Sunday, January 31, 2016

Bermalam di Wad

17 Jan 2016, ku sambut tahun baru dengan bermalam diwad. Sebenarnya sejak terputusnya bekalan ubat kimo, ku hanya sihat sekejap, kemudian ku mulai kurang sihat. Kegembiraan ku kerana fistula(lubangspt bisul) tertutup membawa cerita duka bila ku tidak boleh makan. Sepanjang bulan Disember 2015, dua kali ku ke Unit kecemasan tetapi dibenarkan balik selepas diperiksa dan diberi ubat.

Pada 15 Jan sekali lagi ku ke Unit kecemasan tetapi dinasihatkan masuk wad pada hari Ahad kerana doktor pakar tiada pada hari Jumaat dan Sabtu.

Ku dimasukkan Wad 1 Selatan HUSM. Selepas beberapa kali dicucuk jarum untuk buat line, baru doktor berjaya. Ku dimasukkan air, tekanan darahku agak rendah 67/115. Disebabkan ku mengadu sakit dada, doktor membuat ECG, Alhamdulillah tiada masalah jantung, sakit berpunca dari gasrtik.

16 Jan. ku dihantar ke bilik endoskopi untuk di suluh saluran makanan dan diambil gambar di dalam perut. Ikut hari memang tak mahu buat kerana dah 7 kali ku menjalani prosedur ini. Bila tiub berkamera dimasukkan dalam mulut ku muntah tetapi tak ada apa yang keluar kerana dah puasa. Bila ku tahan sangat, doktor beri ubat tahan sakit dan oksigen.
Hasilnya, doktor menyatakan ada benda yang menekan saluran makanan menyebabkan saluran menjadi sempit dan menyukarkan ku makan dan minum. Dia bercadang nak masukkan stent(besi) bagi meluaskan saluran makanan, tetapi kena buat Barrium swallow dulu.
20 Jan -ku dihantar ke bilik CT-Scan tetapi bila ubat contras dimasukkan, saluran line darahku sakit. Doktor membuat line lain, tetapi selepas 7 kali cucuk tak berjaya, ku dihantar ke dewan bedah. Doktor bius membuat 13 kali cucukan baru berjaya. Sebelah petangnya ku dihantar semula ke bilik Ct Scan, malangnya sekali lagi ubat contras tak dapat masuk dan ku dihantar balik ke wad.
21Jan- Doktor bedah cuba buat line dileher tetapi tak berjaya, lalu sekali lagi dihantar ke Bilik Bedah. Dua orang pakar bius membuat line, mereka cuba dulu 3 kali ditangan tetapi tak berjaya, akhirnya berjaya dibuat dileher. Ku dihantar ke Bilik CT Scan dan berjaya dibuat scanning.
Pegawai pemakanan melawatku dan memberi susu sebagai makanan tambahan. Dia cadangkan ku makan transfer factor. Dah lama ku tahu tapi takut nak guna kerana ada yang kata ia menggalakkan kanser, tapi bila dietation bagi tahu, rasa nak cuba pula.
Petang ini isteri menjaga ku kerana cuti hari minggu, sebelum ini anak keduaku yang menjagaku kerana UIA cuti sekarang.
22 Jan, Jumaat- leherku membengkak dan jarum terpaksa dibuang.
21 Jan- doktor bedah membuat line dikaki dan nasib baik dengan sekali cucuk, ia berjaya dan air dpat dimasukkan semula.
Malam ini anak sulungku yang baru bercuti dari UPSI menjagaku mengganti isteri yang akan bersekolah esok.
22 Jan- Doktor oncologi, menyatatakan berdasarkan CT Scan, ada bengkakan di bawah tulang rusuk kiri dan ia menekan esofagus(saluran makanan). 
ku dibenarkan balik dan dikehendaki masuk wad semula seminggu lagi untuk dibuat Barrium Swallow bagi melihat jika ada sumbatan, kemudian baru nak dibuat keputusan samada nak dimasukkan stent(besi) dalam saluran makanan.

Ini yang akan kucadangkan  pada doktor



Cadangan kepada Doktor.

1. Selepas bedah Nov2006, ambil kimo pada  Mei 2007 (Glivec/Imanitinib) hingga 2009.

     Mulai 2008 higga 2009 selalu masuk wad kerana masalah edhision colic.

