Jumpa Teman Lama
- Hari ini ku keluar awal menunggu kereta sewa(teksi) di hadapan rumahku kerana jika lambat susah nak dapat kereta. Awal pagi kereta agak mudah dapat kerana pada masa inilah mereka mengambil pelajar sekolah atau para pekerja pejabat atau peniaga.
- Nasib ku baik kerana tak lama menunggu telah dapat teksi dan bila sampai ke hospital terus ambil darah dan kemudian baru bersarapan.
- Sementara menunggu keputusan darah dari makmal, ku ambil ubat gastrik di farmasi.
- Bila ku pergi untuk mendapatkan keputusan ujian darah, ku jumpa rakan sekelasku dulu dan kemudian menjadi rakan sejawat di sekolah . Dia pernah membuang sebelah payudaranya akibat kanser payudara pada tahun 2000. Kini sebelah lagi payudaranya terpaksa dibuang kerana kanser merebak. "Nasib kita serupa" katanya. " Sabarlah, dah nasib kita" ku cuba mententeramkan dia walaupun ku juga sebenarnya agak tertekan.
- Dia dimasukkan darah sebelum dikemoterapi kerana mungkin kekurangan darah.
- Kelmarin ku dikunjungi oleh pembaca blogku. Ayahnya baru saja meninggal dunia akibat kanser limpoma. Katanya blogku banyak yang boleh dikongsi oleh pesakit kanser. Ku harap juga begitu.
- Ahad lepas ku ziarah rakan sejawat yang terpaksa dipotong kakinya kerana kencing manis. Begitulah perjalanan hidup ini, semuanya dah ditentukan, kita cuma berusaha sekadar termampu.
- Jam 11.00 pagi, result darah keluar dan ku dibenarkan untuk sambung makan ubat Nexavar.
Sekian, Wassalam.
No comments:
Post a Comment