Sunday, February 10, 2013

Ziarah Bekas Pelajar SMK Raja Sakti



9 -2-2013. Sekumpulan bekas pelajarku dari SMK Raja Sakti telah menziarahiku. Mereka ialah Saiful Hazani, Norzaihan, Suhaida, Rosliza, Muniati dan Afrinal. Kalau tak silap mereka ni ambil SPM tahun 1998. Sekarang semua sudah ada kerjaya masing-masing dan kebanyakan bekas muridku menjadi guru.

Seronok sungguh bila dapat berjumpa semula dengan pelajar-pelajarku, teringat kenangan pahit manis semasa menjadi guru dulu. Kami semua dapat berhubung balik hasil teknologi baru iaitu blog, Fb dan e-mail.
Melalui fb dapatlah berhubung kembali dengan bekas pelajar.

SMK Raja Sakti merupakan sekolah kedua ku selepas SMK Menggatal. Di sini ku mengajar Sejarah  dan B.Melayu dan juga sebagai Guru Kaunseling.

Terima kasih semua pelajar ku.



No comments: