- 15 Ogos 2013, hari raya ke-8, ku ditemani isteri ke klinik Oncologi
- di klink berjumpa dengan kawan senasib, dia datang jumpa Dr.Murali dan ku berjumpa Prof.Biswal. Dia nampak sihat. Dia kata ambil biji aprikot tapi ku masih tunggu dan lihat untuk mengambilnya.
- Ku berjumpa Pof.Biswal. Timbangan beratku 56kg. Dia lihat fistula ku(bisul) yang masih belum sembuh.
- Ku tergagap-gagap bercakap Inggeris dengannya kerana jarang innteraksi dalam bahasa Inggeris, doktor pula tak pandai cakap Melayu walaupun dah lama berkidmat di sini.
- Dia mahu ku buat sekali lagi Pet-Scan kerana ia adalah wajib jika mengambil ubat yang mahal.
- Dia mahu ku berhenti makan Glivec dan mula pula Sutent.
- Selepas 3 bulan, bekalan Sutent akan habis dan dia mahu ku makan pula ubat NEXAVAR(Sorafenib) yang berhaga RM15k hingga RM20K untuk sebulan.
- Ku isi borang permohonan bekalan ubat dari JPA.
- Sebelum pulang, singgah di rumah Ustaz, kawanku di Pulau Melaka, rakan sekerja di SMK Menggatal Sabah dulu. Malu kat dia kerana dia selalu ziarah ku sakit, ku pula sejak sakit dah jarang ke rumahnya.
- Singgah di Maybank Bachok kerana isteri mahu ambil penyata bank.
- Sepanjang perjalanan, asyik terfikir kesan sampingan Naxavar, dr cakap akan muncul jeragat.
- Sekian dulu untuk kali ini. Wassalam.
BLOG INI BUKAN NASIHAT PROFESIONAL.IA ADALAH PENGALAMAN PENULIS.DAPATKAN NASIHAT DARIPADA DOKTOR PAKAR ANDA DI HOSPITAL YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA.
Sunday, August 18, 2013
Tukar Ubat Lagi
Subscribe to:
Posts (Atom)