Wednesday, March 2, 2011

Sad Ending Drama Hani





Pertama kali saya menonton drama Hani dalam slot Lestari TV3, saya dah mengulasnya dalam blog ini. Semalam, drama itu berakhir dengan kematian Ummu Hani, yang menghidap kanser otak. Kesudahan rancangan ini saya sudah jangka kerana semua drama yang bertemakan pesakit kanser akan berakhir dengan kematian. Begitulah pemikiran penulis skrip sekarang yang masih dangkal mengenai penyakit kanser. Memang
benar kanser boleh membawa maut tetapi Insya Allah dengan perubatan moden dengan tidak meninggalkan perubatan Islam, penyakit ini boleh disembuhkan walaupun tidak sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, sikit sebanyak drama seperti ini menggerunkan pesakit kanser. Contohnya diriku sendiri, dulu ia bagitu mengganggu fikiran tetapi kini ku sudah reda. Keredaan dengan takdir Ilahi memberi ketenangan kepadaku..

Sejak ku makan ubat kimoterapi untuk bulan ke-5, selain kesan biasa ubat itu iaitu sakit tapak kaki, ulser mulut dan sakit bisul yang muncul di dadaku, minggu lepas keluar darah dari mulut. Ku ke klinik, doktor nak menghantarku  ke hospital tetapi ku enggan kerana sudah jemu ku berada dalam wad. Doktor bagi ubat tahan darah dan cuti 2 hari.

Kini setiap petang ku demam. Rindu rasanya nak ke surau kampungku. Dah hampir sebulan tak pergi. Jumaat pun 2 kali tertingggal. Sekolah pula ku paksakan diri hadir kerana dah terlalu banyak cuti yang diambil. Nasib baik pihak sekolah memberi kelas yang tak ambil peperiksaan awam. Kalau tidak kesian pelajar.

Moga Allah menyembuhkan penyakitku agar ku dapat beribadat kepadaNya juga dapat bertugas dengan sempurna.
  Aminnn!!

No comments: