Tuesday, March 23, 2010

masuk wad lagi

3.3.2010.
     Petang ini aku merasakan sesuatu yang tak kena dengan dadaku. aku berdeyhem dan keluar darah yang masih baru bercampur dengan darah yang beku. selepas Isyak, aku mengajak isteri dan emak ke A@E HUSM. samapai di sana jam 9.30 malam. selepas diambil darah dan x-ray, aku dibenarkan pulang. Aku berasa sihat keesokan harinya tetapi hari Sabtu, darah keluar lagi dan aku ke HUSM dan dimasukkan ke wad 7 Selatan. Sekali lagi aku terpaksa menahan kesakitan apabila  jarum ditusuk melalui urat kaki kerana tangan sudah kecil saluran darah akibat kimoterapi. Esoknya dilakukan CT-SCAN. Ramailah kawan-kawan dan saudara-mara yang datang menziaraahiku.

   Selepas 6 hari daslam wad, aku dibenarkan pulang tetapi aku belum sihat sepenuhnya dan kebimbangan menyelihnap dalam setiap salur darah, bimbang sel kanser merebak. Ku berserah diri kepadaMu yang Allah, cuma kupohon sembuhlah sakitku sebagaimana Engkau sembuhkan penyakit Nabi Ayub. Amin................................

No comments: