MESYUARAT PANEL LEMBAGA
PERUBATAN
19 Dis. 2012 Ku
dikehendaki ke Unit Rekod HUSM bagi berjumpa panel Lembaga Perubatan.
Sebenarnya ku telah memohon untuk mendapat “medical board’ sejak Jun 2012.
Proses dengan sekolah, Jabatan Pendidikan dan HUSM menyebabkan baru sekarang ku
dipanggil untuk menemui panel Lembaga Perubatan.
Mesyuarat dipengerusikan
oleh Dr.Nik Min(Penolong Pengarah HUSM) dan dianggotai oleh Prof.Biswal(Pakar
Onkologi) dan Dr. Murali(Pakar Oncologi). Turut serta dua orang pegawai dari
Unit Rekod serta Pen.Kanan sebagai wakil sekolah.
Ku dimaklumkan jumlah
pencen bulanan dan ganjaran yang bakal diperolehi. Mengikut pegawai unit rekod,
gajiku akan terus berjalan sehingga sehari sebelum surat pencen diterima. Masalah gaji dan cuti ini yang memeningkan
aku kerana menerima maklumat yang berbeza dari sekolah, Jabatan Pendidikan dan
HUSM. Entahlah.
Pada 27.12.2012 ku ke Pejabat Pelajaran Daerah
kerana menerima kenaikan pangkat secara time-based ke DG 48. Mungkin kalau
tidak kerana sakit dah lama ku dapat DG48. Ku terpaksa menolak kursus untuk DG
48 pada 2007 kerana sakit. Dah begitu takdirNya.
Hingga kini dan 3 bulan ku
kembali makan Glivec. Masalah tak dapt makan dulu dah tiada Cuma dada sentiasa
berdebar dan mata sentiasa pedih. Badan letih usah ceritalah terutama pada
waktu subuh. Paksa diri untuk bangun solat Subuh.
Ku sekaran jarang update
blog kerana tiada mood untuk menulis. Wassalam.
No comments:
Post a Comment