Tuesday, March 22, 2011

Temujanji Dengan Pakar Kanser

21 Mac 2011, ku ada temujanji dengan Prof.Dr.Biswa Mohan Biswal, Pakar Onkologi dan Radioterapi di Klinik Perubatan Nuklear HUSM. Ku pandu sendiri kereta walaupun kaki masih sakit kesan ubat kimoterapi. Nak suruh isteri hantar, nanti rugi pul cuti dia.

Di HUSM nak parking susah. Parking di dalam kawasan hospital berbayar tetapi masih tak cukup ruang. Jadi terpaksalah parking di luar. jauhlah kena berjalan. Kaki pula sakit. Selepas mendaftar ku terpaksa berjalan jauh untuk ke kantin kerena kantin hanya ada satu, kantin lama tutup kerana HUSM nak tambah wad.


Selepas sejam menunggu, ku berjumpa Prof.Biswa. Dia melihat fistula ku (bisul), ianya semakin kecil tetapi amat sakit. Dia mahu ku buat PET Scan kali kedua di Hospital Besar Pulau Pinang untuk melihat perkembangan kanserku. Dia juga menyuruhku terus makan ubat kimoterapi: SUTENT sepanjang hayat.Termenung panjangku kerana kesan sampingan ubat tersebut amat teruk, tambahan pula ku kerja kerajaan.

Doktor nasihatku elakkan memakan protein binatang, maknanya tak boleh makan daging. Dia galakkan makan bayam dan zat besi.

Di klinik ku jumpa seorang yang mungkin kena kanser mata, matanya sebelah  ditutup dengan kulit lain. Bila ku lihatnya, ku bersyukur kerana tentu dia lebih menderita daripadaku.

Seorang kakitangan HUSM mengedar borang soal selidik kepadaku. Ia banyak berkisar kepada tahap kesabaran dalam menghadapi penyakit kanser.

Semoga ku dapat terus menulis diblog ini untuk berkongsi pengalaman dengan pesakit kanser yang lain. Insya Allah.





No comments: