarian 09/03/2010

Capaian entry berkaitan :
  1. 17,303 anak luar nikah MELAYU didaftar 2009
  2. Bahana nafsu
  3. Buang bayi luar nikah bukan penyelesai masalah
  4. Pendidikan seks ikut Islam tangani kemelut sosial
  5. Kaedah umum didik anak - lelaki & perempuan
  6. Kain Putih Apa Coraknya?
  7. Bayi dibuang diselamatkan
  8. Jenayah buang bayi salah siapa?
  9. Benih cinta yang tidak dihargai
  10. Kaunseling remaja hamil
  11. Lelaki pencetus zina perlu menerima hukuman sewajarnya
  12. Hukuman mesti lebih berat
  13. Apa dosa bayi perempuan ini?
  14. Rendam bayi: Teman lelaki wanita akan diburu
  15. Misteri lubang tandas tersumbat terjawab
  16. Anak luar nikah meningkat
--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman- seri.blogspot. com
http://little- kiosk.blogspot. com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Thursday, April 1, 2010

SUSU DAN KANSER

Susu lebah ialah bahan yang menyerupai susu, yang dikeluarkan oleh lebah- lebah muda melalui mulutnya setelah memakan debunga (pollen) dan manisan bunga (nectar) di dalam sarangnya. Warna susu lebah kuning kekuningan dan putih keputihan. Berasa agak masam dan kaya dengan zat- zat makanan.

Ratu lebah menjadikan susu lebah sebagai makananya dari ia dilahirkan sehinggalah akhir hayatnya. Lebah biasa atau lebah pekerja menggunakan madu sebagai makanannya. Saiz ratu lebah 2 kali ganda daripada saiz lebah biasa dan ia bertelur sepanjang masa.

Susu lebah ialah bahan yang menyerupai susu, yang dikeluarkan oleh lebah lebah muda melalui mulutnya setelah memakan debunga (pollen) dan manisan bunga (nectar) di dalam sarangnya. Warna susu lebah kuning kekuningan dan putih keputihan. Berasa agak masam dan kaya dengan zat zat makanan.
Ratu lebah menjadikan susu lebah sebagai makananya dari ia dilahirkan sehinggalah akhir hayatnya. Lebah biasa atau lebah pekerja menggunakan madu sebagai makanannya. Saiz ratu lebah 2 kali ganda daripada saiz lebah biasa dan ia bertelur sepanjang masa.
Susu Lebah mengandubgi vitamin A Vitamin B ,B1, B2, B3, B5, B6, B7, B8, B9, dan B12. Susu lebah juga mengandungi vitamin C, vitamin D dan vitamin E.
Bahan terpenting didalam susu lebag ialah 10-HDA.
10-HDA mempunyai cirri anti-kanser : penemuan oleh Profesor Townsend dari Kanada ini disahkan oleh percubaan di China.
Institusi yang menjalankan percubaab tersebut di China, ialah Institusi Penyelidikan Industri Perubatan, Shanghai seperti yang dilaporkan dalam majalah “The Medical Industry” Vol: 16(5), 1985, m/s, 27-29.
Dalam percubaan ini, Susu lebah, dan 10-HDA yang diekstrak daripada Susu lebah telah digunakan berasingan keatas tikus-tikus untuk mendedahkan cirri-ciri antikanser yang ada pada Susu Lebah dan 10-HDA tersebut.
Jumlah Susu Lebah yang digunakan dalam percubaan adalah sebanyak 40 mg/ml. Jumlah 10-HDA yang digunakan adalah sebanyak 2 mg/ml.
Kumpulan A : Tikus disuntik dengan campuran Susu Lebah dan sel-sel kanser.
Kumpulan B : Tikus disuntik dengan campuran 10-HDA dan sel-sel kanser.
Kumpulan C : Tikus disuntik dengan sel-sel kanser sahaja.
Jangkamasa pemerhatian dan cerapan dibuat dalam masa 45 hari.

Keputusan:
Semua tikus dalam Kumpulan C (disuntik dengan sel kanser) mati dalam jangkamasa 16-18 hari.
Tikus dalam kumpulan A dan Kumpulan B semuanya masih hidup. Ini menunjukkan bahawa Susu Lebah dan 10-HDA mempunyai cirri-ciri anti kanser yang ketara.
Walaupun bagaimanapun, seperti yang dinyatakan, penggunaan 10-HDA sendiri menunjukkan kesan anti kanser yang sama seperti Susu Lebah ,. Ini menunjukkan kesan anti kanser dalam Susu Lebah datangnya terutama daripada 10-HDA. Penemuan ini adalah bersamaan dengan penemuan yang dibuat oleh Profesor Townsend daripada Kanada pada tahun 1960.
10-HDA sebagai bantuan baik untuk pesakit ketumbuhan otak yang dalam rawatan ubat-ubatan.
Hospital No. 1 milik Institut Su-Zhou, China, mendedahkan melalui satu percubaab kebolehan 10-HDA mengurangkan kesan kesakitan ekoran dari rawatan ubat-ubatan yang digunakan untuk pesakit ketumbuhan otak.
Percubaan diatas dilaporkan dalaam Majalah Perubatan, yang dikeluarkan oleh Hospital China; (Isu 6, 1988; m/s 6-8).
Berikut adalah sedutan daripada laporan tersebut.
Sehingga kini, BCNU dan CCNU menghasilkan hasil yang lebih baik daripada lain-lain jenis ubat-ubatan (yang dibuat dari bahan kimia) dalam rawatan tumor ‘malignant’ (menularkan dan merbahaya) dalam otak, sekarang ini ia digunakan sebai pilihan pertama untuk rawatan tumor..
Walau bagaimanapun, beberapa bahan kimia seperti BCNU dan CCNU menghasilkan beberapa kesan sampingan yang buruk yang mencederakan sum-sum tulang.
Diadalam percubaan tersebut 11 orang pesakit tumor malignant pada otak mengambil bahagian. Pembedahan telah dijalankan untuk mengeluarkan tumor itu. Selepas pembedahan, setiap pesakit diberi rawatan CCNU. Dalam masa rawatan CCNU, pesakit juga diberi 10-HAD dengan kadar 400mg per dos, 3 dos setiap hari.
Dalam masa 6-7 minggu dalam pemerhatian, walaupun sum-sum tulang mereka masih mengalami kerosakkan akibat daripada kesan sampingan CCNU, tetapi kerosakan dapat dikurangkan, Ini menunjukkan 10-HDA berkeupayaan mengurangkan kesan sampingan daripada penggunaan ubat-ubatan kimia.
Jadi jelas kepada kita, 10-HDA adalah satu bantuan baik membantu pesakit tumor yang sedang menjalani rawatan ubat-ubatan kimia. Ia juga membolehkan mereka mengambil lebih sedikit ubat-ubatan dimana boleh merangsang peluang mereka mengatasi tumor.

KANSER KOLON