2. 2010 – 5 kali radioterapi dan Jan 2010 miula ambil Sunitinib hingga 2014. Pernah dituikar semula kepada Glivec  kerana putus bekalan Sunitinib.

3. 2006 mula rasa sakit di dada dan kemudian muncul bisul (fistula) didada. Rujuk ke oncologi dan hanya dibuat biopsi. Akhir dimasukkan wad 3 Selatan pada 14.9.09 dan pecah dalam wad. Dipindahkan ke 2 Intan 19.9.09  dicuci luka bisul tiap-tiap hari  oleh doktor hingga keluar wad 1.10.09.

4. Dibuat fistulagram dan didapati ianya bersambung dengan usus besar.

5. Melalui fistula selalu keluar cecair seperti  nanah, darah dan kadang-kadang najis cair.

6. Guna gauge untuk tutup fistula hinggalah ia  tertutup lubang di dada 2 bulan lepas, masalah makan mula timbul.

7.Mulai 9.9 2014 hingga  9.9.2015, ambil Nexavar . Kemudian mohon Stivarga tetapi tidak dapat lagi hingga sekarang.

8. Sejak tidak makan ubat, fistula tertutup dan mulai masalah tidak dapat makan dengan sempurna.

9. 18.1.16- Endoskopi – External Compression at Esofagus.

21.1.16-  Ct- Scan – ada pembekakan di bawah tulang rusuk kiri, ia menekan esofagus. Saya rasa cecair berkumpul di situ.

  Cadangan- Tebuk fistula supaya cecair dapat keluar dan mengelak dari pecah.

10. Jika dimasukkan stent pun ia tak selesai masalah pembekakan fistula.

Contoh stent dari website.



Doakan yang terbaik untuk saya. Sehingga hari ini saya tak dapat makan dan minum dengan sempurna, berat dari 56 kg turun kepada 49 kg, semakin kurus. Tekak pula selalu loya dan asyik dan muntah je. Ya Allah sihatkan aku dan tabahkanlah aku dalam menghadapi ujian Mu.


Sunday, November 15, 2015

Wudhuk Orang Uzur

Hukum Wudhuk Dan Solat Bagi Pesakit Yang Menggunakan Beg Kolostomi
           

Sebelum membincangkan hukum berkaitan stoma, ada baiknya kita mengenali apakah itu kolostomi dan stoma[1].
Kolostomi ialah satu lubang yang dibuat melalui proses pembedahan pada dinding abdomen yang mana sebahagian kecil daripada usus besar itu dibawa ke permukaan kulit. Lubang buatan yang baru ini, dipanggil sebagai stoma. Ia adalah bertujuan untuk memudahkan najis keluar, tanpa melalui tempat usus yang sakit atau rosak. (kerana tidak boleh dikeluarkan daripada saluran biasa). Kadang-kadang, lubang buatan ini dibuat pada saluran kencing, yang dipanggil urostomi. Dan pesakit yang dibuat stoma akan memakai beg kolostomi.

Terdapat dua fatwa yang dikeluarkan berhubung dengan hukum Menggunakan Beg Kolostomi.

Pertama: JKF Kebangsaan.
Hukum Pelaksanaan Ibadah Bagi Pesakit Yang Menggunakan Beg Kolostomi
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 – 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Pelaksanaan Ibadah Bagi Pesakit Yang Menggunakan Beg Kolostomi. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Pesakit yang menggunakan beg kolostami dikategorikan sebagai mereka yang mengalami masalah dharurat dan tidak dianggap sebagai menanggung najis. Oleh itu, mereka tidak perlu mengosong atau membersihkan beg kolostami setiap kali berwudhu’ atau menunaikan solat.
Wudhu’ yang diambil oleh pesakit harus digunakan untuk melaksanakan semua ibadah termasuk menunaikan solat fardhu sehingga wudhu’ tersebut terbatal.

Keterangan/Hujah:
Istilah “Kolostomi” merujuk kepada keadaan sebahagian usus besar (colon) di dalam abdomen yang dibuka dan pembukaannya itu disalurkan ke bahagian dinding abdomen dan dilekatkan pada kulit. Hujung usus ke bahagian dubur (rectum) tidak lagi berfungsi seperti biasa. Beg Kolostomi dipasang pada abdomen yang ditebuk di mana usus keluar daripada dinding abdomen tersebut. Pengeluaran najis tidak akan dapat dikawal samasekali oleh pesakit.

