Thursday, March 1, 2012

PERMOHONAN SAMBUNGAN UBAT KIMOTERAPI


PERMOHONAN SAMBUNGAN UBAT KIMOTERAPI
22 Feb.2011 adalah temujanji dengan klinik SOPD tetapi malangnya  doktor tiada kerana semua mereka terlibat dengan seminar. Pihak hospital pula tidak maklumkan kepadaku sedangkan bekalan ubat gastrikku hampir habis. Ku dinasihatkan ke Klinik pesakit luar tetapi malang sekali lagi kerana ia dah tak terima pesakit kerana melebihi kuota pada hari itu. Ku fikir cara penyelesaiannya dan akhirnya ku ke klinik Onkology. Alhamdulillah mereka terima pendaftaranku dan ku dapatkan ubat gastrik daripada doktor Oncology.
24 Feb.2012 ku terima telefon daripada Jabatan Kebajikan HUSM meminta ku datang mengambil borang permohonan mendapatkan ubat Sutent. Selepas tamat persekolahan ku bergegas ke HUSM bimbang pejabat tutup. Ku lihat kos ubat untuk 3 bulan ialah RM53,700.00.
Esoknya ku hantar surat permohonan ke pihak sekolah. Entah bila ubat akan diluluskan tak tahulah. Sebenarnya ku agak serik makan ubat Sutent yang dipohon kerana kesan sampingan terlalu teruk hingga ku tak dapat berjalan kerana lebam tapak kaki, ulser mulut dan keletihan melampau.
Kesihatanku sekarang pula bukanlah sihat sangat. Badan selalu letih hingga ku tak dapat berjemaah di masjid, Cuma hari Jumaat ku paksa diri juga ke masjid. Ku juga paksa diri ke sekolah untuk mengajar, nak pencen pun rasanya masih boleh lagi ke sekolah. Kalau teruk sangat mungkin terpaksalah pencen awal. Ku serahkan kepada Mu Ya Allah.

1 comment:

Unknown said...

Che gu, dah jawab kat blog saya.