8.7.15 ku ziarah sahabat ku yang meninggal kerana kanser payu daranya muncul semula. Sebenarnya ku terima panggilan dari kawan kelmarin tetapi ketika itu ku sedang temujanji dengan doktor pakar, ku tangguhkan hari ini.
Ku masih ingat pertama kali dia kena kanser pada tahun 2001, dia mengambil langkah awal dengan terus buang sebelah payu daranya. Masa itu, arwah isteriku juga menderita kanser payu dara tetapi disebabkan dia memilih rawatan kampung dan alternatif, bila dah teruk baru kimo, doktor akhirnya tidak meneruskan rawatan dan meninggal 2003.
Kawanku ini selepas bedah, dia bercuti dan dapat mengajar semula sehiggalah kansernya datang balik 2014 dan terpaksa dibedah sebelah lagi payu daranya. Ku beberapa kali berjumpa dia di klinik rawatan harian(daycare). Kali terakhir sebulan lepas,semasa bersembang dengannya ku terpaksa mengalih tajuk perbualan beberapa kali kerana air matanya mulai keluar. Hanya sabar yang mampu ku ucapkan walaupun ku sendiri kadang-kadang hilang kesabaran akibat terlalu lama sakit.
Susah juga ku cari rumahnya kerana terlalu banyak lorong walaupun ku pernah pergi sekali. Nasib baik jumpa seorang yang baik hati menghantarku ke rumahnya. Ku berbual dengan anak sulungnya yang juga bekas pelajar ku.
Pemergiannya sungguh meninggalkan kesan di hatiku. Dia rakan sekelasku semasa di Tingkatan Enam dan Universiti. Ku masih ingat semasa ku sakit ketika sedang menuggu kemasukan Universiti, dialah satu-satunya rakan perempuan yang menziarahiku. Begitu juga dia selalu datang ke rumah menasihati arwah isteriku yang menderita kanser dulu. Kemudian, bila ku pindah ke SMK Bachok, kami menjadi rakan sekerja pula. 2006, bila ku pula sakit, dia ziarah pula ku. Kini hilanglah seorang sahabat yang sama-sama berjuang untuk meneruskan kehidupan di alam fana ini.
Damailah sahabatku di alam sana, nasibnya agak baik kerana tidak menderita lama untuk serangan kali kedua. Moga dia diampunkan Allah dan diletakkan bersama para solehin.
Allahummaghfirlaha waafiha wa'fuanha.

4 comments:
ALFATIHAH...moga di letakkan bersama orang yang beriman. Amin
http://www.cacare.com/
http://cancercaremalaysia.com/
Amin insyaAllah..
Post a Comment