Kebanyakan pesakit kolostomi merasa was-was untuk menunaikan amalan fardu ain terutamanya solat. Persoalan yang ditimbulkan adalah bagaimana harus mereka mengurus kolostomi mereka semasa mengambil wudhu’ dan semasa menunaikan fardhu solat. Adakah mereka perlu mengosongkan pundi kolostomi mereka setiap kali mengambil wudhu’ atau untuk menunaikan solat. Adakah wudhu’ akan terbatal dengan sebab keluar najis tanpa boleh dikawal ke dalam pundi kolostomi.
Isu batal wudhu’ apabila keluar sesuatu menerusi salah satu daripada dua kemaluan seperti yang dibahaskan oleh para ulama’ adalah dalam konteks orang yang sihat. Bagi yang berpenyakit atau mengalami masalah keluar sesuatu di luar kawalan, Islam memberikan kaedah penyucian dan pelaksanaan ibadah kerana mereka dianggap orang yang dalam keuzuran.
Masalah kolostomi berbeza dengan masalah sulus al-bawl kerana kebersihannya lebih terjamin. Oleh itu dari sudut hukum, ia tidak boleh diqiaskan kepada mereka yang mengalami sulus al-bawl.

Memandangkan pengeluaran najis bagi mereka yang mengalami masalah kolostomi tidak boleh dikawal, mereka dianggap berada dalam keadaan dharurat yang tidak terikat dengan taklif syarak dalam beberapa aspek ibadah. Mereka juga tidak dianggap sebagai menanggung najis dan boleh melaksanakan semua ibadat.
Pesakit-pesakit kolostomi dibolehkan mengambil sekali wudhu’ untuk semua ibadah yang hendak dilaksanakan sekiranya wudhu’ tersebut tidak terbatal. Tetapi sekiranya tiada kesukaran bagi mereka untuk memperbaharui wudhu’, ia adalah disunatkan.

Islam adalah agama yang memberi kemudahan. Oleh itu pesakit tidak wajar disyaratkan untuk mengosong atau membersihkan beg kolostomi setiap kali berwudhu’ kerana ia akan menyukarkan mereka melakukan ibadah.
[http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelaksanaan-ibadah-bagi-pesakit-yang-menggunakan-beg-kolostomi].

Kedua: Fatwa Kelantan:
Kaedah Melaksanakan Ibadat Bagi Pesakit Yang Menggunakan Beg Kolostomi.
Ibadah
Huraian Tajuk/Isu:
Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat pesakit terpaksa menggunakan beg kolostomi apabila saluran najisnya iaitu dubur tidak dapat digunakan untuk membuang najis. Dalam keadaan ini usus besar di dalam ebdomen pesakit ini akan dibuka dan disalurkan ke bahagian dinding ebdomen dan dilekatkan di kulitnya. Seterusnya najis akan keluar melalui jalan tersebut dan terisi masuk kedalam beg kolostomi tanpa boleh dikawal.
Bagi pesakit-pesakit yang terpaksa memakai beg kolostomi, kebanyakkan daripada mereka merasa was-was untuk menunaikan amalan fardu ain terutamanya solat kerana 2 sebab, iaitu ;-
1. Adakah wudu” mereka akan terbatal dengan sebab keluar najis tanpa boleh dikawal kedalam beg kolostomi?.
2. Adakah mereka perlu mengosongkan beg kolostomi mereka setiap kali mengambil wudu” atau menunaikan solat?.
Keputusan:
Setelah membincangkan isu ini dengan teliti, Mesyuarat Jamaah Ulama” bersetuju menfatwakan seperti berikut:
1. Pesakit-pesakit yang terpaksa menggunakan beg kolostomi adalah termasuk di dalam golongan orang yang uzur syar”ie dan mereka tidak terikat dengan salah satu syarat yang membatalkan wudu” untuk menunaikan solat iaitu keluar sesuatu daripada 2 jalan iaitu qubul dan dubur seperti yang disyaratkan kepada orang yang sihat.
2. Oleh itu, wudu” mereka tidak terbatal walaupun najis keluar kedalam beg kolostomi mereka. Keadaan mereka dihukumkan sebagaimana hukum seseorang yang mengalami silsu baul (air kencing sentiasa menitik) dan wanita yang mengalami istihadhoh.
Dalam kedua-dua keadaan ini, telah disepakati oleh para fuqaha” bahawa tidak terbatal wudu” mereka walaupun najis telah keluar daripada 2 kemaluan mereka selepas mereka berwudu” untuk menunaikan solat.
3. Penggunaan beg kolostomi juga boleh dianggap sebagai usus mekanikal iaitu pengganti kepada usus yang asal dan ia merupakan sebahagian daripada perut. Oleh itu selagi mana najis belum terkeluar daripada beg kolostomi ini, najis itu dikira masih berada di dalam badan pesakit dan wudu” tidak akan terbatal dengan sebab keluar najis ke dalam beg tersebut.
4. Ketika hendak mengambil wudu”, pesakit-pesakit yang terpaksa menggunakan beg kolostomi ini tidak perlu mengosongkan beg kolostomi mereka setiap kali mengambil wudu” kerana keuzuran mereka kecuali perkara itu tidak menyusahkan pesakit berkenaan. Mereka dikehendaki mengambil wudu” apabila telah masuk waktu solat dan menyegerakan pelaksanaan solat sebaik sahaja berwudu”.
Status Penwartaan: Tidak Diwartakan.
[http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelaksanaan-ibadah-bagi-pesakit-yang-menggunakan-beg-kolostomi]

Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik Di Hospital-Hospital Kerajaan/Swasta
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 Sep 2000 telah membincangkan Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik Di Hospital-Hospital Kerajaan/Swasta. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum sembahyang jamak kerana rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama seperti menjalani rawatan hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamanya adalah harus.
[http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/sembahyang-jamak-kerana-menjalani-rawatan-penyakit-penyakit-kronik-di-hospital-hosp].

Tambahan Huraian dari al-Fadhil Ust Tuan Safuan:
Inilah dua fatwa yang telah difatwakan di Malaysia yang saya tahu berhubung pemakaian beg kolostomi. Dan di sini, saya ingin berkongsi sebaghagian dalil dan hujah-hujah mereka pada pandangan saya.
Hujah-hujah
1- Yang membatalkan wudhuk ialah keluar sesuatu (apa sahaja) daripada dua jalan, iaitu qubul dan dubur. Namun dalam masalah ini najis yang keluar bukanlah daripada dua jalan tersebut. Kerana itu wudhuk mereka tidaklah terbatal.
قال الشافعي رحمه الله: وما كان سوى ذلك من قيء أو رعاف أو دم خرج من غير مخرج الحدث فلا وضوء في ذلك كما أنه لا وضوء في الجشأ المتغير ولا البصاق لخروجهما من غير مخرج الحدث. – [الحاوي الكبير للماوردي، ج 1، ص 199، ط 1، 1994م، دار الكتب العلمية، بيروت].
Berkata Imam Syafie: “…muntah, pendarahan hidung, darah yang keluar bukan daripada jalan hadas, maka tidak perlu berwudhuk…sebagaimana tidak batal wudhuk pada sendawa yang berubah dan juga pada air liur, kerana ia keluar bukan dari tempat keluar hadas (qubul dan dubur)”. Rujuk al-Hawil Kabir, karangan Imam Mawardi.
قال الماوردي: وهذا كما قال ما خرج من البدن من غير السبيلين لا ينقض الوضوء سواء كان طاهرا كالدموع والبصاق أو كان نجسا كالقيء ودم الحجامة والفصاد والرعاف، وإنما عليه غسل ما ظهر من النجاسة على بدنه، وبه قال من الصحابة عبد الله بن عمر وابن عباس، ومن التابعين ابن المسيب والقاسم بن محمد، ومن الفقهاء مالك وربيعة وأبو ثور. [الحاوي الكبير للماوردي، ج 1، ص 200، ط 1، 1994م، دار الكتب العلمية، بيروت].
Berkata Imam Mawardi: “…apa sahaja yang keluar bukan daripada dua jalan tidaklah membatalkan wudhuk, samada yang keluar itu suci seperti air mata dan air liur, atau najis seperti muntah, darah berbekam dan pendarahan hidung…Dan ini adalah pendapat Ibn Umar, Ibn Abbas, (sahabah), Ibn al-Musayyab, al-Qasim bin Muhammad (tabien), Imam Malik, Rabiah dan Abu Thaur.”
Dalam masalah adakah mereka menanggung najis, maka antara hujah yang membenarkan ialah:-
Aisyah r.a. menyatakan bahawa Fatimah binti Abi Hubaisy datang bertanya Nabi s.a.w.: “Wahai Rasulullah, saya seorang perempuan yang istihadhah (sentiasa keluar darah), kerana itu saya tidak suci, adakah saya boleh meninggalkan solat?” Jawab baginda: “Jangan…solatlah sekalipun darah itu menitis ke atas tikar”. Hadis riwayat Ahmad.
