7.72015 sepatutnya cuma ambil darah dan apabila keputusan darah normal, boleh ambil ubat Nexavar. Namun Msis yang bertugas bahagian order ubat suruh jumpa Dr. Murali(Pakar Kanser) kerana doktor sebelum ini ada cadang saya tukar ubat baru iaitu Stivarga. Disebabkan di klinik onkologi hanya ada seorang pakar kanser kerana Prof. Biswal telah berpindah ke KPJ Ipoh, maka ku terpaksa menunggu lama dari jam 8.30 hingga jam 12.00 tengahari.
Selepas diteliti fistula, ku dihantar ke Klinik Bedah. Dr. Maya melihat rekod fistulgram dan menyatakan fistula yang ada di dadaku bersambung dengan usus besar yang melekat di dinding perut. Dia akan berbincang dengan beberapa orang pakar bedah sebelum membuat keputusan.
Ku dalam dilema, kalau bedah, adakah akan sembuh fistula ku atau timbul masalah lain pula dengan ususku.
Sebulan lagi akan jumpa semula pakar bedah.

No comments:
Post a Comment