Perang fizikal dah tak berdaya
perang psikologi menjadi senjata
menangani kerenah pelajar semakin mencabar
akibat dunia tanpa sempadan yang semakin melebar
Perang dingin juga sudah berlalu
kerana "SOVIET UNION" sudah berkubur
cuma ingat kita bukan polis dunia
hukum bersendikan agama
Al-Quran Hadis jadi pengangan
tiga belas rahun Rasulullah di Mekah
berjuang menegak kalimah Allah
memantap tauhid di hati sahabat
Sumayyah sanggup syahid demi akidah
Bilal dihempap batu
hati tetap jitu
bertuhankan Allah yang satu
Hijrah membuka lembaran jihad
Menentang kafir Quraisy yang jahil
Perang Badar mula terpahat
dalam sejarah Islam ia mejadi dalil
Perang Uhud memberi pengajaran
perintah Nabi jangan disanggah
Perang Khandak bertahan di kota
menanti musuh bersekutu
bantuan Allah tiba,
hujan ribut membadai tentera bersekutu.
Jadilah ia sebagai pedoman
kalau takut dilambung ombak
jangan berumah di tepi pantai
Jadilah pohon yang tegak berdiri
walau dibadai ribut menggila
tetap teguh di persada dunia
jangan jadi rumput di bumi
subur melata penuh selesa
tetapi dipijak orang sepanjang masa.
zainisma
serirengas homestay.com
12.2.2010
No comments:
Post a Comment