Jabir menyatakan bahawa dalam satu peperangan, seorang lelaki dipanah dan darahnya mengalir, namun dia masih meneruskan solatnya dengan rukuk dan bersujud. Hadis riwayat Bukhari “muallaq”.
Al-Hasan (Basri) menyatakan bahawa kaum muslimin sentiasa bersolat sekalipun dengan luka-luka mereka.
Dan sebagai peringatan, saya menyatakan janganlah sekali-kali kita meninggalkan solat walau dalam keadaan apa sekalipun. Bahkan para pesakit lebih patut untuk tidak meninggalkan solat. Firman Allah SWT:
فَلَولا إِذْ جَاءَهُمْ بَأْسُنَا تَضَرَّعُوا وَلَكِنْ قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Tetapi mengapakah ketika datang kepada mereka seksaan kami, mereka tidak merendah diri (berdoa dan bertaubat memohon keampunan), bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan (memperdayakan mereka dengan) menampakkan indah (baik) apa yang mereka lakukan”. Surah al-An’am: 43
Dan semoga kita semua terselamat daripada penyakit yang membahayakan. Berdoalah kepada Allah SWT dengan doa ini supaya kita terselamat daripada bahaya penyakit tersebut.
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي وَمَا ابْتَلانِي وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِنْ خَلْقِهِ تَفْضِيلا
“Segala puji bagi Allah SWT yang memberikanku keafiatan, dan Dia tidak mengujiku (dengan bala ini), dan Dia mengurniakan kepadaku pelbagai kurniaan mengatasi ramai di kalangan makluk-makhlukNya”.
[1] A colostomy is a surgically created opening in the abdomen through which a small portion of the colon is brought up to the surface of the skin. This new opening, called a stoma, allows stool to pass directly out of the body, bypassing a diseased or damaged section of the colon. …A stoma is an artificial opening to or from the intestine (which is also known as the gut or bowel) on the abdominal wall usually created by a surgeon. Occasionally, it is an artificial opening in the urinary tract, called a urostomy. (rujuk www.stomacare.org.my)

[ Lihat: http://tasekpauh.blogspot.com/2010/03/hukum-wudhuk-dan-solat-bagi-pesakit.html ]
[ http://aburedza.wordpress.com/2010/12/07/hukum-wudhuk-dan-solat-bagi-pesakit-yang-menggunakan-beg-kolostomi/ ]

Ulasan Abu Anas sebelum ini:[ http://www.abuanasmadani.com/?p=43 ]

Ini pula jawaban dari Ustaz Bin Sahak di fb.

20 hrs · Edited ·
Mohon penjelasan dr Doktor Pakar yg berkaitan.
Sblm saya menjawab soalan dr salah seorg saudara kita. Saya perlukan penjelasan lanjut. Ini permasalahannya:
"Assalamualaikum ustaz. Saya pesakit kanser perut. Selepas pembedahan, muncul satu lubang di dada saya dan selalu keluar cecair dari dalam usus dan kadang-kadang keluar najis. Saya tak guna beg kolostomi, cuma guna kain pembalut saja(gauze)."
Soalan saya (bin sahak)
1) apakah cecair yg keluar itu dikira sama spt najis tahi dan air kencing, dtg dr tempat yg sama?
2) Klu muntah, apakah yg keluar itu dr usus atau bgimana?
Terima kasih kpd yg dpt mmbantu.

Bottom of Form
Mohd Fadzli Dr Mohd Faizal Zakaria mgkn blh bantu.

