- 27 Julay 2015, ku mengajak anak bongsuku ke Klinik Kesihatan Bachok kerana telah sebulan dadaku sakit dan ia semakin sakit tiga hari lepas.
- Misi mengarahkan ku menjalani prosedur ECG untuk mengesan jika ada masalah jantung.
- Selepas menunggu sejam, ku dipanggil oleh doktor. Beliau menyatakan daripada graf ECG tiada menunjukkan ia berpunca daripada masalah jantung. Namun dia mengarahkan ku ke Unit kecemasan HUSM kerna untuk pengesahan lanjut.
- Jam 12 tengahari ku sampai ke Unit Kecemasan HUSM, tercari-cari juga kerana ia berpindah ke Bangunan Baru. Tempat baru ni lebih selesa kerana ia lebih luas dan banyak bilik-bilik, tidak seperti dulu iaitu semua doktor dan pesakit bersesak dalam satu bilik keculi bilik kes kritikal.
- Sekali lagi ku menjalani prosedur ECG dan darah diambil. Kali keempat dicucuk baru dapat darah diambil.
- Tidak lama kemudian sekali lagi ke menjalini ECG dan kemudian dipindahkan ke Wad Sementara. Di sana sekali lagi ECG dijalankan. Jam 8 malam baru doktor datang memaklumkan sakit dadaku bukan kerana masalah jantung tetapi akibat kanser perutku. Dia kan rujukku ke pakar bedah dan mencadangkan untuk dibuat OGDS(endoskopi) Sebenarnya ku dah fobia dengan endoskopi ni kerana tiub berkamera dimasukkan melalui mulut ke dalam perut.
- Ku dibenarkan pulang dan parking kereta mencecah hampir RM12, untung syarikat parking HUSM, dulu free je.
- Tunggulah macam mana bila jumpa pakar Ahad depan.
BLOG INI BUKAN NASIHAT PROFESIONAL.IA ADALAH PENGALAMAN PENULIS.DAPATKAN NASIHAT DARIPADA DOKTOR PAKAR ANDA DI HOSPITAL YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA.
Monday, July 27, 2015
Ke Unit Kecemasan Lagi
Thursday, July 9, 2015
Pergi Sahabat Pesakit Kanser
8.7.15 ku ziarah sahabat ku yang meninggal kerana kanser payu daranya muncul semula. Sebenarnya ku terima panggilan dari kawan kelmarin tetapi ketika itu ku sedang temujanji dengan doktor pakar, ku tangguhkan hari ini.
Ku masih ingat pertama kali dia kena kanser pada tahun 2001, dia mengambil langkah awal dengan terus buang sebelah payu daranya. Masa itu, arwah isteriku juga menderita kanser payu dara tetapi disebabkan dia memilih rawatan kampung dan alternatif, bila dah teruk baru kimo, doktor akhirnya tidak meneruskan rawatan dan meninggal 2003.
Kawanku ini selepas bedah, dia bercuti dan dapat mengajar semula sehiggalah kansernya datang balik 2014 dan terpaksa dibedah sebelah lagi payu daranya. Ku beberapa kali berjumpa dia di klinik rawatan harian(daycare). Kali terakhir sebulan lepas,semasa bersembang dengannya ku terpaksa mengalih tajuk perbualan beberapa kali kerana air matanya mulai keluar. Hanya sabar yang mampu ku ucapkan walaupun ku sendiri kadang-kadang hilang kesabaran akibat terlalu lama sakit.
Susah juga ku cari rumahnya kerana terlalu banyak lorong walaupun ku pernah pergi sekali. Nasib baik jumpa seorang yang baik hati menghantarku ke rumahnya. Ku berbual dengan anak sulungnya yang juga bekas pelajar ku.
Pemergiannya sungguh meninggalkan kesan di hatiku. Dia rakan sekelasku semasa di Tingkatan Enam dan Universiti. Ku masih ingat semasa ku sakit ketika sedang menuggu kemasukan Universiti, dialah satu-satunya rakan perempuan yang menziarahiku. Begitu juga dia selalu datang ke rumah menasihati arwah isteriku yang menderita kanser dulu. Kemudian, bila ku pindah ke SMK Bachok, kami menjadi rakan sekerja pula. 2006, bila ku pula sakit, dia ziarah pula ku. Kini hilanglah seorang sahabat yang sama-sama berjuang untuk meneruskan kehidupan di alam fana ini.
Damailah sahabatku di alam sana, nasibnya agak baik kerana tidak menderita lama untuk serangan kali kedua. Moga dia diampunkan Allah dan diletakkan bersama para solehin.
Allahummaghfirlaha waafiha wa'fuanha.

Temujanji Dengan Dua Pakar.
7.72015 sepatutnya cuma ambil darah dan apabila keputusan darah normal, boleh ambil ubat Nexavar. Namun Msis yang bertugas bahagian order ubat suruh jumpa Dr. Murali(Pakar Kanser) kerana doktor sebelum ini ada cadang saya tukar ubat baru iaitu Stivarga. Disebabkan di klinik onkologi hanya ada seorang pakar kanser kerana Prof. Biswal telah berpindah ke KPJ Ipoh, maka ku terpaksa menunggu lama dari jam 8.30 hingga jam 12.00 tengahari.
Selepas diteliti fistula, ku dihantar ke Klinik Bedah. Dr. Maya melihat rekod fistulgram dan menyatakan fistula yang ada di dadaku bersambung dengan usus besar yang melekat di dinding perut. Dia akan berbincang dengan beberapa orang pakar bedah sebelum membuat keputusan.
Ku dalam dilema, kalau bedah, adakah akan sembuh fistula ku atau timbul masalah lain pula dengan ususku.
Sebulan lagi akan jumpa semula pakar bedah.

Subscribe to:
Posts (Atom)