12 Mei 2011. Keputusan Pet-Scan dari Hospital Besar Pulau pinang
Hari ini ku ada temujanji dengan Klinik Oncologi HUSM. Hati ku
berdebar-berdebar. Apakah keputusan PET-San. Adakah sel kanserku dah berhenti
merebak atau bagaimana. Ku parkir kereta di luar hospital kerana parkir di
dalam dah penuh.
Ku daftar dan terus ke kantin kerana belum makan. Selepas makan ku
pergi semula ke klinik. Ku lihat seorang pesakit berlitup kepala dengan tuala.
Saya diberitahu oleh pesakit sebelahnya bahawa pada awalnya pesakit tersebut
sakit gigi, Selepas gigi dicabut ia bernanah dan gusinya membengkak. Dia
berubat secara tradisional dengan bomoh yang sedang popular di Jertih,
Terengganu. Ku pun ada dengar khabar tentang bomoh perempuan tersebut. Dia
mendapat kebolehan berbomoh bila anak dalam kandungnnya didakwa diambil Orang
Bunian. Dulupun ada orang kat rumahku mendakwa sedemikian dan beliau juga jadi
bomoh tetapi sekejap saja, kemudian tak mendapat pelanggan lagi.
Bomoh perempuan di Jertih boleh belah batin. Entahlah. Berbalik
kepada lelaki tadi, akibat mendapat rawatan tradisional, kanser merebak, dan
bila dirujuk ke HUSM dia terpaksa menjalani pembedahan membuang mata, tulang
pipi dan gigi. Dia kemudian dipanggil untuk membuat radioterapi. Moga dia tabah
menghadapi dugaan sakitnya.
Namaku dipanggil. Ku berbincang fasal keputusan Pet-Scan dengan
Prof.Biswal dalam Broken English kerana dia tak pandai berbahasa Melayu. Dia
memberitahu bahawa kanser di bisulku(Fitstula) semakin besar. Kanser dihatiku
stabil. Dia akan merujuk ke Pakar Bedah sama ada untuk melakukan sekali lagi
pembedahan. Ku mahu berbincang dengan keluarga dulu.
Ku melangkah longlai keluar
dari klinik. Jiwaku rasa kosong. Bilakah penderitaan ini akan berakhir.
Sebenarnya kini ku lebih bersedia jika Allah menjemputku. Ku amat bersyukur
doaku untuk mengerjakan Haji telah dimakbulkan Allah tahun lalu. Anak ku
seorang Ting.5 dan seorang Ting.4. Dah agak besar walaupun kalau boleh ingin ku
lihat mereka berkerja dulu sebelum ku pergi. Isteriku pula seorang Ustazah, jadi
dia ada gaji sendiri. Ku serahkan mereka semua di bawah jagaan Allah jika ku
pergi dulu.
Ku cuba menahan air mata dari gugur. Dulu pada Mei 2007, ku cukup
tertekan bila doctor memberitahu ku hanya ada masa 6 bulan untuk hidup. Kini ku agak bersedia menerima takdir
Illahi. Ku selalu berzikir mengingati Allah dan berselawat di samping membaca
Al-Quran. Cuma kini badan sentiasa lemah untuk solat- sunat. Nasib baik waktu
pagi ku agak bertenaga dan boleh ke sekolah untuk mengajar. Balik dari sekolah,
ku cuma berbaring.
Ku rasa, jika doktor nak bedah, aku akan benarkan kerana jika tak
dibedah, ku bimbang kanser merebak dan memburuk dan busuk. Ini pengalaman arwah
isteriku dulu yang menghidap kanser payudara. Doktor tak membedahnya kerana dah
terlambat akibat dia terlalu percaya kepada rawatan tradisional.
Walau macam manapun, semuanya telah ditetapkan oleh Allah sejak
azali, kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa. Moga di akhirat nanti tak lagi
diseksa. Ampunkanku Ya Allah kerana kadang-kadang ku tidak sabar menghadapi dugaanMu.
5 comments:
SEMOGA CIKGU TABAH DAN SABAR MENGHADAPI UJIAN YANG BERAT INI SEMUA..
KITA HANYA MAMPU BERUSAHA UNTUK MENGUBATINYA TETAPI ALLAH YANG MENENTUKAN SEGALANYA...
BERAT MATA YANG MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKULNYA...
APA YANG PASTI KITA TIDAK BERPUTUS ASA UNTUK MENGUBATINYA...
assalamualaikum w.b.t tuan haji...
maaf kerana agak lama tidak tinjau perkembangan tuan haji atas kesuntukan waktu dan kealpaan diri.saya mendoakan akan kesihatan tuan haji bertambah baik dan beransur sembuh berkat perkenan Allah. tadi saya hantar isteri saya keklinil hematologi hospital ampang, alhamdulillah keadaan isteri saya telah beransur baik dan doktor mencadangkan untuk ambil sampel sum sum tulang pada 7/6/11. rasanya saya diizinkan Allah untuk melihat senyuman darinya lagi, apapun saya redha atas setiap yang sedang berlaku. saya juga ambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari guru pada tuan haji sekeluarga dan terimakasih kerana dapat berhubung walaupun dalam keterbatasan keadaan.
cikgu assalamualaikum w.b.t.
saya doakan cikgu sihat dan mengucapkan selamat hari guru kepada cikgu sekeluarga. tadi saya hantar isteri keklinik hematologo hospital ampang, alhamdulillah isteri saya CML tahap satu semakin beransur pulih dan doktornya cadangkan 7/6/11 ni utk ambil sampel sum sum tulang. saya positif terhadap sebarang kemungkinan yang berlaku adalah kehendak dariNya jua...jauh disudut hati saya masih berangan untuk terus melihat isteri tersenyum seperti selalu dan rasanya setakat ini Allah masih memperkenankan doa kami sekeluarga.
Terima kasih buat follower berdua. Inilah lumrah kehidupan. tk atas semangat yang diberikan, semoga saya tabah menghadapi ujianNya.
Che Gu,
Saya rasa pun elok dibuat pembedahan membuang kanser di fistula itu, kerana saya pun berpendapat seperti Che gu juga...sementara diusahakan rawatan komplementari dan semangat yang kuat. Saya doakan kesejahteraan Che Gu sekeluarga.
Post a Comment