Mohd Faizal Zakaria askum ust...itu yg di panggil fistula...maksudnya ada saluran terbentuk antara usus dgn permukaan kulit..ini komplikasi dr operation tu sendiri..so blh dianggap najis..klu bab hukumnya,ust lebih mahir..
Description: Mohd Faizal Zakaria
Mohd Faizal Zakaria Dan pendapat saya,sama kaedahnya dgn org yg memakai colostomy bag..
Description: Mohd Fadzli
Mohd Fadzli Klu colostomy tu dah ade fatwa.ini sbb ditutup sekadar kain balut luka..tgg ust pny pjelasan plak.jazakllah khair dr
Like · Reply · 1 · 15 hrs
Description: Mohd Faizal Zakaria
Mohd Faizal Zakaria emm sama juga dgn luka yg berdarah dan bernanah...yg mmg perlu dicuci hari2...klu nk solat,cukup ganti dgn gauze yg bersihkn ust...sbb itu yg sy terangkan pd pesakit..ke ada pendapat lain ust?mohon pencerahan
Description: Mohd Fadzli
Mohd Fadzli Betul dah tu ustaz dr ;D


Sakinah Alwi Mohon yg bertanya kembali ke hospital. Brgkali berlaku kelainan pada luka jahitan disebabkan kanser tersebut. Kurang jelas..kanser di perut atau usus. Apa pun jika berlaku lelehan dari luka sebaiknya dptkn rawatan terlebih dahulu
Like · Reply · 1 · 19 hrs · Edited
Description: Bin Sahak
Bin Sahak Sakinah Alwi saya dah maklumkan kpd yg bertanya.
Like · Reply · 1 · 19 hrs
Description: Mohd Zuhaidir Zaini
Top of Form
Mohd Zuhaidir Zaini Kena tanya beberapa Dr pakar ni
Description: Zaini Ismail
Write a comment...

Bottom of Form
Description: https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xfp1/v/t1.0-1/c0.13.80.80/p80x80/1948180_107325039628424_3236054169354161529_n.jpg?oh=223a091f289e846897d60465148a830f&oe=568730B7&__gda__=1451571347_b843ec3bde6e9aaf4960d75fb597cda3
Bin Sahak
11 hrs · Edited ·
SDI 279: Masalah Pesakit Yg Keluar Najis Bukan Dr Saluran Biasa
Assalamualaikum ustaz. Saya pesakit kanser perut. Selepas pembedahan, muncul satu lubang di dada saya dan selalu keluar cecair dari dalam usus dan kadang-kadang keluar najis. Saya tak guna beg kolostomi, cuma guna kain pembalut saja(gauze). Soalan saya:
1. Adakah saya perlu mengambil wuduk hanya apabila masuk waktu 2. Adakah saya perlu berwuduk setiap waktu(eg: Maghrib dan Isyak)
3. Bolehkah saya menjadi imam sama ada di surau atau dengan keluarga. Jasa baik ustaz diharap dapat menghilang keraguan saya. Jazakahllahukhairan.
Jawapan:
Pndangan yg lebih kuat, najis yg keluar BUKAN dr dua saluran biasa, ia MEMBATALKAN wudhu. Inilah mazhab hanafi, hanbali, Ibn Hamz, Ibn Taimiyyah dn menjadi pilihan Ibn 'Uthaimin. Justeru:
1&2) Persoalan wudhu anda sama spt mereka yg mengidap penyakit Salis alBaul dan Istihadhah. Perlu berwudhu bg setiap waktu solat farfhu dan mmbersihkan gauze jika bernajis. Dgn wudhu tersebut anda boleh menunaikan semua solat sehinggalah masuk fardhu solat yg berikutnya.
Jika menjadi keberatan, anda boleh melakukan jama' suriy, iaitulah sbg contoh anda melewatkan solat zohor sehingga ke penghujung waktunya. Sebaik shj habis solat Zohor, akan masuk waktu Asar dan anda terus menunaikan Asar di dlm waktunya. Kedua2 solat ini anda lakukan dgn wudhu yg satu. Cara yg sama anda lakukan utk solat maghrib dn Isyak.

3) pandangan yg lebih kuat, pesakit spt anda BOLEH menjadi imam kpd jemaah makmum yg sihat. Inilah pandangan para ulama dlm mazhab Maliki dan Syafie. 








