- 3 Jun 2016- Sepatutnya ku masuk hospital minggu depan, tetapi kerana tak boleh makan dan minum, ku ditemani anak yg baru cuti semester dan isteri terus ke Unit Kecemasan HUSM Kubang Kerian. Ku terus dihantar ke red-zone kerana tekanan darah rendah.
- Doktor tebuk dada dan dimasukkan tiub (central line) bagi masukkan air dan ubat.
- ku dimasukkan ke Wad 2 Intan dan doktor memberi susu (TPM) melalui central line.
- 5 Jun - Barrium swallow, ku diberi minum air contras dan di rakam melalui x-ray- saluran makanan tersumbat, air pun tak lepas.
- Setiap hari darah diambil, nasib baik central line ada, ia tahan lama untuk masuk air berbanding line di urat darah lengan.
- 15 Jun - Pembedahan untuk membuat saluran tiub feeding jejunostomy dijalankan dari jam 3 hingga 5 petang. Nasib baik tak perlu ke ICU walaupun doktor dah bersedia untuk itu kerana darah rendah.
- Feeding Jujunostomy ialah pembedahan perut bagi membolehkan doktor tebuk usus kecil dan dimasukkan tiub bagi memasukkan susu/zat makanan.
- Contoh Feeding Jujunostomy.
- Selepas pembedahan, Ku masih diberi TPM, tubuh sangat lemah kerana tak makan dan minum, cuma bergantung kpd drip dan TPM.
- Hari ketiga selepas pembedahan, ku mula diberi susu Peptamen 10cc setiap 1 jam melalui J-Tube diperut.
- Hari ke empat, ku diberi susu 20cc setiap satu jam secara manual, pada waktu malam melalui mesin.
- Doktor membuang central line didadaku kerana berlaku jangkitan kuman dan ku diberi antibiotik. Masalahnya line diuratku sukar dapat kerana urat kecil dan keras kerana kimo. Doktor Housemen tak dapat buat line dan 2 kali Doktor bius buat line untukku.
- Hari kelima, Pegawai Pemakanan syor bagi 200cc setiap jam. Malamnya aku mula muntah sampai pagi esok. Para doktor yang merawatku memarahi syor Dietation. Ku kembali diberi 20cc setiap jam
- Ku pernah bertanya kepada Pakar Perunding Bedah mengenai ketumbuhan di perutku, dia memberitahu ia terlalu berisiko dan memudaratkan ku. Sekarang dia lakukan untuk kelangsungan hidupku saja.
- setiap hari jumlah susu dinaikkan sehinggalah 50cc(ml) setiap sejam dan akhirnya ku dibenarkan balik.
- Ku dibekalkan 2 tin susu Peptamen(92.20 setin) dan minyak MCT. Satu tin cuma bertahan 2 hari.
- Ku gembira dapat pulang rumah dan moga Allah memberi kesihatan dan tidak perlu lagi ke wad, jika Allah nak panggilku mengadapNya pun, biarlah dalam keadaan yang mudah, tidak menderita seperti ini lagi. Amin.