Kanser Yang Penuh Kontroversi
- . Bukti arkeologi menunjukkan kanser telah dihidapi oleh manusia sejak zaman Firaun lagi. Kalau dalam masyarakat Melayu Kelantan mereka memberi pelbagai nama seperti barah, "orang baik" dan entah apa-lagi. Biasanya ia dirawat dengan herba seperti pokok sarang semut, kulat susu harimau, Raja Satung dan sebagainya.
- Kini pelbagai herba didakwa boleh mengubat kanser seperti keladi tikus,pokok rerama, biji aprikot, ekstrak nenas(brombolin(ejaan tak pasti), buah durian belanda yang dikatakan 1000 kali lebih kuat dari kemoterapi ( dikata pembohong oleh drzubaidi.blogspot.com).
- Ini belum termasuk produk-produk kesihatan yang berlambak dengan pelbagai dakwaan.
- Sebenarnya berdasarkan pengalaman arwah isteriku dulu yang menjalani rawatan alternatif sebelum mendapat rawatan hospital, ku kurang tertarik walaupun ada juga yang ku cuba bila terdesak.
- Penjual produk terakhir ialah air kangen, tetapi bila diuji airnya dan air penapis saya hampir sama pHnya, saya cuma minum air saya, kerana penapis airnya beribu juga. Saya tertarik dengan group ini https://www.facebook.com/pages/Pseudoscience-Watch/402738909901198?fref=ts
No comments:
Post a Comment