RAMADAN DATANG LAGI
Mengimbas kembali Ramadan sejak ku dibedah, ku masih ingat
lagi pada tahun pertama ku dibedah, iaitu pada tahun 2007, ku dapat berpuasa
penuh walaupun ketika itu ku bekerja. Pada tahun 2008 ku Cuma puasa separuh dan
terus ditimpa sakit perut. Tuan 2009 merupakan tahun paling lama ku berada di
dalm wad dan ku tak puasa langsung tahun tersebut kerana selalu sakit perut. KU
telah bayar fidyah untuk puasa yang ku tinggalkan.
Tahun 2010 merupakan tahun yang penuh bahagia buat ku sejak
ku sakit. Ku dapat bekerja semula setelah setahun lebih bercuti tetapi tahun
ini ku masih tak puasa kerana bimbang sakit perut menyerang lagi apatah lagi
pakar kanser juga tak setuju ku puasa. Alhamdulillah tahun ini dapat menunaikan
haji dengan sempurna bersama isteri tersayang walaupun terpaksa menggunakan
pakej kerana uzur. Sebenarnya ku sudahpun terpilih melalui Muassasah yang
kosnya lebih murah.
Tahun ini kesihatanku kembali tidak stabil. Selalu sakit
perut dan dada, bila menyerang terpaksalah ke unit kecemasan untuk
menghilangkan sakit. Dah 3 kali tahun ini ke Unit kecemasan. Ikutkan hati tak
mahu lagi ke hospital bila sakitnya dicucuk drip(jarum) untuk dimasukkan ubat
kerana uratku telah kecil akibat kimoterapi.
1 Ogos 2012, sekali lagi ke Unit kecemasan kerna sakit
dada. Seperti biasalah, ECG dan drip untuk masuk ubat. Dari pagi sampai petang
ku ditahan di sana. Puasa tahun ini hanya dapat dilakukan 2 hari sahaja.
No comments:
Post a Comment