- Alhamdulilah sehingga hari ini, dah 19 hari dapat berpuasa tetapi Solat Terawih banyak buat kat rumah kerana tak larat ke surau/masjid.
- Dah lebih separuh Al-Quran dapat dibaca dalam bulan Ramadan ini.
- Hari kedua Ramadan, rumah ku dipecah masuk pencuri, hilang 2 buah laptop. Tahun lepas sehari lepas Nuzul Quran , rumah ku dipecah masuk kali pertama.
- Dah hampir 2 bulan ku minum air rebusan pokok kenerak, ada orang syorkan tetapi masih tidak nampak perubahan.
- Ku masih maka Glivec dan bulan depan akan bertukar kembali ke Sutent. Dr.Biswal cakap dia akan kurangkan dos.
- Semiggu sebelum puasa, warisku kematian anaknya yang baru berusia 12 tahun akibat kanser tulang.
- 17 Ramadan, bekas pengetuaku meninggal kerana leukemia selepas sakit selama 3 tahun.
- Kini ku sudah masuk tahun ke - 8 menghidap kanser perut, moga Allah memberi yang terbaik buat ku di dunia dan akhirat.
- Maaf kerana buat catatan ringkas sahaja kerna hilang mood untuk menulis.
- Selamat Berpuasa.
BLOG INI BUKAN NASIHAT PROFESIONAL.IA ADALAH PENGALAMAN PENULIS.DAPATKAN NASIHAT DARIPADA DOKTOR PAKAR ANDA DI HOSPITAL YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA.
Sunday, July 28, 2013
Cabaran Bulan Ramadan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment