Saturday, February 6, 2010

Maafkan Cikgu Muridku

Maafkan Cikgu Muridku

Dalam melayari hidup sebagai guru dan murid
pelbagai ranjau dan onak dilalui
berbunga mekar hati dengan pencapainmu muridku
sejuk bak salju hati ini dengan kemuliaan akhlakmu

pun begitu adakala muridku
akhlakmu kurang sempurna
cikgu betulkan dengan lisan
pun begitu kerasnya hatimu
maka hukuman juga terpaksa diberikan
ada yang protes meninggi suara
hati cikgu terguris
tidur tak lena
jiwa tertekan
maka dengan takdir Allah
sakitlah cikgu
ada yang menderita kanser
ada yang darah tinggi
ada yang kencing manis
dan entah apa lagi penyakit
kerana tekanan adalah punca penyakit

Ada muridku memfitnah guru kepada ibu bapa
maka ada guru dizalimi
sabarlah wahai guru kerana ini satu perjuangan
setiap perjuangan perlu ada pengorbanan

Kini guru sakit tidak sekuat dulu
lemah seluruh anggota
hospital rumah kedua cikgu
tulang dibaluti kulit
hingga ada muridku memanggil cikgu ikan kering
ada yang menggelar cikgu keropeh ayam
cikgu tak kisah
keran cikgu tahu akal mu masih mentah
takkan cikgu nak saman di mahkamah

Pun begitu muridku,
ramai yang menziarahi cikgu
walaupun kini dah menjawat jawatan tinggi
walaupun kini di pusat pengajian tinggi

Sebelum ajal cikgu tiba
sekali lagi cikgu memohon maaf
jika ada tutur kata dan tindakan cikgu menyakitkan hatimu
cuma keridhaan Allah yang cikgu dambakan



Zaini Ismail
Smk Kandis
16310 Bachok
Kelantan
6.2.2010

2 comments:

Unknown said...

ckgu....
u have no wrong in educate us,
juz wut hv u said we're stil young n know nothing...
instead we're the one who should apologise to u
we might done a lot of fool things that may hurt ur feeling.....
ur illness juz a test for u...
we hope u face it with patience
n we're always pray that u'll recover soon....
dun forget to take ur medicine regularly....
InsyaALLAH ape yng tlah ckgu buat tok ktorng akn mndpat redha ALLAH....
Sy slalu doakn agr ckgu cpat sembuh...
we would alwayz be there for u as u were there for us.....

zaini said...

Zamilah,
You are my best student. Your poverty make you so strong and study hard. Give my regards to your farther and mother and your sister that is my student at form six at SMK Bachok.

InsyaaAllah cikgu akan tabah menghadapi dugaan Allah dan kini cikgu dah kembali ke sekolah atas berkat doa kalian dan semua guru-guru dan yang mengenali saya.

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas kita semua.

see u in facebook but u must write in Bahasa Malaysia Baku.