Kanser Payudara |
1) Epidemiologi: Kanser payudara adalah kanser yang paling biasa berlaku di antara kaum wanita, bukan sahaja di Amerika Syarikat (210 000 kes setahun), malah di semua negara membangun. Antara kejadian : antara 8-9 orang wanita, seorang daripadanya akan menghidap kanser payudara, ia bergantung kepada negara mana. Kejadian ini terus meningkat 1 hingga 2% setiap tahun, tetapi tahap kematian makin stabil pada sepuluh tahun yang lepas. Kanser Payudara masih sebagai penderitaan masyarakat di negara barat : terutamanya di Amerika Syarikat , Kanada, Eropah Barat, Australia , New Zealand. Pada masa ini, lebih dari 1 juta wanita di Amerika Syarikat menghidap kanser payudara peringkat II, III atau IV. Walaupun sains perubatan belum dapat membanteras kanser ini, kemajuan dalam diagnosis dan terapi dapat merawat ramai pesakit. Namun demikian, risiko bukan di luar tafsiran sebab ia terlalu kerap: risiko sebenar ialah 13%, dan peninjauan baru-baru ini menunjukkan bahawa 89% kaum wanita di luar tafsiran bagi kanser ini : purata tafsiran 46% dari 13% yang sebenar. Jangan bimbang ! Jangan lupa sebanyak 1000 orang lelaki dipengaruhi setiap tahun di Amerika Syarikat. 2) Faktor Risiko: Bahkan apa yang menyebabkan kanser payudara tidak diketahui dengan tepat, kanser ini pada umumnya diakui adalah akibat dari perubahan genetik, kebanyakan didapati selepas lahir. Kadang-kadang ia diwarisi dari salah seorang ibubapa : dikenali sebagai predisposisi genetik kepada kanser payudara. Sehingga sekarang, 2 predisposisi genetik telah dikenalpasti. (lain-lain seperti BRCA3, sedang diselidik): BRCA1 dan BRCA2, yang perlu ditentukan di dalam kes kanser di dalam keluarga. Faktor risiko yang utama: - jantina: 100 wanita, 1 lelaki; - umur: 50 tahun ke atas - kelainan yang ditemui melalui biopsi payudara - Akilbaligh awal dan lambat putus haid; - tidak pernah mengandung atau lewat mengandung. Penyebab lain yang disahkan tetapi dengan kadar risiko rendah: - persekitaran (cara hidup, kedudukan sosial, makanan), - kegemukan semasa muda, - rawatan hormon, - tembakau, - alkohol. 3) Perkembangan: Sel mamari di payudara membesar dan menebus limfa atau saluran darah menyebabkan metastasis. Tumor ini dapat dikesan melalui mamografi, ultrasound, MRI dan nodus aksilari. Jikalau tumor itu tidak dirawat, ia akan membesar dan metastasis akan membawa maut. 4) Simptom: ketulan di payudara, kemungkinan menyebabkan kulit berhampiran berkedut, kelainan pada puting, puting berdarah, nodus aksilari. 5) Pengesanan kanser payudara: Cara paling baik untuk rawatan lengkap. - pemeriksaan sendiri payudara. - mamografi bilateral, sekali setiap tahun atau setiap 2 tahun selepas umur 40 (atau umur 50, terpulang kepada negara mana). Kemungkinan untuk mengesan tumor pada peringkat awal sebelum ia tersebar. - ultrasound dinasihatkan. - Petanda tumor diperlukan. bergantung kepada - mamografi; - ultrasound; MRI ; - biopsi: samada core-biopsi (fine-needle aspiration), atau biopsi pembedahan. - dan petanda tumor : CEA , CA 15-3. |
No comments:
Post a Comment