Monday, October 12, 2015

Hantar Anak ke UIA

Ku gagahkan diri untuk anak keduaku(bongsu) untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah di UIA Gombak pada 2.9.15. Sebelum ini dia mengikuti Asasi Sains UIA di Petaling Jaya. Ku amat berterima kasih kepada iparku, Abe Zie yang sanggup menjadi pemandu.

Selepas menghantar anak, kami sekeluarga pergi ke rumah adik isteri dan bermalam di sana di samping jalan-jalan di Kota Kuala Lumpur. Terima kasih buat Rosmani dan suaminya yang lebih mesra dipanggil Pak Cu. Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi.






PUTUS BEKALAN UBAT

1. Ubat Nexavar telah dihentikan oleh doktor dan akn diganti dengan Stivarga(Regorefenib). Ubat Nexavar habis pada 10.9.15 setelah 11 bulan dimakan. 3 minggu selepas berhenti makan Nexavar fistula(lubang di dada) telah tertutup, jadi senanglah sikit untuk solat. Cuma sekarang ni selalu penat dan masalah gastrik. 

2. Bekalan ubat terputus kerana masalah dalam memohon ubat melalui Syarikat Oratis dan JPA. Kemudian syarikat Farmasi lain memohon ubat menggunakan GL isteri. Saya pun hairan, adakah kad pencen sya tidak boleh digunakan sebagai tuntutan ubat.

3. Sekarang sedang menunggu ubat Stivarga yang dipohon oleh Farmasi Vida dengan menggunakan GL isteri tadi.

4. Beberpa minggu lepas, saya dikejutkan dengan kematian seorang bekas pelajar saya, baru berumur 20 tahun dan sedang menuntut di IPTA. Dia menghidap kanser ovari. Dia sakit tidak lama, lepas dibedah meninggal. Kanser sekarang sudah menjadi penyakit biasa dihadapi masyarakat dan ini menggerunkan kerana kesan yang dibawanya kepada pesakit dan keluarga, apatah lagi kos perubatannya terlalu tinggi.

5. Mungkin disebabkan kosnya yang tinggi, muncul perlbagai rawatan alternatif yang belum terbukti secara klinikal. Banyak herba yang didakwa boleh menyembukan kanser dan dibuat penyelidikan oleh Universiti tetapi kemudian lenyap begitu saja seperti hempedu bumi, bintangor, keladi tikus, dan terbaru pokok rerama. Kita berdoa agar ubat sakit kanser akan ditemui nanti.

Monday, July 27, 2015

Ke Unit Kecemasan Lagi

  •  27 Julay 2015, ku mengajak anak bongsuku ke Klinik Kesihatan Bachok kerana telah sebulan dadaku sakit dan ia semakin sakit tiga hari lepas. 
  • Misi mengarahkan ku menjalani prosedur ECG untuk mengesan jika ada masalah jantung.
  • Selepas menunggu sejam, ku dipanggil oleh doktor. Beliau menyatakan daripada graf ECG tiada menunjukkan ia berpunca daripada masalah jantung. Namun dia mengarahkan ku ke Unit kecemasan HUSM kerna untuk pengesahan lanjut.
  • Jam 12 tengahari ku sampai ke Unit Kecemasan HUSM, tercari-cari juga kerana ia berpindah ke Bangunan Baru. Tempat baru ni lebih selesa kerana ia lebih luas dan banyak bilik-bilik, tidak seperti dulu iaitu semua doktor  dan pesakit bersesak dalam satu bilik keculi bilik kes kritikal.
  • Sekali lagi ku menjalani prosedur ECG dan darah diambil. Kali keempat dicucuk baru dapat darah diambil.
  • Tidak lama kemudian sekali lagi ke menjalini ECG dan kemudian dipindahkan ke Wad Sementara. Di sana sekali lagi ECG dijalankan. Jam 8 malam baru doktor datang memaklumkan sakit dadaku bukan kerana masalah jantung tetapi akibat kanser perutku. Dia kan rujukku ke pakar bedah dan mencadangkan untuk dibuat OGDS(endoskopi) Sebenarnya ku dah fobia dengan endoskopi ni kerana tiub berkamera dimasukkan melalui mulut ke dalam perut. 
  • Ku dibenarkan pulang dan parking kereta mencecah hampir RM12, untung syarikat parking HUSM, dulu free je.
  • Tunggulah macam mana bila jumpa pakar Ahad depan.